Rabu, 31 Ogos 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


FAKTA DAN EMOSI.... batu belah batu bertangkup...

Posted: 30 Aug 2011 05:20 PM PDT

Mat Sabu sekali lagi menjadi sasaran umNO kerana cubaan membetulkan persepsi sejarah . Sejarah tanah melayu tidak sama dengan penulisan sejarah Rasulullah yang disandarkan dengan sandaran disiplin yang ketat. Semua yang disandarkan kepada Rasulullah adalah hadis yang menjadi hukum yang pastinya memerlukan kawalan dalam penulisan sejarah berkaitan baginda. Namun di sana tetap ada usaha mencelah bagi menyelewengkan fakta tersebut.

Sejarah tanah melayu ditulis oleh penulis yang berbagai latar belakang. Namun yang diiktiraf sudah tentunya yang sesuai dengan pemerintah ketika itu. Penulisan sejarah tanah melayu berada di kemuncak di zaman penjajah. Bagi sejarah yang lebih awal pula terpaksa melalui tapisan zaman penjajah yang mendedahkannya di olah mengikut citarasa penjajah.

Isu yang membabitkan Mat Sabu dikaitkan kononnya dengan tuduhan pengiktirafan beliau terhadap komunis. Ia ditambah dengan sentimen waris anggota polis Bukit Kepong. Bagi mereka yang belajar sejarah dari filem arahan jins Samsudin tentunya marah dengan Mat Sabu. Hakikat sejarah sebenar disembunyikan.

Satu fakta dilupakan oleh kita ialah tentang zaman berlaku peristiwa. Mengikut disiplin sejarah, sesuatu ukuran terhadap apa yang berlaku mesti dirujuk terhadap zaman sebelum meletakkan hukuman terhadap mana mana pihak. TG Haji Hadi membuat bandingan bagaimana Rasulullah dan ummat islam yang membebaskan Mekah dari bangsanya sendiri. Bangsa yang menjulang Jahiliyyah.

Merdeka bukan hanya mengembalikan kuasa kepada anak bangsa tetapi mengembalikan kuasa kepada aspirasi dan anutan ideologi bangsa. Lebih tepat lagi kemerdekaan ialah membebaskan diri dari perhambaan sesama makhluk kerana kita hanya hamba kepada yang maha pencipta.

Membicarakan fakta sejarah tidak akan berakhir kerana ianya sesuatu yang membabitkan persepsi. Isu yang perlu diberi perhatian ialah usaha mengalihkan perhatian terhadap isu negara. Namun umNo mengajak rakyat bermain dengan emosi dan sentimen yang tak berkesudahan. Sememangnya orang melayu mudah dijinakkan dengan emosi. Maka emosi ialah senjata umNo mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku.

Rakyat akan lebih beremosi terhadap kisah batu belah batu bertangkup yang tak wujud dari isu rasuah. Rakyat lebih beremosi terhadap kisah Tanggang atau bawang putih dan merah dari isu cincin RM 24 juta.... itulah cara berfikir rakyat Malaysia yang difahami oleh umNO dan bukan Pakatan Rakyat.

PR cuba membawa masyarakat menimbangkan sesuatu isu berdasarkan fakta yang melemaskan dan menyusahkan untuk berfikir. Rakyat kita malas berfikir! jika isu kerakyatan di bawa dalam angka dan fakta, pastinya ia tidak akan memberi impak besar, namun jika ia di olah dengan cara beremosi, pastinya rakyat akan bangkit....cuma risikonya kita akan dituduh menghasut dan terdedah kepada tindakan Khalid timbalan ketua polis negara yang sangat beremosi dalam isu yang membabitkan Pakatan Rakyat! itulah EMOSI...






JAIS MESTI SEGERA

Posted: 30 Aug 2011 04:46 PM PDT

Berita melaporkan JAIS meminta penangguhan untuk menyiapkan laporan tentang tindakannya di sebuah gereja yang mencetuskan kontroversi baru baru ini. Kenyataan Menteri Besar yang dipetik melaporkan laporan itu akan disiapkan penghujung September. Ia sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Atas alasan apa yang paling rasional Jais menangguhkan laporan itu tidak dijelaskan. Namun ia satu tindakan yang mengecewakan. Ia sepatutnya menjadi keutamaan JAIS di saat terlalu banyak kekalutan yang timbul dari tindakan tersebut. Ia seakan mengesahkan ada tangan ghaib di belakang tindakan tersebut.

Polemik yang melah melibatkan campurtangan politik sepatutnya disegerakan kerana penangguhan akan mencetuskan pelbagai polemik baru yang akan menjejaskan tanggapan terhadap JAIS dan Islam sendiri. Ia seakan mengesahkan JAIS berada di pihak bersalah sehingga mengambil masa yang lama untuk membela dan memberi penjelasan.

Tanggapan umum tidak boleh disalahkan lantaran tindakan JAIS tersebut. Masyarakat kita selalunya mempunyai persepsi bahawa pihak yang terlalu beralasan berada di pihak yang salah. Soal kebenaran mesti disegerakan agar dapat mengelakkan pelbagai tanggapan salah terhadap Islam. 










Tiada ulasan: