ALHUSSEYN |
Jangan main ngendap-ngendap di sebalik tempurung itu…. Posted: 30 Aug 2011 08:09 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak perlulah berasa malu-malu membuat cadangan dengan penuh takzim di sini Berterus terang sahajalah sesama kita ni.Tak payah main mengendap-ngendap disebalik tempurung tu…Katakanlah dengan tegas dan berani. Buat kenyataan garang seperti mana dalam isu-isu sebelum ini, bahawa: Kerajaan perlu menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam dan melantik Ibrahim Ali sebagai menteri pertamanya - demi memertabatkan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia ini! Maka semakin besarlah kabinet kita yang memang dah paling besar dalam dunia.Kalau kita susuli tulisan A.Kadir Yasin , UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tambah seorang lagi Ibrahim Ali..... Itu belum lagi Kementerian Hal Ehwal Budha...belum lagi Kementerian Hal Ehwal Hindu...belum lagi Kementerian Hal Ehwal Kristian....belum lagi dan lagi..... |
Posted: 30 Aug 2011 05:57 PM PDT |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan