Ahad, 21 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kempen pijak : Akhbar milik Melayu, siar result judi untuk Melayu.

Posted: 21 Aug 2011 07:50 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna





Luar KB juga perlu ada program facebookers.

Posted: 21 Aug 2011 02:53 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Ini Program 24 Ogos.


Ini program Hari Raya ke-4. 2 September.


Gua ingin membawa suara2 dari FBers luar Kota Bharu. Mereka berharap, selepas ini, program seumpamanya boleh dibuat di luar KB. Gua harap ada yang sampaikan kepada pimpinan PAS Kawasan masing2. Takan nak suruh YB Cikgu Rahim, PAS Kota Bharu buat program kat Tanah Merah, pulak kan. So, PAS Kawasan masing2, take note la.

Kalau buat Mcdonno gak, lu pakat buat sendiri2, pastu belasah PAS / UMNO / Tok Wakil kawasan lu orang. Makan bawa sendiri, kongsi dan tukar2. Bahan2 belasahan lu orang tu, hantar ke gua. Gua support lu orang. Cover dan dedah apa suara lu orang. Insyaallah.





Semoga 'mereka' bekerja demi Allah yang 1.

Posted: 21 Aug 2011 02:20 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua bersama antara yang memenuhi kerusi yang disediakan. Anak Muda di Kelantan berdarah panas. Pada mulanya gua duduk di pertengahan barisan. Moderator meminta gua duduk di depan kerana tugasan tertentu. Akhirnya seat depan diambil oleh krew dan rakan2. Pimpinan yang datang kemudian takda seat. Mustahil meminta seat dari anak muda. Ini bukan anak muda UMNO. Tengah sedap dengar Tukar Tiub, nak kena bangun beri tempat pula. Namun pimpinan PAS cool. Cari seat yang kosong sendiri lah jawapannya.

[1]
Sabtu lepas telah berlaku Program Forum Anak Muda dan Demokrasi. Kehadiran yang memanaskan keadaan. Gua kira kerusi dalam dewan tu ada 334. Jumlah kehadiran yang dicatatkan 250. Ramalan gua, jika kena gaya, program hari raya ke-4 di Balai Islam nanti, sah2 takda seat. Gua harap program tu takda ucapan pemimpin, sebaliknya menjawab soalan. Juga berharap ada penjaga masa kepada panel2 yang tukang jawab. Tak kiralah moderator atau pengerusi majlis. Macam program Sabtu lepas buat. Memang puas hati.

Banyak yang gua belajar sebagai orang luar, sama ada luar Kelantan, luar NGO dan luar parti dalam program Sabtu lepas. Gambar2 boleh dilihat dalam FB rakan2 yang hadir. Termasuk akhbar perdana yang dipijak. Gua tak mau cerita bab program sangat. Tapi story bab tajuk N3. Dan gua nak sebut, program ni, 70% diuruskan pompan beb. Pengarah program jer dah budak pompan. Budak lagi bai. Harap la PAS N9 yang jantan2 boleh buat yang lebih baik. Bro Taufek.. take note la bro.. besar tu kuasa facebook dan anak2 muda.

[2]
Settle forum, settle soalan, ada lebihan masa setengah jam. Moderator bagi peluang hadirin mempamirkan ekspresi. Berinteraksi. Macam2 pendapat dikemukakan. Then gua blah Zohor dan menyetelkan Tokpek yang telah mengencing adik ipar gua. Petang bengkel media baru dan berhenti jam 6pm. WCH dan Tukar Tiub share ilmu yang superb. Sebelum majlis berbuka puasa jam 7pm.

Sejam yang ada digunakan membawa Dr Wong Chin Huat ronda2 sekitar Kota Bharu. Bersama Hjosama dan adik Perkasanya. Ada beberapa perkara yang ingin gua share on pengalaman bersama 'mereka' seperti Dr Wong Chin Huat (WCH).

Gua, Hjosama (moderator forum) dan Dr Wong Chin Huat (panel forum) di Buluh Kubu. Gua harap tempat ni dapat diupgrade suatu hari nanti.

[3]
Dalam pengaruh selain Islam, katakan manusia lain berada dalam pengaruh tersebut, pasti ia menjadi isu yang membanggakan kepada yang membawa pengaruh tersebut. Manusia lain itu bermaksud manusia yang asalnya berada di luar pengaruh. Kita ambil manusia Islam sebagai subjek khusus.

Contohnya manusia Islam yang terpengaruh dengan sistem Kristian. Pasti ianya adalah isu bangga kepada manusia Kristian. Bercuti di hari Ahad misalnya. Itu menunjukkan baka2 manusia Kristian lebih berkuasa dalam dunia pengaruh.

Begitu juga jika ada manusia lain yang terpengaruh dengan sistem Islam. Bukan Islam yang mengadap ulama dengan berbaju sopan, tidak takut masuk dan berprogram di surau / masjid sepatutnya adalah satu isu yang membanggakan. Itu menunjukkan baka2 manusia Islam itu lebih berkuasa dalam dunia pengaruh.

Program yang macam orang bergocoh dan bertomoi jika hanya didengar dari luar dewan. Macam inilah rupa2nya program anak muda. Ujar Exco. Kalau macam inilah gayanya, kerajaan akan sokong jika dibuat sebulan sekali. Malah jika kehadiran tidak lagi munasabah dengan dewan, maka perlu dibuat di luar.

[3.1]
Panel ada 3 orang. Lawyer Faizal. Aktivis Dr WCH. Dan aktivis Tukar Tiub. Aturcara program 8.30am. Lawyer buta sampai, ditemani isterinya dan parking kereta 7.58am. 8.10am Jeming sampai. Park kete sebelah gua. Sound gua dia nak tidur kejap sebab dah 4 malam dia tak tidur dengan betul. Sebaik sahaja Jeming rebah seat, kete dia bergerak sampai langgar divider. Handbrake tak tarik.

8.15am gua naik untuk kerja2 pijak akhbar. WCH sudah ada sambil membantu kerja2 pengurusan! Mungkin pembolehubahnya lokasi penginapan, Tukar Tiub sampai pukul 9.05am. Ketika semua anak muda telah sedia menanti.

Alangkah baiknya jika mereka seperti WCH bekerja untuk Allah yang 1. Di mana segala sikap2 baik mereka diambil kira oleh Allah? Menetapi waktu adalah satu perkara baik dalam Islam. Ianya adalah satu budaya dan pengaruh Islam asalnya.

Exco, pimpinan, panel, moderator, pengarah program, krew dan anak2 muda.  Gegak-gempita. Ini bukan program orang tua. Program orang tua yang bercakap sorang. Yang lain angguk. Ujar seorang pimpinan PAS yang berucap. Lu tengok banner tu. Cari 'JEMING sebagai pengerusi SPR'.

[3.2]
Masa terluang antara jam 6pm-7pm dihabiskan membawa WCH meronda. Banyak perkara yang menarik dari Cina ini. Antara yang gua nak share ialah pada hari berkenaan WCH 'berpuasa'. Semata-mata untuk bersama kami berbuka puasa. Dia rasa bersalah jika 'berbuka' tanpa 'berpuasa'. Bersahur pada jam 3am. Berasa bimbang berasa haus ketika bercakap di forum. Gua takda rasa terharu. Tapi rasa sedih. Rasa terkilan'.

Seterusnya, bukanlah isu besar. Tapi satu perkara yang gua ingin tegur ialah WCH dan Lawyer Faizal yang bersama sehingga ke akhir program. Seorang Cina yang sanggup berpuasa untuk memenuhi undangan berbuka tanpa rasa bersalah, dan seorang buta yang bergantung kepada krew kerja untuk bergerak juga bersama anak muda sehingga ke akhir program.

Namun, sedikit mendukacitakan Tukar Tiub bersama Topeng Perak memilih keluar dari program dan berbuka puasa di luar. Di mana Tukar Tiub adalah panel. Gua sebagai anak muda, mencatitkan ini sebagai sikap profesional kumpulan anak muda generasi baru. Tidak berpantun2, berlapik2, bisik2 belakang seperti ulama.

Dan kembali kepada tajuk, alangkah baiknya jika mereka seperti WCH bekerja untuk Allah yang 1. Di mana segala sikap2 baik mereka diambil kira oleh Allah? Berpuasa kerana Allah. Menepati jani kerana Allah. Berada dalam tajuk, memenuhi undangan, melaksanakan tugas sehingga selesai kerana Allah.  Sayang... sangat2 sayang jika sifat2 baik ini dilakukan bukan kerana Pencipta.

[4]
Mereka2 yang berada dalam pengaruh Islam adalah lebih baik dari kita yang berada dalam pengaruh bukan Islam.

Melafaz ayat Al-Quran, tidak taboo memasuki masjid atau surau, memakai pakaian sopan bila mengadap TGNA atau Hadi Awang, terbiasa mengucap kalimah Insyaallah, Alhamdulillah, etc adalah satu perkara positif yang sepatutnya digalakkan. Bukan ditentang.

Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka ini akan bekerja demi Allah yang 1, pada suatu hari nanti. Insyaallah. Amin.


Tiada ulasan: