Sabtu, 6 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Serbuan JAIS: Kami diberi Bible Versi Melayu.

Posted: 06 Aug 2011 06:23 AM PDT


Penyebaran agama lain kepada orang Islam bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya adalah satu perkara yang menjadi rahsia umum biarpun perkara ini biasanya dipencilkan laporannya oleh kebanyakkan media demi menjaga keharmonian..


Namun begitu isu ini kembali hangat diperkatakan baru-baru ini bila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana ianya berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka kebanyakkan media melaporkannya..

Alasan kebanyakkan yang terpengaruh dengan ajaran lain ialah bantuan yang ditawarkan oleh pihak mereka, bantuan kewangan dan material yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan..

Sebenarnya dalam soal mengejar kemewahan ini, bukan hanya agama yang digadai oleh bangsa Melayu malah maruah pun ada yang menggadaikannya.. kerana mengejar kemewahan beberapa orang perempuan Melayu berugama Islam yang aku kenal sanggup menjadi perempuan simpanan bukan melayu..

Pendekkan cerita.. negara kita kaya raya, hasil bumi melimpah ruah, kutipan zakat berjuta-juta.. kemana hilang agaknya??

…..maksud hadis; Kemiskinan itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran….Fikir fikirkanlah.

Sogok wang gadai akidah

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru' oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat' jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika 'diselamatkan' daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

"Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

"Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

"Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia," katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan 'minuman istimewa' diikuti upacara pembaptisan.- Berita Harian Online


Pujuk cara halus

BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.

KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.- MyMetro

250,000 Undi lagi buat BN!!

Posted: 06 Aug 2011 02:49 AM PDT

BUTTERWORTH: Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.


"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di sini hari ini.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata, mereka yang mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang sudah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya, program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi. - BERNAMA

Tawan Selangor : MCA buktikan UMNO Selangor Syok Sendiri..

Posted: 06 Aug 2011 12:46 AM PDT

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin MCA di bawah membuktikan bahawa kenyataan UMNO/BN Selangor iaitu mereka bakal menguasai Selangor selepas PRU13 adalah kenyataan syok sendiri kerana yakin PATI-PATI yang diberi IC bakal memberika UMNO/BN kemenangan.

"Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus.


Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu.


Masalah MCA boleh lemahkan kempen BN di Selangor.

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu.

Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius, seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi.

"Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya.

"Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat. Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang," kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin itu berkata tidak seperti MCA, ahli Umno disemarakkan lagi dengan tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 dan mereka kini aktif mendaftarkan pengundi untuk mendapatkan sokongan.

Pemimpin itu menjelaskan BN mempunyai 879 pusat daerah mengundi di Selangor dan telah melantik satu jawatankuasa yang mana setiap mereka ditugaskan untuk mengenalpasti pengundi dalam setiap kawasan.

"Dengan sistem ini, pemimpin boleh menumpukan kepada pengundi yang khusus sebagai contoh 100 rumah dan Umno telah bekerja kuat, menganjurkan program dan menemui rakyat, mendengar rungutan dan memberikan bantuan kebajikan.

"Tapi bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek," katanya.

Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008.

"Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan," katanya.

Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu.

Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri.

Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — satu usaha yang baik dilakukan BN untuk menghadapin pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan selepas Hari Raya.

Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MCA boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi.

"Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi," kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, "kami harap MCA boleh lakukan keajaiban."

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor.

"Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar," katanya.

Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu.

"Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka," katanya.

Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor, dengan Melayu sebanyak 50.7 peratus sementara Cina 34.7, India 13.9 peratus dan lain-lain 0.6 peratus.

Pada pilihan raya umum 2008, MCA tewas terus dengan hanya memenangi dua daripada 14 kerusi yang ditandingi.

Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi sementara Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi.

Sementara gabungan DAP, PKR dan PAS yang menguasai negeri terkaya itu dengan 36 kerusi.


The Malaysian Insider

BERSIH 3.0 akan menyusul...

Posted: 05 Aug 2011 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.

Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.

Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.

"Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).

"Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Salahuddin.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar."

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.

"Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.

"Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.

"Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.

"Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?," katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.

"Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.

"Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi," katanya.

Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan "sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini."

UMNO dakwa Pakatan Rakyat akan kalah besar di Selangor

Posted: 05 Aug 2011 08:01 PM PDT

Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Kononnya ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.. Hakikatnya mereka mula menghidu kemenangan besar buat mereka setelah menggadai kedaulatan negara melalui ribuan PATI yang di berikan IC supaya boleh mengundi dan 17,000 Daftar pemilih yang bertindih.


KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.

Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.

"Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu.

Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

"Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

"Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia)," kata beliau dengan senyuman.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai "kawasan hitam", yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.

Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.

Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi "kawasan hitam" tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.

Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.

The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.

Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.

Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.

Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.

"Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas," katanya lagi.

Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu.


The Malaysian Insider

Betulkah penyokong Pakatan Rakyat dengki kat Rosmah??

Posted: 05 Aug 2011 10:07 AM PDT

Tidak seperti Perdana Menteri yang sebelumnya iaitu Tun Mahathir, Najib dikatakan mempunyai masaalah yang unik, masaalahnya ialah pada kebanyakkan masa penampilan isterinya kelihatan lebih menonjol dari Najib sendiri.

Menonjolnya bukan memberikan perspepsi yang positif tapi negative bermula dari cincin yang bernilai jutaan ringgit dijarinya hinggalah ke jenayah yang serious.


Ada pihak yang mengatakan Rosmah adalah liability buat Najib dan Barisan Nasional kerana beliau adalah sasaran kritikan pihak penyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun ada juga pihak yang mengatakan Rosmah dikritik oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana beliau aktif memberikan sumbangan untuk masyarakat dan ada juga yang mengatakan penyokong Pakatan Rakyat dengki kerana keaktifannya itu..

Dengki?? Dengki kepala bapak dia.. korang bacalah artikel kat bawah ni dan lihat penjilat mana yang mengatakan penyokong Pakatan Rakyat dengki kat Rosmah..


Jealous of 'national asset' Rosmah

PETALING JAYA: Unlike his predecessors, Prime Minister Najib Tun Razak has a unique problem. Most of the time, his wife appears to be more popular than him.

But Rosmah Mansor is more infamous than famous, with the accusations ranging from having Najib wrapped around her finger, splurging millions on her lavish lifestyle, to more serious crimes.

According to observers, she, unlike her predecessors, has become a political liability to the prime minister and Barisan Nasional.

So FMT posed the question why Rosmah has become everyone's favourite target.

For the Coalition of Malay Students in Peninsular Malaysia (GPMS), the answer is simple. Her critics are envious.

Its secretary-general Zambri Mohd Isa said the opposition and its supporters cannot stand the fact that Rosmah is pro-active in her approach, leading them to hurl baseless allegations against her.

"If she sits quietly, no one will say anything. However, Rosmah wants to contribute to society. Is it wrong for her to do that?" he asked.

As for the diamond ring scandal, he said it is shameful that the opposition accused Rosmah of purchasing the ring when it was later "proven" that the item was brought here for an exhibition.

What has Wan Azizah done?

Zambri also drew a comparison between Rosmah and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, claiming that the latter has done nothing for Malaysians.

"While Rosmah is busy promoting Malaysia to the international community, Wan Azizah only does what she knows best, defending (her husband) Anwar (Ibrahim)," he said.

On the accusation that Rosmah went on frequent trips abroad, Zambri said being the wife of a prime minister, she has no choice but to accompany Najib on his working trips.

"And people say she is taking the spotlight from Najib. Tell me, if she just keeps to herself, would not the foreign dignitaries think she is being pompous?" he asked.

He then praised Rosmah, saying she has contributed a lot to the Malaysian badminton squad and children, through her Permata programme.

"If anyone accuses Rosmah of defending her cronies, I would agree. Her cronies are the children in the Permata programme," he added.

'Hilarious slander'

Echoing Zambri's sentiments, Selangor Coalition of NGOs against Corruption (GAPS) chairman Hamidzun Khairuddin described Rosmah as an asset to the country.

Her ideas, he said, can help in the nation's administration. "And just because she is brainy, the opposition picks on her," he added.

Hamidzun pointed out that the wives of previous prime ministers also contributed to society but there was a lack of media coverage then.

"With the presence of the Internet, we can now get a lot of news, good and bad," he said.

Calling the diamond ring scandal ridiculous, Hamidzun said the matter was just a figment of someone's imagination.

"It's a hilarious slander. The price is just too high for her to purchase the ring. Next time someone wants to lie about something, please do it wisely," he added.

Hamidzun said that Malaysian women now play a vital role in the nation's development and that included Rosmah.

"Even Bersih 2.0 is led by a woman (Ambiga Sreenevasan). But of course, she has her own agenda," he added.

Perkasa secretary-general Syed Hassan Syed Ali blamed the new media for the accusations against Rosmah.

"The whole thing is ridiculous. The mainstream media would never publish such nonsense as there is no proof to the allegations. It is the new media that loves to harp on rumours," he said.

Describing Rosmah as someone who has the welfare of the people close to her heart, Syed Hassan praised her for working hard for the sake of all Malaysians.

"But it is normal for opposition parties to attack her as it fits their agenda well," he said.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: