Isnin, 8 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nilai Bursa terhakis RM65 Billion.. Pengaruh Najib juga bakal terhakis..

Posted: 08 Aug 2011 08:44 AM PDT



Semalam Mingguan Malaysia melaporkan bahawa kejatuhan pasaran saham Asia yang disebabkan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara.


Ianya dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memetik bahawa perkembangan tersebut hanya bersifat sementara dan belum ada petunjuk kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dalam masa terdekat.'

'Saya fikir keadaan ini tidak akan menjejaskan kita kerana ekonomi negara tidak terdedah secara terus dengan krisis yang sedang berlaku di AS dan Eropah," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal bagi Parlimen Tasek Gelugor .

Beliau diminta mengulas kejatuhan pasaran saham Asia berikutan keadaan ekonomi di AS dan Eropah sekali gus mencetuskan kebimbangan fenomena kemelesetan ekonomi dunia akan berulang.Semalam, Dow Jones mencatatkan kejatuhan paling teruk iaitu 4.3 peratus dalam tempoh sehari sejak 2008.Tan Sri Nor Mohamed berkata, senario tersebut banyak dipengaruhi kebimbangan terhadap cara AS mengurus perbelanjaannya selain pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan.

Beliau bagaimanapun berkata, perkembangan itu hanya bersifat sementara dan proses pemulihan ekonomi dunia yang menjadi perlahan banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi di China dan India.

''Dalam hal ini, kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk berdepan apa juga kemungkinan ekoran ketidaktentuan yang sedang berlaku.

''Kita juga bernasib baik kerana mempunyai hubungan dagang dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara ini juga merupakan faktor penting kepada pemulihan ekonomi dunia," jelasnya.


Tapi hari ini....

Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa 'terhakis' RM31 bilion lagi

Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion 'terhakis' dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikat dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.

Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.

Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.

Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.

"Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).

"Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif)," kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.

Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.

"Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi," kata beliau.

Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.

Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.

Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.

Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.

Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).

Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.

Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.

Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.


The Malaysian Insider

Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR - Nazri Aziz

Posted: 08 Aug 2011 06:14 AM PDT

Kata Nazri Aziz "Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,"

Bukti lagi? Aku kata buta IT karang ada orang marah..tapi kenyataannya memang nampak macam orang buta IT.. dah begitu banyak yang disiarkan dalam berbagai Blog dan juga portal berita on line.. dia minta bukti lagi.. tak mahu buat sidang tergempar cakaplah terus terang..


Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima surat rasmi daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu tersebut. – Bernama

Waran Tangkap Buat Najib??.. err.. bermimpikah aku?

Posted: 08 Aug 2011 02:15 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini.


Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan.

Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku.

Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan.

Waran tangkap

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin.

Sementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal.

Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.

Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual.

Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz.

- Bernama

Video Racist ni kerja siapa agaknya?

Posted: 08 Aug 2011 12:57 AM PDT

Video diakhir entry..


DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN).


Klip video lapan minit dengan tajuk "Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia" itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.

"Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.


Kenyataan Akhbar Mengenai Klip Video "Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia"

Saya selaku Setiausaha Politik kepada YAB Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengutuk dan mengecam hebat klip video "Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia" yang boleh didapati di laman web Youtube.

Dalam klip video tersebut, yang merupakan hasil muatan naik pengguna Youtube yang bernama 'Kawasaki9722', DAP didakwa bersekongkol dengan ahli-ahli peniaga Cina untuk menaikkan harga barang di negara ini demi menimbulkan rasa kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan satu penipuan dan fitnah ke atas DAP yang bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan.

Seperti yang sedia maklum, antara faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga barang di negara ini adalah pengurangan subsidi minyak, gas dan barang keperluan seperti gula. Subsidi-subsidi tersebut merupakan kawalan Kerajaan Persekutuan dan tidak ada kena mengena dengan pihak lain. Di samping itu, syarikat yang mengawal industri gula pula adalah Felda, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada inflasi adalah kuasa pasaran antarabangsa yang berada diluar kawalan, dan juga ketidakcekapan dalam urustadbir ekonomi negara kita. Sebagai contoh, walaupun subsidi gas yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit setiap tahun diberi kepada Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP), tarif elektrik di negara kita makin meningkat. Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat?

Satu lagi contoh polisi yang menguntungkan syarikat besar dan membebankan rakyat adalah monopoli beras, yang dikawal oleh Bernas, sebuah lagi GLC. Oleh kerana monopoli yang mengekang pasaran beras ini, hasilnya harga beras impot di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding harga beras impot di Singapura!

Hakikatnya kenaikan harga barang dan inflasi berlaku kerana ketirisan dan kepincangan dalam dasar dan urustadbir ekonomi negara kita. Justeru, kebertanggunjawaban bagi masalah inflasi harus dipikul oleh Kerajaan Persekutuan dan bukan mana-mana pihak lain, terutamanya DAP.

Dengan itu, bagaimana pula DAP boleh dikatakan terlibat walaupun sedikit? Hipotesis sebegitu langsung tidak memasuki akal dan tidak akan diterima oleh rakyat Malaysia.

Kami percaya bahawa klip video tersebut adalah satu rancangan musuh politik DAP dan Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk memecah belahkan rakyat melalui propaganda perkauman yang sempit. Berdasarkan kualiti terbitan klip video tersebut, jelas ia bukan terbitan sembarangan tetapi telah dibuat secara profesional dengan peralatan dan peruntukan yang mencukupi.

Dalam erti kata lain, klip video ini adalah angkara pihak-pihak tertentu yang mempunyai sumber yang mendalam dan yang sudah kekeringan modal. Satu-satunya cara yang tinggal untuk mereka adalah untuk menggunakan kaedah yang berbahaya yang bertujuan untuk menghasut dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Laporan polis akan dibuat pada hari ini, diikuti dengan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas penerbit dan penyebar klip video tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan dan kesalahfahaman antara kaum di negara ini.

Zairil Khir Johari

Daftar pemilih: Jangan harap Najib akan adakan sidang tergempar ..

Posted: 08 Aug 2011 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya.


"Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.

"Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini," katanya.

Ditanya sama ada sidang tergempar Parlimen perlu diadakan bagi membahaskan perkara itu, Nazri (gambar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Najib.

"Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.

"Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini," katanya.

Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari, sebaliknya Nazri berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.

Semalam Salahuddin berkata, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut hadir dalam majlis penyerahan hari ini ialah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Nazri juga menambah bukan menjadi satu halangan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen semasa bulan Ramadan kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.

"Kita pernah adakan sidang Parlimen pada bulan Ramadan, kalau tidak silap awal tahun 2000 kemudian dicadangkan supaya bersidang selepas bulan Ramadan.

"Kalau dibuat pada bulan Ramadan tiada masalah, sebab bulan puasa bukan halangan untuk kita," katanya.

Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.

"Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.

"Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih," katanya.

Sementara itu, Mahfuz menambah, pemberian status kewarganegaraan kepada pemastautin tetap dalam tempoh yang singkat akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan.

"Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.

"Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja... mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

The Malaysian Insider

PANAS!! Bendera Israel dalam syiling baru Malaysia

Posted: 07 Aug 2011 10:05 PM PDT



MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].


Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.




Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?




Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.


Hasil penyelidikan Milo Suam

Mahkamah benarkan Anwar temubual Najib dan Rosmah, tapi....

Posted: 07 Aug 2011 08:36 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.


Jadi kalau disapena sekalipun jika Najib dan Rosmah tidak mahu hadir ke Mahkamah mereka tidak akan didakwa menghina mahkamah.. err sejak bila ada kelonggaran macam ni?

Apa? Adakah kerana mereka pemimpin dari UMNO, mereka tidak tertakluk kepada undang-undang?

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.


Malaysiakini

Lagi cara untuk BN menang didedah..

Posted: 07 Aug 2011 08:26 PM PDT

DAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu.

Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air.


"Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya.

"Ketika ini jumlah keseluruhan pengundi di kawasan ini seramai 31,535 orang dan ia jauh berbeza ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu apabila hanya 24,504 pengundi di daftarkan di kawasan ini," katanya pada sidang akhbarnya, di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata, jumlah itu turut termasuk jumlah pertambahan pengundi pos seramai 304 daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan iaitu 825 pengundi bagi kawasan terbabit.

"Kita berasa amat terkejut dengan peningkatan mendadak ini berbanding dengan kawasan-kawasan lain dan saya beranggapan ini adalah sebagai satu 'fix deposit' bagi Barisan Nasional (BN).

"Kita bimbang keadaan yang berlaku adalah satu taktik kotor yang dimainkan BN bagi menambah jumlah pengundi untuk merampas kembali kawasan DUN Ayer Keroh yang dipegang DAP sejak PRU 12 lalu," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sendiri akan menghadapi cabaran itu dengan turun padang untuk menemui semua pengundi baru seramai 2,132 orang itu yang 90 peratusnya adalah pengundi muda.

"Kita akan jumpa mereka dan menerangkan sebab apa perlunya ada pakatan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang telus dan adil.

"Tambah meragukan apabila kebanyakan pengundi muda baru yang didaftarkan bukannya lahir di Melaka berdasarkan pada kad pengenalan masing-masing.

"Jelas, tindakan BN ini, mahu memastikan kawasan DUN Ayer Keroh dan Parlimen Bukit Katil beroleh kemenangan, kerana kalau kita lihat pada PRU 12 lalu, Parlimen Bukit Katil hanya memperolehi mejoriti 1,758 daripada 75,777 pengundi keseluruhannya," katanya.


Malaysiakini

Tiada ulasan: