Rabu, 17 Ogos 2011

Addin

Addin


Panas!! Pelajar Islam Dedah Di Ajar Nyanyi Lagu Kristian

Posted: 17 Aug 2011 08:59 AM PDT

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam. Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.


Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat. Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu 'Mereka menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu. Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut./fmt
 

Kenaikan Gaji Indonesia Lebih Baik Dari Malaysia

Posted: 17 Aug 2011 07:39 AM PDT

Walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggambarkan seolah-olah ekonomi negara masih di tahap selesa namun rakyat masih tidak sedar pertumbuhan ekonomi telah terkebelakang dari Indonesia.Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli (gambar)berkata, prestasi ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5 peratus pada suku yang lalu dan dijangka mencecah 7 peratus tahun depan. "Kadar unjuran ekonomi negara 2 peratus di belakang jika dibandingkan dengan negara jiran (Indonesia). Dasar pentadbiran Umno-BN yang melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat gagal mencapai sasarannya pada tahun pertama,"

"Jika tahun pertama pun dah tidak mencapai sasaran, bagaimana dengan 10 tahun yang akan datang? Adakah ia mampu mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020?," soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.

Rafizi sebelum ini menyebut tentang keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011, tersasar dari 6 peratus unjuran sebenar.

Jika dibandingkan dengan Indonesia, rakyat Malaysia kini berdepan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, manakala negara jiran itu pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu.

Sementara kadar kenaikan gaji di Malaysia hanya menokok 2.6 peratus sepanjang sedekad yang lalu, sedangkan pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10 peratus sejak tahun 2006.

Beliau juga turut menyatakan kegagalan ETP mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI).

Beliau juga mendedahkan 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta tidak benar.

Menurutnya, isu ekonomi bukan isu politik dengan menawarkan pelbagai dasar yang bersifat retorik semata-semata, tetapi kerajaan perlu komited untuk menggandakan pendapatan negara dengan sistem ekonomi yang berkesan.

"Kerajaan diamanahkan adalah untuk menggandakan pendapatan negara dan membangunkan ekonomi tapi ujian pertama yang dilihat pada dasar ekonomi yang dibuat Najib telah gagal dan dasar ini patut dimasukkan ke bakul sampah sahaja," katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata Buku Jingga iaitu satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang memberi alternatif dari sudut ekonomi akan diteruskan dan disebarkan kepada rakyat.

Selepas sambutan Hari Raya, penjelasan serta penerangan yang lebih terperinci akan dilakukan kepada rakyat, termasuk edarkan risalah secara berterusan, kempen melalui video dan sesi ceramah.

"Rakyat perlu membuka mata untuk melihat dan menilai dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Umno-BN yang telah menunjukkan kegagalan mencapai sasaran walau pada tahun pertama," tegasnya.


Panas!! Melaka Bazirkan RM317,000 Untuk Tender Plat Kereta?

Posted: 17 Aug 2011 07:23 AM PDT

Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.? Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.! Apa manfaat yang rakyat dapat dengan nombor plat kereta tersebut. Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan negeri membatalkan niat untuk menggunakan plat tersebut. Gunakan duit sebanyak itu untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Jangan membazir. Masih ramai rakyat yang menderita dan susah di negeri ini. Masih ramai anak-anak yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mempunyai wang untuk meneruskan cita-cita murni itu lantaran kesempitan hidup keluarga mereka.

Kita mengharapkan selepas ini jika Kerajaan Negeri menang tender tersebut, mereka mesti mengeluarkan kenyataan rasmi kepada seluruh rakyat negeri Melaka berapa wang rakyat yang telah dibazirkan untuk mendapatkan plat MCC 1 hingga MCC 15 ini. Biar rakyat menilai sendiri apakah tindakan kerajaan ini bermanfaat kepada rakyat atau tidak?/mutaligat

Addin :

Rakyat  makin tersepit dengan kenaikan harga barang, tapi kerajaan Melaka mampu berbelanja mewah hanya untuk tender plat kereta.. Sungguh malang sesiapa yang memilih kerajaan sebegini.


Kenali Pejuang Islam Di Malaysia

Posted: 17 Aug 2011 03:25 AM PDT

Ayat ke-44
اتأمرون الناس بالبر و تنسون انفسکم و انتم تتلون الکتب افلا تعقلون
Artinya:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ?Tidakkah kamu berakal? Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam.

Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam. Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah. Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu. Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia :

1. Membantah arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh .

Arahan ini selari dengan syarak kerana Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah arahan berkenaan sedangkan mereka sendiri tidak berjamaah di masjid apabila kedengaran azan.

MALAH ada diantara mereka yang hanya ke masjid untuk sembahyang Jumaat sahaja.Itupun kadang-kadang tunggu 3 kali Jumaat baru sembahyang Jumaat takut dicop munafik.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka yang tidak bersolat lima waktu pun.

2. Membantah wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid dan surau di Selangor untuk memberi sumbangan dan menyampaikan ucapan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau.

MALAH ada diantara mereka tidak pernah menjejak kaki ke program - program agama yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka bertindak menghalang kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid dan surau.

3. Membantah wakil rakyat perempuan bukan Islam mengadakan aktiviti senamrobik di perkarangan masjid di Selangor

Program senamrobik disertai wanita Islam yang menutup aurat dan diadakan di luar masjid. Orang bukan Islam dikehendaki berpakaian sopan semasa berada di dalam masjid.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan isteri dan anak mereka berpakaian tidak menutup aurat, tidak bertudung dan berpakaian ketat dan sendat.

MALAH ada di antara isteri dan anak mereka yang tidak menutup aurat semasa memasuki masjid.

LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka menganjurkan program di dalam masjid dengan orang perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian ketat serta berlaku pergaualan bebas lelaki dan perempuan.

4. Membantah wakil rakyat bukan Islam di Selangor dan Perak membaca al-Quran dan terjemahan al-Quran

Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.

Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak membaca ayat suci al-Quran.

MALAH ada diantara mereka yang tidak mahu mempelajari kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui kuliah-kuliah yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, mereka sanggup mempersendakan hukum-hukum dalam al-Quran contohnya, hukum potong tangan menyebabkan ramai orang Islam tidak tangan, ikut hukum Islam negara tidak maju dan banyak penghinaan lagi.

5. Membantah tindakan kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka kepada bukan Islam di bulan Ramadhan

Kerajaan Kedah hanya melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 12 Februari 1998. Namun sehingga pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan mampu laksanakan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri adalah pengunjung pusat-pusat hiburan selain dari orang bukan Islam.

MALAH ada diantara mereka menjadi pengunjung tetap yang berpoya-poya dan minum arak dalam pusat hiburan.

LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka sanggup ke Danok dan Hadyai serta Genting Highlands untuk berjudi , melangan pelacur dan minum arak./tulahan.blog


Misi Akhir Zaman Nabi Isa

Posted: 17 Aug 2011 12:07 AM PDT

Masih ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa 'alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam. Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa 'alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti? Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa 'alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.


Nabi Isa 'alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi KESEMPATAN TERAKHIR bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.

Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa 'alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa 'alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya." (ABUDAUD - 3766)

MEMERANGI MANUSIA DAJJAL

Di samping itu, Nabi Isa 'alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa 'alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).


MENGHANCURKAN SALIB

Selain itu Nabi Isa 'alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur'an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa 'alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)

Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa 'alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur'an menjelaskan dengan jelas: "Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa 158)

Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa 'alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi'raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi'raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa 'alahis-salam di-Mi'rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.

Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


MEMBUNUH SEMUA BABI

Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa 'alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.


Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.


"Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor." (AL-An'aam 145)

Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.

Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya".(BUKHARI - 2070)


"Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: "Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi." (HR Bukhary)

Kemudian Nabi Isa 'alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.

Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa 'alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal 'aalamiin./eramuslim.com

Tiada ulasan: