Sabtu, 20 Ogos 2011

Addin

Addin


Rupa-Rupanya Berbillion Ringgit Duit Rakyat Hangus Di Sime Darby

Posted: 20 Aug 2011 09:27 AM PDT

SPRM menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milik rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara. Projek Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini.


Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.

Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan 'Ops Billion' bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad.

Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat.

Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan.

Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor.

Beliau turut menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama 'Rolex' yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd.

Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.

Pakatan Rakyat Cadang Monopoli BERNAS Di Tamatkan

Posted: 20 Aug 2011 05:30 AM PDT

Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan penghapusan status monopoli pengedaran beras oleh Beras Nasional Malaysia (Bernas) dan juga kajian semula terhadap status Bernas sebagai pengimport tunggal beras di negara ini. Langkah itu dicadang untuk menjadikan industri beras tanahair lebih kompetitif dan pada masa sama memperbaiki taraf ekonomi petani beras tempatan. Ia diumumkan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua sewaktu sidang media siri perbincangan bajet Pakatan Rakyat 2012 di Sekretariat Pakatan Rakyat, Petaling Jaya tengah hari tadi. "Pakatan Rakyat cadangkan status monopoli Bernas ditamatkan.


Status Bernas sebagai pengimport tunggal ke dalam negara kita juga akan dikaji semula. "Dan kita akan cadangkan lesen import dibuka kepada orang lain agar ada persaingan daripada segi import beras," kata Tian Chua. 
Menurut Tian Chua, langkah itu dicadangkan kerana sejak ia diswastakan, Bernas tidak lagi mewakili kepentingan nasional tetapi terus diberikan keistimewaan oleh kerajaan Umno BN. Melalui sistem monopoli sedia ada, Bernas memperolehi keuntungan melalui perbezaan di antara subsidi yang dibayar kerajaan kepada mereka dengan harga beras yang dibayar mereka kepada petani, kata Tian Chua.

"Mereka rendahkan harga yang mereka beli daripada petani, hasilnya petani hilang insentif untuk menghasilkan beras dengan lebih banyak. "Dengan adanya persaingan dalam membeli beras, kita harap ia akan merangsang pendapatan petani dan ia akan meningkatkan produktiviti petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, petani juga akan memperolehi pendapatan yang lebih baik kerana subsidi beras akan disalurkan terus kepada mereka. Pendapatan petani juga akan meningkat hasil persaingan daripada pengedar beras yang mahu mendapatkan bekalan daripada petani, kata Tian Chua. "Ia akan mampu memperbaiki kadar penghasilan beras di dalam negara ini serta pengedaran beras dan padi (yang lebih baik).

"Sokongan kepada penanam padi juga perlu diubahsuai agar bantuan diberi terus kepada petani. "Antaranya skim pinjaman dan skim simpanan untuk pengeluar dan penanam beras. "Melalui skim ini, kita akan tingkatkan pengeluaran petani, dan juga ada skim pendapatan yang lebih baik untuk petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, katanya lagi, pengguna tidak perlu peningkatan harga beras kerana ia adalah di antara harga barangan kawalan./kd

 Addin :

Satu cadangan yang amat baik, kerana sesuatu monopoli perniagaan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Islam juga melarang monopoli.


AMK Kecam Panglima ATM

Posted: 20 Aug 2011 04:35 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN menyelar Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos, sebagai satu pengkhianatan. Sebaliknya, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Zulkifeli membuktikan tidak berlaku penyelewengan undi pos seperti didedahkan. "Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera. "Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan.


Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan," katanya kepada Keadilandaily. Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan bekas anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung. Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu berhubung perkara itu.

"Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan," ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya. Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.

"Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif. "Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya," ujarnya.

Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999. Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut./kd

PSC : Najib Tunduk Pada Muhyiddin?

Posted: 20 Aug 2011 02:28 AM PDT

Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC). Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0. Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini.


Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu. Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

"Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan."

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat. Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika "benar-benar dipilih oleh rakyat" merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, "kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu."

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah? Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen. Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas? Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya. Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana. Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013. Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?/fmt

SPR Kata Kesilapan 0.0001% Tapi Najib Tubuh PSC

Posted: 20 Aug 2011 02:26 AM PDT

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya kesilapan dalam daftar pemilih hanyalah 0.0001 peratus, tidak logik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. Lebih-lebih lagi, katanya, ia dibuat ketika Pakatan Rakyat berjaya membuktikan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih SPR hingga terbukti kewujudan pengundi hantu. "Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya bukti jelas sistem dalam daftar pemilih SPR adalah kotor. Pilihan raya di Malaysia juga kotor. "Kalau Najib pun mengakuinya, SPR patut berhenti menjadi tali barut Umno Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Keadilan Daily di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, daftar pemilih SPR sarat mengandungi pengundi hantu termasuk penggunaan nama palsu, alamat palsu dan semuanya dalam jumlah yang besar. Memberi contoh lokaliti Kampung Kelanggit Baru dalam Parlimen Gombak yang penduduknya 100 peratus Melayu, beliau hairan kerana wujud 48 pengundi Cina tidak dikenali dalam daftar pemilih SPR.

"Kalau dalam sebuah kampung ada 48 pengundi hantu, bayangkan ada ratusan ribu pengundi hantu di kampung lain di seluruh negara," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Jadi, beliau mendesak SPR bersikap profesional kepada semua parti bertanding dengan memastikan pilihan raya umum (PRU) dijalankan secara bersih dan adil./kd

Pakatan Rakyat Cadang Monopoli BERNAS Di Tamatkan

Posted: 19 Aug 2011 07:30 PM PDT

Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan penghapusan status monopoli pengedaran beras oleh Beras Nasional Malaysia (Bernas) dan juga kajian semula terhadap status Bernas sebagai pengimport tunggal beras di negara ini. Langkah itu dicadang untuk menjadikan industri beras tanahair lebih kompetitif dan pada masa sama memperbaiki taraf ekonomi petani beras tempatan. Ia diumumkan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua sewaktu sidang media siri perbincangan bajet Pakatan Rakyat 2012 di Sekretariat Pakatan Rakyat, Petaling Jaya tengah hari tadi. "Pakatan Rakyat cadangkan status monopoli Bernas ditamatkan.


Status Bernas sebagai pengimport tunggal ke dalam negara kita juga akan dikaji semula. "Dan kita akan cadangkan lesen import dibuka kepada orang lain agar ada persaingan daripada segi import beras," kata Tian Chua. 
Menurut Tian Chua, langkah itu dicadangkan kerana sejak ia diswastakan, Bernas tidak lagi mewakili kepentingan nasional tetapi terus diberikan keistimewaan oleh kerajaan Umno BN. Melalui sistem monopoli sedia ada, Bernas memperolehi keuntungan melalui perbezaan di antara subsidi yang dibayar kerajaan kepada mereka dengan harga beras yang dibayar mereka kepada petani, kata Tian Chua.

"Mereka rendahkan harga yang mereka beli daripada petani, hasilnya petani hilang insentif untuk menghasilkan beras dengan lebih banyak. "Dengan adanya persaingan dalam membeli beras, kita harap ia akan merangsang pendapatan petani dan ia akan meningkatkan produktiviti petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, petani juga akan memperolehi pendapatan yang lebih baik kerana subsidi beras akan disalurkan terus kepada mereka. Pendapatan petani juga akan meningkat hasil persaingan daripada pengedar beras yang mahu mendapatkan bekalan daripada petani, kata Tian Chua. "Ia akan mampu memperbaiki kadar penghasilan beras di dalam negara ini serta pengedaran beras dan padi (yang lebih baik).

"Sokongan kepada penanam padi juga perlu diubahsuai agar bantuan diberi terus kepada petani. "Antaranya skim pinjaman dan skim simpanan untuk pengeluar dan penanam beras. "Melalui skim ini, kita akan tingkatkan pengeluaran petani, dan juga ada skim pendapatan yang lebih baik untuk petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, katanya lagi, pengguna tidak perlu peningkatan harga beras kerana ia adalah di antara harga barangan kawalan./kd

 Addin :

Satu cadangan yang amat baik, kerana sesuatu monopoli perniagaan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Islam juga melarang monopoli.


Tiada ulasan: