Jumaat, 19 Ogos 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Pemuda PAS - Pihak Berkuasa Agama Perlu Tegas!

Posted: 19 Aug 2011 12:38 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PIHAK BERKUASA AGAMA PERLU TEGAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) meminta Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri terutamanya Negeri Selangor mengambil tindakan yang tegas mengikut enakmen dan undang –undang sedia ada berkenaan dengan penyebaran agama lain kepada orang Islam supaya polemik berkenaan usaha memurtadkan orang-orang Islam dapat dibendung. Mutakhir ini di dalam media massa, cetak dan elektronik, telah dibongkarkan ada seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama mengajar muridnya beragama Islam, menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. pusat tuisyen dan sekolah di sekitar Lembah Kelang yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu "Yes, I know Jesus loves me" dan 'Hari ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran Kristian secara halus ketika belajar. Pihak Berkuasa Agama perlu bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan telah di buat. Sekiranya terbukti kebenaran daripada siasatan tersebut maka pihak Berkuasa Agama perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat sekiranya pihak Berkuasa Agama tidak mengambil langkah segera untuk menyiasat mengambil tindakan, maka isu ini akan terus berlarutan dan berkemungkinan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk melakukan fitnah dan mehnah sehingga merosakkan keharmonian prinsip kebebasan beragama di dalam Negara ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya bahawa pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri terutamanya di Selangor akan dapat melaksanakan tugasan mereka secara profesional dan adil untuk mempastikan kesucian Agama Islam dan ummat Islam dilindungi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha dan agenda untuk memurtadkan orang-orang Islam. Pemuda PAS komited untuk membantu dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak-pihak Berkuasa Agama untuk melakukan pemantauan, penangkapan, memberikan kaunseling atau apa jua bentuk bantuan yang diperlukan sekiranya ada kes atau isu yang berkaitan dengan usaha untuk memurtadkan orang-orang Islam. Semoga segala usaha dan kerja buat untuk menjaga Agama Allah ini akan mendapat keredahaan dan perlindungan Allah Taala.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

19 Ogos 2011

Polis Oh Polis.. Mengapa Lembab Sangat?

Posted: 18 Aug 2011 09:35 PM PDT


Kalau bab nak tangkap pemimpin Pakatan Rakyat,
ngalahkan roket dia punya cepat!

Belum Najib Tun Razak berdehem dulu..
Ketua Polis Negara dah berbunyik dulu!
Dan seperti biasa..
Ibarat Burung kakak Tua..
kena la ulang apa yang Tuannya sebut!
Ngalahkan Ketua UMNO Bahagian dah kadang-kadang komen Ketua-ketua Polisi neh!

Moga Polis bertindak lebih pantas dalam kes-kes yang macam ni..
wehh!! Satu KL Polis boleh tutup maaa..
Takkan kes macam ni Polis jadi siput kot???
adehhh!!!
budakbalun 19082011

Mangsa: Harapan saya, orang simbah asid dikenakan hukuman berat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.

Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

"Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.

"Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah," katanya kepada The Malaysian Insider.

UMNO Nak Mati Ni Macam-macam Laaaa

Posted: 18 Aug 2011 06:50 PM PDT

Ini K Rajagopal tau! bukan RajaGopal! wakakakak!


Adehh!!
Makin jelas kekeliruan UMNO dah nak mati ni..
macam 'buang tebiat' la orang cakap..

Bila serbuan JAIS dipertikai...
UMNO terus jerit!
"Siapa pertikai JAIS sama macam pertikai Sultan sebab JAIS/MAIS bawah Sultan!"

perghhh!! bukan main serius!

Woi bangsat UMNO!
Kalau ko nak keliru.. keliru sorang-sorang!
Jangan kelirukan melayu-melayu lain!

Abiss??
yang si Zahid hamidi bapak UMNO tu pertikai arahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang apahal??
Bukan JAIPP tu bawah Yang Dipertuan Agong?
so? pertikai JAIPP serupa macam pertikai Agong la!!

Zahid Hamidi dah selevel dengan Al-Maunah la ye tak?
menderhaka kepada YDP Agong!

aduhhhh!!
budakbalun 19082011

Pertikai tindakan Jais makna persoal kuasa Sultan, kata Mais

SHAH ALAM, 18 Ogos — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

"Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais. - MalaysianInsider




Tiada ulasan: