Ajijoi |
Posted: 04 Aug 2011 01:15 AM PDT "Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling. (Free Malaysia Today) - Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain. Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri. Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia. Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum. Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka. |
Tazkirah Ramadhan: Selalulah Doakan Ibu Bapa Posted: 03 Aug 2011 04:58 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan