ALHUSSEYN |
Posted: 27 Aug 2011 07:01 PM PDT Saya mengucapkan Selamat hari raya kepada semua sahabat-sahabat blogger dan para pengunjung laman blog ini.Maaf zahir dan batin dari saya.Marilah bersama mengkumandangkan kebesaran Allah Subhanahu Wa-ta'ala melalui klip video berikut: |
Mengenali hero dan petualang agama sebenarnya Posted: 27 Aug 2011 04:44 PM PDT Pejuang-pejuang Melayu yang mendapat kemerdekaan dari orang puteh memang tidak pernah membenci orang puteh!Kalau orang kata mereka penjilat orang puteh yang pernah menjajah tanah air kita ini marah pula! Inilah yang terjadi kepada Mat Sabu sekarang ini kerana cuba mengherokan Allahyarham Mat Indera dan kumpulannya yang menyerang Balai Polis Malaya , penjajahan orang puteh yang belum merdeka masa itu. Kita jangan lupa, sebelum Merdeka, bahawa orang-orang Melayu yang berjiwa patriotik sebenarnya amat bencikan mereka yang bekerja dengan orang puteh. Sebab itu polis ketika itu lebih dikenali sebagai mata-mata – atau tali barut penjajah. Malah bukan rahasia kepada kita semua bahawa mata-mata juga dikenali sebagai anjing ketika itu. Sebab itu juga , maka tidak ramai orang Melayu yang sanggup bekerja sebagai mata-mata menyebabkan orang putih terpaksa mengupah bangsa Singh sebagai mata-mata. Begitu juga sewaktu penjajahan Jepun keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, orang-orang Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun amat digeruni oleh kebanyakan orang Melayu sendiri dan amat dibenci.Mereka dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun. Dan cuba kita lihat kepada satu contoh peristiwa setelah Merdeka ini – Peristiwa Memali. Apakah kita sanggup mengatakan bahawa polis kita itu adalah hero dalam peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya? Siapa hero dan siapa petualang agama sebenarnya? |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan