Jumaat, 19 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pergaduhan Mesut Ozil dan David Villa.

Posted: 19 Aug 2011 06:18 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna



Ya. Memang benar pasukan yang gua minat ialah Barcelona. Dan kemudiannya Real Madrid. Team paling gua benci ialah kesemua EPL. Dan dalam EPL, mana2 yang menentang Man U, gua sokong. Itu hobi. Bukan akidah.

Panas seketika perbincangan di internet bahawa Mezut Ozil bergaduh dengan David Villa kerana David Villa menghina Islam. Pegangan Mezut Ozil. Benar atau salah dakwaan itu, wallahualam.

Jika David Villa hina Islam.

Selalunya dalam hal pertengkaran yang membabitkan situasi seperti dalam video itu, lawan akan mengucapkan kata2 yang berniat mencederakan hati. Ianya bukan hujah dan bukan perbahasan. Ianya ejek-mengejek.

Namun, ejek-mengejek tidak wajar dibalas dengan sentuhan fizikal. Itu bukan cara Islam. Itu cara penganut islam. Termasuklah gua. Sepatutnya Mezut Ozil menunjukkan sikap sabar, dan mengemukakan bantahan rasmi kepada bola Sepanyol atau membuat sidang media mendedahkan perkara itu.

Peritiwa yang dikatakan sama pernah berlaku pada Zidane. Tindak balas Zidane menanduk dada defend Italy itu bukan cara Islam. Itu cara penganut Islam kategori biasa2 sahaja seperti gua. Ejek-mengejek tidak boleh dibalas dengan fizikal.

Mezut Ozil dan Zidane harus belajar dari muslim Frederic Kanoute. Kelab Sevilla. Dia memiliki mental dan akhlak yang bertaraf selayaknya untuk Islam. Imej, latar belakang, rekod yang bersih. Dia tidak menentang penganut agama yang negatif terhadap Islam. Musuhnya bukan David Villa atau Metarzzi. Tetapi dia menentang sistem yang negatif terhadap Islam.


Pernah boikot syarikat penaja judi. Mengeluarkan belanja membeli masjid untuk muslim Sepanyol. Gua harap, diri gua sendiri, dan peminat2 Mesut Ozil dan Zidane tidak memandang tindakan Mezut Ozil dan Zidane itu atas nama Islam. Inilah sebab utama gua mengeluarkan N3 ini.


Yossi Benayoun diejek muslim Melayu.

Gua juga menegaskan bahawa adalah salah jika muslim Melayu mengejek Yossi Benayoun atas nama agama. Mana pernah Islam menganjurkan kaedah ejek-mengejek dalam perjuangan atau dalam bersuara terhadap sesuatu.

Jika mahu pun menyuarakan pandangan atau bantahan, umat Islam Melayu perlu menunjukkan kaedahnya. Kumpul tandatangan, boikot, pidato, forum, kempen. Itu pun jika tepat berada dalam falsafah agama.

Sebenarnya, muslim Melayu tidak tahu atas falsafah apakah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan Yahudi. Walaupun begitu banyak ayat Allah berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tapi Allah bukan suruh muslim bermusuh secara total begitu. Asal jumpa bunuh. Asal nampak, ejek. Agamanya, agamanya lah. Agama Islam agama Islam.

Tetapi, yang musuh kepada umat islam adalah negara. Negara bernama Israel. Negara tersebut adalah haram berdasarkan timeline Salahudin Ayubi. Ketika itu penduduk bukan Islam termasuk Yahudi diberi pilihan untuk hidup dengan aman dalam Palestine atau berhijrah. Tentera Islam eskot mereka keluar dengan selamat.

Yahudi yang memilih tinggal di palestine itu lama-kelamaan memeluk Islam. Logo kaum mereka adalah bintang bucu 5 yang Israel guna tu. Jadi Palestine adalah tanah mereka. Salahudin tidak halau mereka, malah bersama2 membangunkan mempertahankan Palestine. Nenek moyang mereka yang memilih tinggal dan berbaiah dengan Salahudin.

Di zaman sekarang, Yahudi yang memilih keluar dari Palestine itu mendakwa, Palestine adalah tanah mereka. Sedangkan nenek moyang mereka yang keluar secara sukarela. Mereka juga menggunakan logo bintang bucu 5. Sekaligus menafikan hak muslim keturunan Bani Israel yang menggunakan logo yang sama. Bezanya muslim keturunan Bani Israel yang bergadai nyawa mempertahankan Palestine dengan Yahudi Bani Israel yang dulunya keluar kini 'menuntut' semula.

Jadi, muslim Iran, muslim Hamas menentang negara Israel. Negara haram tersebut. Mereka akan tarik diri bila bersukan dengan negara Israel. Mahfuz dan beberapa pemuda PAS masuk penjara kerana membantah UMNO menjemput negara Israel dalam bermain kriket. Sebarang pengiktirafan terhadap negara Israel adalah haram. Ini fatwa. Sama ada sukan, ekonomi, diplomatik dan sebagainya.

Tetapi Yossi Benayoun tidak bermain mewakili negara haram Israel. Mana-mana warganegara haram Israel adalah diiktiraf sebagai manusia. Selagi mereka adalah orang awam, mereka tidak boleh diperangi. Orang awam, hospital, rumah ibadat, kanak-kanak, wanita tidak boleh diperangi. 

Wallahualam. 


Ahli agama di Malaysia dipenuhi oleh penghafal.

Posted: 19 Aug 2011 05:31 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Dari peringkat pusat, sampai peringkat kampung. Penuh dengan penghafal. Kalau setakat mengurustadbir masjid masing2 kira ok lagi. Tapi bila diangkat jadi Presiden Parti Politik Islami, hancuss..

Satu benda mudah tapi masih tak terfikir untuk kaizen ialah van jenazah. Bendanya A B C jer. Tapi penghafal tetap penghafal. Apabila disumbangkan van jenazah, senyum lebar ahli agama. Terperaplah van jenazah itu. Hanya seminggu sekali digunakan bagi urusan kematian.

Apa salah buang word Van Jenazah tu. Tukar pada Van Masjid. Van Masjid Felda Chini 8 misalnya. Van Masjid Taman Koperasi Polis contohnya. Betapa luasnya kegunaan van tersebut? Hantar budak2 pertandingan musabaqah boleh. Hantar pasukan futsal masjid boleh. Disewakan kepada penduduk boleh. Kegunaan kenduri kawin boleh. Hantar jenazah boleh. Macam2 kegunaan yang boleh dimanfaatkan.

Katakan ahli agama atau penyumbang itu baka bodoh gak. Takpa la dia nak letak word Van Jenazah. Dah dia yang nak derma. Takan nak bertekak plak dengan penderma. Lepas jadi hak milik masjid, apa lagi? Tukar la. Van Masjid. Benda A B C pun masuk 2011 duk duduk takuk lama. Bila gereja bagi van kat penduduk kampung, penduduk taman perumahan, mengamuk plak.


Azizan sudah sihat. Mahasiswa boleh langgar isu AUKU.

Posted: 18 Aug 2011 04:47 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Menjelang tarikh demo dan serah memorandum, Azizan tidak sihat. Kini, alhamdulillah. Azizan sudah keluar IJN. Malah mengabaikan cuti untuk mempengerusikan mesyuarat negeri. So, mahasiswa boleh teruskan projek Langgar Azizan demi membela rakan2 yang ditindas AUKU.

Pemimpin dipilih oleh rakyat. Bukan rakyat dipilih oleh pemimpin.



Kosongkan hari raya ke-4 anda. Dari Johor sampai Perlis.

Posted: 18 Aug 2011 03:49 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna


Nak sebut Sabah n Sarawak cam tak logik plak. Tapi dari Johor sampai Perlis la. Ada 10 juta pengguna FB di Malaysia. Mari berkumpul di Kelantan pada hari raya ke-4. FBers wanita kalau nak dapatkan tempat bermalam, gua bleh settlekan. Bleh ambil mana-mana 'guest house', share reramai atau hotel terdekat. Sebilik lu sumbat la 5-6 orang. Bukan seminggu, semalam dua jer. Beli tiket pergi balik siap2. FBers lelaki lu tido masjid dah la.. musafir sekali-sekala.

Pengangkutan pun don't worry. Insyaallah gua and memember akan settlekan. Janji lu info gua awal. Kalau naik keteapi, turun Wakaf Bharu. Gua pikap dan hantar lu ke Putik. Kalau naik bas sampai bandar KB. Gua pikap dan hantar lu ke Putik. Naik kapal terbang, turun Pengkalan Chepa. Lu panjat pagar belakang terus masuk Putik.

Meh kita rasai suasana Real Politic in Kelantan. Tak guna samseng berhadapan dengan hujah. Tiada rampasan peralatan rakaman. Muka paling gangster pun yang lu akan tengok ialah Jeming Hasan. Tapi jangan bimbang muka dia jer samseng. Tapi jiwa romantik.


Tiada ulasan: