Khamis, 4 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar

Posted: 04 Aug 2011 08:03 AM PDT


"Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi" - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.


"Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia?

"Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan," tanya KOMPAS dalam laporannya hari ini.

Memetik laporan-laporan dalam negeri dalam kontroversi isu pembelian cincin berlian, KOMPAS melaporkan bahawa Rosmah telah menyatakan bahawa kontroversi tersebut hanyalah satu fitnah dan 'menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya (untuk) dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu'.

Namun, penafian tersebut tidak menghalang artikel tersebut untuk menyifatkan kehidupan isteri Perdana Menteri Najib Razak ini sememangnya penuh dengan kontroversi.

"Perimekar Sendirian Berhad diketahui Parlimen Malaysia telah menerima wang komisyen sebanyak 100 juta euro (sekitar Rp 1.2 trilion) atas pembelian kapa selam Scorpenen buatan Perancis.

Pada pertengahan Julai, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia yang mengugat Perimekar Sdn Bhd atas dakwaan suap dan korupsi dalam kes pembelian kapal selam Scorpene telah ditahan Imigresen Malaysia lalu dihantar pulang ke negara beliau. Tindakan itu telah memicu protes daripada pergerakan hak asasi di Malaysia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram)," tulis artikel tersebut.

Pada 23 Julai yang lepas., William yang berada di negara untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang setelah memberikan taklimat kes tersebut di satu makan malam anjuran Suaram di Pulau Pinang.

Kementerian Dalam Negeri telah memberikan alasan bahawa William telah menyalahi kegunaan visa beliau ketika dalam negara, walaupun umum mengetahui bahawa rakyat Perancis tidak memerlukan sebarang visa untuk memasuki negara Malaysia.

Menurut laporan KOMPAS lagi, krisis pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia dan senjata-senjata pertahanan yang lain didakwa telah mengakibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaarribuu pada bulan April 2006.

"Altantuya, puteri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui mempunyai hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan beberapa bahasa asing, menurut pihak pembangkang, juga memahami betul selok-belok pembelian senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.

"Kerana menuntut terlalu banyak (komisen), akhirnya dia ditembak mati, lalu tubuhnya diletupkan," tulis laporan itu lagi, sambil menambah bahawa dua orang, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

"Namun, auktor intelektualis dan dakwaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan (di mahkamah) sehingga pihak pembangkang Malaysia mengemukakan tuntutan di Mahkamah Paris, Perancis (kes Suaram)," tambah laporan itu lagi.

Kontroversi lain yang melingkupi Rosmah, kata laporan tersebut adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.

"Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap keluar bersama Datin Rosmah," tambah laporan itu lagi.

Akibat kontroversi-kontroversi tersebut, kini terdapat sumber yang menyatakan bahawa satu gerakan yang kuat dan serius telah berlangsung di dalam Umno untuk menyingkir Najib dan Rosmah kerana mereka berpandangan bahawa suami-isteri tersebut telah menjadi liabiliti terbesar kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya ke 13.

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang akhbar hari ini.

Di samping itu, blogger Mohd Sayuti Omar telah juga melaporkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara yang sama bahawa terdapat satu pergerakan untuk menjatuhkan Najib yang didakwa sumbernya diketuai Penawar, Persatuan bekas-bekas Ahli Parlimen Umno.

"Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, cerita sumber itu," tulis beliau dalam blognya.

Hari ini, kata Sayuti, Penawar akan mengadakan mesyuarat sekali lagi mengenai isu tersebut, namun dijangkakan persatuan tersebut akan menafikan dakwaan bahawa terdapat satu pergerakan untuk menumbangkan Najib.

"Adalah dipercayai Penawar akan mengambil keputusan dalam mesyuarat berkenaan berhubung apa yang dicatatkan oleh saya dalam posting beberapa hari lepas. Dijangkakan satu kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu akan dikeluarkan.

Isi kenyataan itu besar kemungkinan Penawar akan membuat penjelasan apa sebenarnya berlaku dan akan menafikan bahawa persatuan itu hendak mengemukakan apa-apam cadangan khususnya meminta Najib Razak berundur.

"Dalam masa sama Penawar akan menyiasat sumber yang membocorkan maklumat berkenaan," tambah beliau.- Harakahdaily


Dari Kompas.Com

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar

DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.

Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.

Kontroversi Datin Rosmah

Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.

Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.

Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.

Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)

Sumber :Kompas Cetak

Rosmah mendatangkan masaalah buat Najib.

Posted: 04 Aug 2011 04:32 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

"Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman," tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka 'raja' dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan.

32,000 pengundi baru di Pulau Pinang dalam 3 bulan

Posted: 04 Aug 2011 03:07 AM PDT

PULAU PINANG: Berikutan dakwaan lebih 1,500 penduduk tetap (PR) mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendakwa jumlah pengundi di negeri itu melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.


Sebanyak 1,400 undi pos dimasukkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari KEADILAN.

Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi, lapor Malaysiakini.

Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.


http://www.keadilandaily.com/?p=18230

Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri lah Rosmah!!

Posted: 04 Aug 2011 02:23 AM PDT

Bernama melaporkan, semalam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor pun turut sama?

Apa punya Isteri nie??


Suami baru selesai menjalani pembedahan meletakkan otak di kepala lutut dan berehat di rumah, Isterinya pula sanggup meninggalkan suami di rumah semata-mata mahu menonjolkan diri di Majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong.

Apa dia ingat Malaysia ni tak ada Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili Perdana Menteri dalam majlis tu kot???

Agong berbuka bersama Ahli Kabinet, perwakilan asing
03/08/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR 3 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri, Abu Zahar Ujang.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk, Seri Mustapa Mohamed.

Duta asing yang hadir termasuk dari Arab Saudi, Kuwait, Tanzania, Afghanistan, Iraq, Indonesia, Brunei dan Jordan.

Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib serta solat Isyak dan solat Tarawih yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. — Bernama


PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memulakan tugas minggu hadapan apabila dibenarkan pulang hari ini, selepas selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri yang dibenarkan pulang ke rumah tengah hari ini akan menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi sebelum kembali bertugas.

"Para doktor pakar yang melakukan pembedahan turut berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menjalani pembedahan 'arthroscopic' ke atas lutut kiri beliau Isnin lalu akibat kecederaan ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya Mei lalu.

PANAS!! Najib bakal diguling?

Posted: 04 Aug 2011 01:14 AM PDT

Andai benar berita ini.. Najib bakal mencipta sejarah sebagai PM yang paling pendek tempoh pemerintahannya..

Suka atau tidak para pencacai UMNO perlu akui bahawa kelemahan Najib ialah takut Bini.. kerana Rosmah, Najib dibenci bukan sahaja oleh para pemimpin UMNO malahan Blogger mereka turut meluahkan rasa tak senang hati.. tapi nak buat macam mana.. kalau dikutuk Najib, elaun tak jalan oleh itu diamkanlah saja...


PAS dakwa wujud gerakan dalam Umno mahu guling Najib

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak ekoran kebimbangan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun parti itu berkata Najib memang sedar tentang usaha sedemikian tetapi enggan meletakkan jawatan kerana bertegas mahu mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin konon pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.


Mustafa berkata, pemimpin-pemimpin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun mengaitkan Najib dan Rosmah dengan skandal itu, yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Perancis selain keputusan kerajaan menghantar pulang peguam negara itu William Bourdon.

Menurut mereka tindakan itu mencetuskan lebih banyak keraguan dalam isu tersebut.

Rosmah juga baru-baru ini dikaitkan dengan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta. Bagaimanapun beliau menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

"Anda tidak boleh memisahkan Najib dan Rosmah," kata Mustafa ketika menjawab soalan bahawa musuh Najib hanya tidak gembira dengan Rosmah, bukannya Perdana Menteri.

Mustafa menambah dakwaan beliau itu bukan bertujuan mengadakan "perang psikologi" ke atas Umno, sebaliknya menegaskan ia "perkara benar."

"Najib sedar tetapi degil. Beliau sudah pun mengatakan tidak," kata Mustafa.

Beberapa blog menulis bahawa Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin iaitu bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dikatakan dihadiri oleh bekas anggota jemaah menteri Datuk Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar iaitu bekas timbalan perdana menteri Tun Ghaffar Baba dan adik kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penawar dikatakan telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.


The Malaysian Insider

Video dari TV9 yang dikatakan menghina ibadah Sahur..

Posted: 03 Aug 2011 09:54 PM PDT

Video diakhir entry..


KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.


Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," ujarnya.



Pengakap berhutang bila di ketuai oleh Pemimpin UMNO..

Posted: 03 Aug 2011 09:41 PM PDT

Putrajaya digesa bercampur tangan mengatasi masalah kewangan yang dialami Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini.

"Saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros," kata bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar.


Persekutuan Pengakap Malaysia kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat.


Persekutuan Pengakap defisit RM350,000, Putrajaya digesa tindak segera

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Putrajaya digesa bercampur tangan mengatasi masalah kewangan yang dialami Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini.

Dalam satu surat diedarkan kepada kepimpinan PPM seluruh negara, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin berkata, "dukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengalami defisit perbelanjaan lebih kurang RM350,000."

Surat itu tidak menyatakan punca, sebaliknya meminta semua pihak dalaman PPM mengambil tindakan mengelak membuat permohonan bantuan kewangan.

Sehubungan itu, kata beliau, PPM berharap pihak dalaman pertubuhan tersebut "tidak lagi mengemukakan sebarang pernohonan bantuan kewangan daripada PPM bagi menampung aktiviti dari program" masing-masing.

The Malaysian Insider menghubungi PPM pagi ini tetapi tidak memperoleh respons daripada Zaki.

PPM kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

Mengulas perkara tersebut, bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata, ini kali pertama PPM berhadapan dengan situasi sedemikian meskipun mempunyai harta dalam bentuk bangunan dan tanah khususnya di Lembah Klang.

"Saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros," kata beliau lagi.

"Ini kali pertama situasi seperti ini berlaku, ia sungguh menyedihkan dan mengecewakan... bagaimana ia boleh berlaku? Ada yang tidak kena dalam pengurusan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

PPM mempunyai sekitar lapan bangunan dan beberapa bidang tanah di Lembah Klang, kata beliau yang bimbang ia kemungkinan boleh dijual untuk mengatasi masalah defisit.

"Kita tidak mahu hartanah bernilai ini dijual," katanya.

"Oleh itu saya mengharapkan tindakan sewajarnya. Saya dari PPM dulu, saya tahu bagaimana soal kewangan PPM harus diuruskan," kata beliau.

PPM merupakan satu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis dan ia sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia.

Ia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta digubal Parlimen.

PP kini ia dianggotai kira-kira 80,000 ahli di seluruh negara.

"Oleh kerana persekutuan ini ditubuhkan di bawah satu akta Parlimen, soal kewangan seharusnya diuruskan dengan baik. Bagi tujuan itu, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan, SPRM dan polis menyiasat perkara ini agar ia tidak menjadi semakin serius," kata beliau.

"Setiap ahli membayar yuran RM5, bermakna ia mampu mengutip yuran dalam jumlah besar, walaupun ditolak dengan peruntukan kepada cawangan, ibu pejabat masih ada lebihan.

"Ia juga mengutip sewa dan juga geran kerajaan. Jadi, ke mana perginya wang ini?" kata Kamarudin yang juga Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu.

PPM terletak di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan.


The Malaysian Insider

Najib dan UMNO Selangor pengkhianat sebenar

Posted: 03 Aug 2011 08:09 PM PDT

DATO Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.

Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja.


Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, bukankah ini satu kerja gila lagi jahat yang dilakukan oleh pengkhianat negara? Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera. Apakah sekarang Najib sudah mula membuktikan kata-katanya, bahawa beliau akan 'mempertahankan Putrajaya - at all costs!' itu adalah benar?

Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?

Bukti-bukti yang disampaikan kepada KEADILAN Selangor seperti yang ada di senarai pengundi Parlimen Hulu Langat cukup untuk mengesahkan bahawa sememangnya UMNO Selangor dan Najib secara langsung terlibat dalam dalam kerja-kerja tidak beretika menggadai maruah negara ini demi mempertahan kuasa. Siapakah yang mempunyai akses kepada keselamatan negara hari ini jika bukan kepimpinan UMNO?

KEADILAN Selangor mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Najib Razak untuk menjawap pendedahan ini, apakah membiarkan tanahair ini tergadai pada warga asing merupakan agenda terbaharu UMNO di Selangor?

KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa. Sebarang usaha oleh puak tidak bertanggungjawab ini akan dilawan habis-habisan.

UMNO Selangor sudah tidak peduli lagi pada asas penubuhan negara ini dan mula menggadai segala prinsip demi mempertahan baki kuasa di Purtajaya. Ketakutan dasyat yang dialami oleh UMNO Selangor kerana penolakan rakyat terhadap mereka telah memungkinkan mereka untuk mengambil jalan paling tidak beretika dengan menjual negara. Apa pun, saya ingin ingatkan pimpinan UMNO Selangor, segala perancangan jahat untuk merampas semula Selangor dengan cara jijik ini akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.

KEADILAN Selangor berikan nombor pengenalan sekali sebagai bukti pemberian kerakyatan pada warga asing yang diberi hak untuk mengundi yang tertumpu di Parlimen Hulu Langat yang mana kawasan ini UMNO-BN tewas pada PRU 12. Apa lagi yang hendak dinafikan?

Apa kata UMNO Selangor?

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda


NOTA:

jus soli = Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Patutlah Najib tak sokong BERSIH... Di Pekan pun ada 'Pengundi Hantu' rupanya..

Posted: 03 Aug 2011 10:40 AM PDT

Ini dari Pekan, Pahang.. Tiada MyKad tapi berdaftar sebagai pengundi..


Menurut seorang sahabat dari Pahang ini adalah sebahagian kecil atau senarai permulaan dari jumlah besar yang mereka kesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib.


Menurutnya, beliau cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini beliau perolehi dari rakannya yang sekarang ini masih mengumpul maklumat-maklumat lain.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No MyKad dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN.

Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN atau pengundi yang boleh mengundi melalui MyKad yang dikeluarkan oleh SPR bukannya JPN..

Menarik bukan.. demi mengekalkan kuasa UMNO/BN, SPR sebuah badan yang tugasnya hanya berkaitan pilihanraya boleh mengeluarkan MyKad pula..

Pengarah Pilihanraya N10 kata.."depa buat kerja lepas office hour, pasai tu SPR ada no MyKad, JPN tak ada.."

Tengoklah...

Di SPR ada no MyKad..

Tapi JPN tiada no MyKad



Di SPR ada no MyKad

JPN tiada MyKad



SPR ada No MyKad..

JPN tiada..




Siapa yang keluarkan MyKad ni?? SPR atau JPN??

Patutlah Najib tak kisah.. di Pekan pun ada pengundi hantu rupanya..

Info dari Pahang ini datangnya dari SINI

Tiada ulasan: