Jumaat, 12 Ogos 2011

Addin

Addin


Wahh!! Umno Yang Jadi Hantu

Posted: 12 Aug 2011 05:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno. Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja. "Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Suhaizan, dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini, katanya, adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim bandar Baharu, Kedah. Manakala identiti kedua Mohd Bahar pula memiliki nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu. 

Bukti Kedua adalah dua identiti individu bernama FATEN DIANA BINTI HASSAN, yang dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua Faten Diana yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.Bukti Ketiga pula Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanya dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.


Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis. Identiti kedua Sharina yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Menurut Suhaizan, Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan kaedah-kaedah berikut:.

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Suhaizan berkata, ia seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini. Justeru, tegasnya, Pemuda Pas Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang juga Ketua Pemuda Pas Johor./kd
Addin :
Selama ini yang jadi hantu adalah orang-orang Umno.. tak hairan sebab dalam Umno kebanyakannya semua hantu. Spesis manusia sudah pupus..

Kehadiran Armada China Di Kepulauan Spratly Membimbangkan

Posted: 12 Aug 2011 02:00 AM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak seluruh rakyat melihat isu pertahanan dan kedaulatan negara sebagai satu masalah yang serius dan penting apabila beberapa sumber maklumat yang dikenal pasti sahih menyatakan tentera China sudah berada di kawasan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, beberapa kawasan strategik di Laut China Selatan telah menjadi kawasan tuntutan bertindih antara China, Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, Thailand dan Kemboja.

"Kedudukan strategik dari aspek ekonomi dan ketenteraan ini akan menjadi tegang jika tidak ditangani dengan bijaksana. Malah jika kita cuai dalam mengendalikan isu ini kemungkinan besar kita akan kehilangan kawasan berharga ini. 
"Terbaru dilaporkan China mula menghantar tentera secara serius di kawasan tersebut dan mula bertindak agresif apabila baru-baru ini kabel untuk cari gali kepunyaan Vietnam telah dipotong oleh Tentera Laut China.
"Selain dari usaha diplomatik kita juga harus memperkemaskan kedudukan ketenteraan negara agar disegani di sempadan perairan negara," ujar Badrul Hisham.

Ops Pasir

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard tidak pasti sama ada latihan Ops Pasir berhampiran kawasan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly yang diadakan baru- baru ini dengan mengundang wartawan secara terbuka merupakan satu tindakan tepat.

"Timbul cakap-cakap yang mempertikaikan kecekapan pertahanan negara apabila kononnya banyak latihan tembakan tersasar. Malah dari aspek peralatan kita agak ketinggalan.

"Kumpulan pemisah Abu Sayyaf (Mindanao, Filipina) sudah menggunakan bot empat enjin tetapi tentera negara hanya gunakan bot dua injin. Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan tetapi kewujudan cakap-cakap seperti ini harus dielakkan. Pihak yang berwajib seharusnya lebih hati-hati dalam isu mempertontonkan kemampuan ketenteraan negara," kata Chegu Bard.

Chegu Bard menambah jika benar dalam aspek peralatan tentera Malaysia masih lemah ia amat memalukan kerana setelah sebegitu banyak dana rakyat terbuang dalam bidang pertahanan seharusnya Malaysia melangkah jauh ke hadapan dalam aspek ini.

Ketika Malaysia sibuk berbelanja membeli peralatan perang terpakai, negara jiran kita Indonesia sudah jauh ke hadapan. Setelah projek jet tempur generasi baru dan kapal selam, kini Indonesia mahu membuat kenderaan tempur 4X4 seperti Humvee.

"Kehadiran tentera China secara serius di kawasan tuntutan bertindih juga mungkin berpunca dari kehadiran Pegawai Pemerintah Pasukan Tentera Laut Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Robert Williard ke Malaysia dan persetujuan Malaysia mengenai kehadiran tentera negara penjajah era baru itu ke kawasan tersebut. Secara tidak lansung menjadikan negara Uncle Sam itu sebagai orang tengah dalam isu pertindihan tuntutan.

"SAMM sekali lagi mengesa regim penguasa negara ini agar melihat perkara ini dengan serius dan bukan sambil lewa. Malaysia tidak wajar hanya bersandar kepada Amerika semata-mata dan percaya bahawa negara itu akan melindungi kepentingan negara.

"Apa jaminan Amerika tidak akan berpihak kepada Filipina yang dilihat lebih menjamin kepentingannya atau menjadikan khazanah di kawasan tuntutan bertindih sebagai pertukaran kepada regim Myanmar agar tunduk dengan mereka?," tanya Chegu Bard./fmt

Panas!! The Ecologist Selar Taib Mahmud

Posted: 12 Aug 2011 12:00 AM PDT

Majalah yang terkenal berkaitan isu alam sekitar yang ditubuhkan di UK, iaitu The Ecologist pada minggu ini mengalihkan perhatian kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dengan artikel utama penyiasatan mengenai rekod di Sarawak. Dalam analisis yang dahsyat, ia menggariskan rasuah Taib dan pembohongan beliau mengenai apa yang telah berlaku ke hutan Borneo dan rakyatnya. Yang lebih ketara, pada malam MoCS Red Mac , ia menulis tentang perubahan yang dilihat  di Sarawak dan bercakap tentang harapan perubahan yang sebenar .  


Ini berkaitan kemusnahan yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud serta merampas tanah-tanah rakyat yang telah dibongkarkan. Baca seterusnya di sini dan di sini.

Tiada ulasan: