Ajijoi |
Tazkirah Ramadhan oleh Muhammad Nuruddin Bashah Posted: 18 Aug 2011 05:41 AM PDT |
Kunjungan berbuka puasa pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan Posted: 18 Aug 2011 03:44 AM PDT IPOH (17.8.11): Bersempena dengan cuti umum Nuzul Quran, sekumpulan seramai 40 orang pelajar-pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh yang terdiri daripada ahli-ahli kelab BADAR (Badan Amal Makruf) tingkatan 3, 4 dan 5 berkunjung ke Surau Al-Ihsan, Rapat Setia, Ipoh untuk berbuka puasa dan bersolat terawih. Sepertimana tahun lalu, kumpulan BADAR daripada STAR ini telah memilih Surau Al-Ehsan sebagai destinasi mereka untuk menimba pengalaman berbuka puasa, solat terawih dan bertazkirah didalam suasana berjemaah. Kumpulan ini yang diketuai oleh guru mereka, Ustaz Tanusi dan Ustaz Rahim telah diberikan peluang oleh pihak surau untuk mengendalikan sendiri penyediaan berbuka puasa, mengimamkan solat Isyak dan juga Terawih. Pengalaman ini menyedia dan mendedahkan mereka dengan suasana hidup berjemaah dan bermasyarakat. Ustaz Tanusi mengucapkan penghargaan diatas kesudian pihak surau menerima kunjungan pelajar-pelajar STAR Dengan kejayaan kunjungan kali kedua pelajar-pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan ini, mungkin majlis sebegini boleh dijadikan acara tahunan kelab BADAR ini. Semoga pengalaman yang mereka timba semasa berbuka disurau ini, akan lebih mematangkan mereka didalam kehidupan bermasyarakat. |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan