WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
WANITA MCA P.PINANG BUAT UMNO HABIS MODAL ? Posted: 29 Jul 2011 09:55 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu. Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu. Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:- PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu."Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini). Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang. Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu. Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan