Selasa, 9 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Alhamdulillah.. Akhirnya bertudung juga..

Posted: 09 Aug 2011 08:22 AM PDT



Ini bukan gambar Rosmah tapi Dr. Siti Hasmah.. Alhamdulillah... akhirnya bertudung juga.. semoga berterusan hingga ke akhir usia..

Gambar dari Minaq Jinggo

Serbuan JAIS : Bukan serbuan membabi buta.. ada bukti dijumpa

Posted: 09 Aug 2011 06:49 AM PDT

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat 'menguji pengetahuan' dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.


Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak," katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

"Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

"Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

"Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran," jelasnya.

Nyanyian "Alhamdulillah", "Allahuakhbar "

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu 'Sejahtera Malaysia'.

"Adakah ini ada sangkut-paut dengan 'thanksgiving' dan 'methodist'? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang 'intercession' iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

"Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

"Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?," soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.


Free Malaysia Today

Pakatan MUNGKIN mampu rampas 100 kerusi Parlimen

Posted: 09 Aug 2011 03:01 AM PDT

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Baca betul betul.. dia kata MUNGKIN tu.. mungkin akan menang tapi bergantung juga kepada performance yang ditunjukkan oleh ADUN-ADUN dan juga MP-MP yang telah menang dulu..


Kalau dulu dah menang nak jenguk pengundi pun susah.. jangan harap kali ni boleh menang lagi!!


Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini," katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa," katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.


Malaysiakini

PR sebagai Pengundi : JPN, SPR dan UMNO/BN bersekongkol

Posted: 09 Aug 2011 02:48 AM PDT

Dr Syed Azman Syed Ahmad

Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.

Fakta persekongkolan

Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.

Konspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kawasan parlimen Marang.

Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi.

Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.

Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen.

Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'.

Projek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.

Siasatan Awam

Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini?

Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.

Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah.

Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'. Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus.

Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan BERSIH.

Tuduhan Liwat : Dua saksi pertama gagal di temuduga

Posted: 09 Aug 2011 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menemu bual dua daripada 15 saksi utama walaupun mahkamah membenarkan beliau membela diri minggu depan.

Pihak pendakwa memaklumkan pasukan peguam Anwar mengenai bantahan itu melalui satu panggilan telefon pagi tadi selepas pasukan pembela tiba di Mahkamah Tinggi di sini untuk menemu bual bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.


Temu bual itu biasanya dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.

Pihak pembela juga berniat mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka dilaporkan kemungkinan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.

Selain Najib dan Rosmah, terdapat saksi lain termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Mahkamah Tinggi pada 16 Mei lalu membuat keputusan agar Anwar mempertahankan diri dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin memutuskan terdapat satu kes "prima facie" terhadap ketua pembangkang berusia 63 tahun ini yang berdepan dengan tuduhan kes liwat kali kedua selepas 13 tahun.

The Malaysian Insider

PANAS!! Anwar Ibrahim bakal kecundang di Permatang Pauh ?

Posted: 08 Aug 2011 09:51 PM PDT

Ada pihak yang mengatakan dari laporan risikan yang diterima oleh UMNO antara DUN di Pulau Pinang yang dijangka dikuasai kembali oleh UMNO/BN selepas PRU13 ialah Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Ketiga-tiganya terletak didalam Parlimen Permatang Pauh.

Jika majoriti pengundi didalam DUN tersebut memilih untuk untuk menolak PR dengan mengundi UMNO/BN pada PRU13 ini secara tidak langsung Anwar Ibrahim juga akan ditolak dan kesimpulannya beliau juga bakal kecundang.. mungkin kecundang ditangan Datuk Jalil..


Risikan ini mungkin datangnya dari sekumpulan petugas yang telah ditugaskan oleh UMNO untuk menjelajah keseluruh Malaysia mendapatkan maklum balas dari pengundi selepas PRU12 yang menyaksikan Tsunami Politik melanda negara.. Status yang terakhir aku dapat beberapa bulan dulu ialah Sabah bakal terlepas ke tangan PR.

Risikan ini mungkin kurang tepat.. tetapi berhati-hatilah kerana apa yang dilaporkan nampaknya ada kebenarannya..

Kerana Pemimpin UMNO sudah terjaga dari lena tetapi pemimpin dari Pakatan Rakyat pula yang masih lena..

Lena dengan bermimpikan Putrajaya...

Semalam Free Malaysia Today melaporkan bahawa BN telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 25 kawasan pilihan raya sebagai kerusi mampu menang untuk BN - 15 di tanah besar dan 10 di pulau itu.

Kerusi tanah besar adalah Bagan Dalam (Bagan); Berapit dan Machang Bubok (Bukit Mertajam); Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal (Kepala Batas); Teluk Air Tawar, Permatang berangan dan Sungai Dua (Tasek Gelugor); Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya (Permatang Pauh); dan Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh (Nibong Tebal).

Di pulau pula, kerusi yang disasarkan Sungai Pinang dan Datuk Keramat (Jelutong); Seri Delima Air Itam (Bukit Gelugor), Batu Uban, Pantai Jerejak dan Batu Maung (Bayan Baru) dan Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang ( Balik Pulau).

BN juga dilihat mampu menang di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Nibong Tebal, Balik Pulau dan kerusi Parlimen Bayan Baru.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN memenangi 11 daripada 40 negeri dan dua daripada 13 kerusi parlimen, semua melalui Umno. Gerakan, MCA dan MIC semuanya gagal pada masa itu.

Program walk about yang dijalankan setiap minggu oleh kepimpinan BN P.Pinang memperlihatkan kesungguhan itu untuk mendekati masyarakat dan banyak menerima respon yang amat positif.

Setakat ini, pemimpin BN telah melawat Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas di tanah besar, dan kawasan-kawasan Jelutong dan Bukit Gelugor di pulau itu.

Semalam (Isnin), mereka turun ke kubu kuat PKR Permatang Pauh, di mana MP adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Pemimpin BN yakin untuk memenangi kembali P.Pinang disebabkan perubahan yang signifikan dapat dilihat dari undi majority kaum Melayu dan pengundi India daripada Pakatan kepada BN. Nampaknya pemimpin BN agak optimis yang sentimen memihak kepada BN sekarang ini.

Dari undi kaum Cina, walaupun keadaan semasa tampak memihak kepada DAP, namun keupayaan untuk 'mencuri' sebahagian dari undi kaum tersebut mampu untuk membuat kejutan.

Apa yang boleh aku harapkan dari laporan risikan ini ialah semoga ianya seperti laporan risikan yang UMNO terima ketika PRK Penanti dulu yang membuatkan mereka takut untuk bertanding..


BN eyeing 25 winnable seats to regain Penang

GEORGE TOWN: Confidence is running high in Penang Barisan Nasional (BN) camp nowadays.

If the intelligence reports are anything to go by, BN should win enough state seats in the next general election to wrest the Penang government from Pakatan Rakyat.

It is learnt that the intelligence reports have identified at least 25 constituencies as winnable seats for BN – 15 on the mainland and 10 on the island.

The mainland seats are Bagan Dalam (Bagan); Berapit and Machang Bubok (Bukit Mertajam); Bertam, Penaga and Pinang Tunggal (Kepala Batas); Teluk Air Tawar, Permatang Berangan and Sungai Dua (Tasek Gelugor); Penanti, Permatang Pasir and Seberang Jaya (Permatang Pauh); and Jawi, Sungai Bakap and Sungai Acheh (Nibong Tebal).

On the island, the targeted seats are Sungai Pinang and Datuk Keramat (Jelutong); Seri Delima and Air Itam (Bukit Gelugor); Batu Uban, Pantai Jerejak and Batu Maung (Bayan Baru); and Bayan Lepas, Pulau Betong and Teluk Bahang (Balik Pulau).

BN is also confident of winning Kepala Batas, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Nibong Tebal, Balik Pulau and Bayan Baru parliament seats.

In the 2008 general election, BN won 11 out of the 40 states and two out of 13 federal seats, all through Umno. Gerakan, MCA and MIC were all whitewashed.

However, BN leaders are confident that the political tsunami of 2008 would not be repeated this time.

Strategically, the state BN leaders are now conducting group tours on Mondays in earmarked constituencies to meet and be friendly with the people.

"We are going to the ground to listen to views and address issues hands-on.

"People have been responsive," said a BN official.

Regaining lost ground

So far BN leaders have visited Nibong Tebal, Bukit Mertajam and Kepala Batas on the mainland, and Jelutong and Bukit Gelugor constituencies on the island.

Today, they visited PKR stronghold Permatang Pauh, whose MP is Opposition Leader Anwar Ibrahim.

The weekly constituency visits going on for more than a month now have boosted the coalition confidence that it was on its way to regaining lost ground.

BN leaders are confident of winning these seats due to perceived shift in ethnic Malay and Indian voters from Pakatan to them.

They believe that the undercurrent sentiments were favouring BN.

A BN top state leader said the working-class Malays and Indians feel that they were shortchanged under Pakatan.

BN also believes that the ethnic Chinese, although overwhelmingly favouring Chief Minister Lim Guan Eng's administration, would vote in one or two non-Umno representatives in the next round.

"It could finish on a 21-19 seat-score, either way. This would result in horse-trading to get a stronger majority.

"In such a scenario, BN will eventually prevail," said a confident BN local politician.

Yesterday, DAP national chairman Karpal Singh, however, said he believed that Penangites would overwhelmingly give their mandate to return Pakatan as the state government for another term.

He dismissed BN prediction that it could win 25 state seats.

"I differ with the intelligence findings. The undercurrent sentiments are very much in favour of Pakatan and the chief minister," said Karpal.


Free Malaysia Today

530,625 PATI didaftar .. tapi.. bagaimana mereka masuk ke Malaysia?

Posted: 08 Aug 2011 08:49 PM PDT

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Selain dari boleh dimanipulasi untuk dijadikan pengundi UMNO/BN timbul lagi satu persoalan disini.. bagaimana lebih dari setengah juta orang PATI boleh masuk ke Malaysia?


Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan di sempadan darat dan lautan? jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil.

Sedangkan Singapura yang juga dekat dengan Indonesia jarang kedengaran berita sebegini..

Adakah ada unsur rasuah di sini?


530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan.

Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran.

"Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan, Alwi berkata pegawai Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemantauan agar syarikat-syarikat ini mematuhi peraturan dan undang-undang.

Beliau berkata perkhidmatan sama yang diberikan syarikat pengurus turut diberikan secara percuma oleh kerajaan menerusi pejabat Imigresen di seluruh negara.

"Justeru, tidak timbul isu KDN mengeluarkan arahan bayaran tambahan selain daripada yang telah ditetapkan," katanya.

Alwi berkata sebarang aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886-8110 / 8112 beserta maklumat terperinci untuk tindakan lanjut di pihak KDN.

"Amaran akan dikeluarkan dan pemantauan akan dibuat terhadap operasi syarikat berkenaan. Jika didapati berulang, hak kebenaran untuk mereka beroperasi menerusi program ini akan dibatalkan," katanya.

- Bernama

Kampung pun didaftar sebagai pengundi?

Posted: 08 Aug 2011 06:52 PM PDT



KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.


Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:



Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:



Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.

Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:


Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.



Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang.

Harakahdaily


Tiada ulasan: