Isnin, 18 Julai 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU PUSAT HIBURAN DI KEDAH - SEKALI LAGI UMNO TERUS GAGAL UNTUK MENJADI JAGUH ISLAM

Posted: 18 Jul 2011 10:02 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS mengeluarkan garis panduan agar seluruh Pusat Hiburan tidak dibenarkan dikunjungi oleh umat Islam, maka tiada lagi yang perlu dibimbangi oleh kaum bukan Islam dan ianya dipersetujui oleh DAP. Suatu penyelesaian yang bijaksana tanpa kita menjual maruah agama kita sekaligus kita tidak bertindak zalim terhadap kaum bukan Islam yang mereka ada hak untuk berhibur.

Paling suka bermain dengan isu ini sudah tentunya Umno. Maka, melalak lagi TV 3 suku dan Utusan Meloya mengandaikan bahawa PAS kini tunduk pada DAP. Seolah-olah Umno terlalu anti kepada hiburan dan maksiat di dalam isu ini. Tidakkah TV 3 suku dan Utusan Meloya menoleh seketika ke Melaka? Pusat Hiburan menambahkan masa operasinya meskipun di Bukan Ramadhan. Belum lagi kita jenguk di beberapa buah negeri di bawah Umno. Ertinya, Kerajaan Negeri Kedah begitu serius untuk mendidik umat Islam di Kedah agar tidak terjebak ke lembah maksiat apatah lagi di Bulan Ramadhan.

Ini juga berlaku di Selangor walaupun diperintah oleh PKR. Kedai 7 Eleven yang berada di penempatan majoritinya Muslim, tidak dibenarkan menjual minuman keras atau yang seumpamanya. Bagaimana di negeri di bawah Umno? Pahang, umpamanya? Adakah ada sedikit keberanian untuk berbuat sedemikian?

Sehubungan itu, anggapan bahawa PAS telah tunduk kepada DAP ternyata satu anggapan yang cetek tanpa ilmu. Mana mungkin Islam boleh melarang penganut agama lain untuk berhibur yang Islam kategorikan sebagai maksiat itu. Kerajaan Negeri Kedah hanya perlu bertindak lebih efisyen agar arahan yang dikeluarkan itu dipatuhi. Nampaknya kerja Umno untuk membuktikan bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP ternyata tidak benar dan mustahil berlaku. Apa yang berlaku, DAP di P.Pinang ternyata menggunapakai kata-kata PAS di negeri tersebut dan ini boleh dibuktikan dengan berbagai program dan peruntukan berganda yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di bawah KM, Lim Guan Eng terhadap perkembangan Islam di sana.

Apa yang berlaku di Kedah, diulas dengan hujah berpaksikan hukum oleh Tuan Guru Hj Hadi. Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh BN sebelum ini. Bagaimanapun menurut Hadi, undang-undang itu telah "diperbetulkan" agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. "Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat. "Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk," katanya.
Lim Kit Siang, tokoh utama DAP secara positif mengulas, "Lihat dari sudut positif... keputusan ini, perkembangan ini dialu-alukan. Ia menunjukkan, khususnya kesediaan kepimpinan PAS dan juga kerajaan negeri Kedah untuk membetulkan salah faham," kata Lim.

Kesimpulannya, tiada umat Islam yang dibenarkan memasuki Pusat Hiburan dan tiada orang Non Muslim yang dipaksa atau dilarang dari untuk berhibur. Inilah Islam yang penuh hikmah dan bijaksana. Sekali lagi kita ingin bertanya, Kerajaan Negeri di bawah Umno bagaimana?/wfauzdin.blogspot.com

SEKITAR PENGKEBUMIAN MUJAHADAH - ALMARHUMAH YB DR LO LO'

Posted: 18 Jul 2011 01:56 AM PDT

Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi./sharpshooter.Blogspot

Tiada ulasan: