WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Unggun BERSIH menyelubungi Hari Kemerdekaan
- Kita Hanya Perjuang Hak Dan Kebebasan Rakyat-Surendran
- MCA Tak Ada Pendirian, Kata DAP
- PROJEK RAHSIA LAGI KE PM???
- Usaha tiga tahun gagal, Umno masih harapkan kerjasama PAS
- MIC : Tahanan PSM6 Beri Kesan Kepada BN Pada PRU-13
- Polis Ditekan Menteri Dalam Negeri-Nik Nazmi
- Kecewa Layanan Polis Terhadap Tahanan EO, PSM Mahu Jumpa Menteri
- Najib Serah Kepada AG, Bertindak Atas Tiga Pegawai SPRM
- Pemuda Umno Akur Tuntutan Bersih 2.0 Relevan
Unggun BERSIH menyelubungi Hari Kemerdekaan Posted: 28 Jul 2011 03:10 AM PDT Semakin lara kita didera bara - kita laungkan juga pesan merdeka…. A.Samad Said
Perkara ketiga yang dapat meringankan kerosakan imej BN ialah Menteri Dalam Negeri Hishammuddin yang kurang berwibawa perlu meletak jawatan. Matthias Chang bekas penasihat khas politik Mahathir menyifatkan Hishammuddin telah mengidap "Sindrom Memperbesar Ego Diri" (Enlarged Ego Syndrome) dan memerlukan bantuan terapi psikologi untuk mengubatinya. Menurutnya, Hishammuddin tidak berkeupayaan dan gagal dalam mengendalikan tuntutan BERSIH 2.0. | ||||
Kita Hanya Perjuang Hak Dan Kebebasan Rakyat-Surendran Posted: 28 Jul 2011 03:03 AM PDT SHAH ALAM 28 JULAI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran berkata, gagasan itu tidak gusar akan kemungkinan beberapa pimpinan pembangkang bakal didakwa kerana terbabit dalam himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu. "Kita tahu Peguam Negara berpihak kepada kerajaan.. jadi kita tak harap apa-apa yang baik dari kerajaan, kecuali kita sekali lagi menyeru supaya Institusi seperti polis dan Peguam Negara kembali neutral," katanya. | ||||
MCA Tak Ada Pendirian, Kata DAP Posted: 28 Jul 2011 03:02 AM PDT PETALING JAYA 29 JULAI: DAP hari ini menggesa MCA menjelaskan pendirian mereka berhubung kerjasama parti itu dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Ini berikutan protes anjuran MCA minggu lalu bersabit cadangan kerajaan Selangor membina penempatan pekerja asing di Petaling Jaya turut disertai bekas Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azhar Abu Hanifah. Bercakap pada sidang media hari ini, Sekretari DAP Selangor, Lau Weng San menyifatkan MCA Selangor seolah-olah hilang arah untuk membangkitkan isu bagi menentang kerajaan negeri. Malah parti itu terpaksa menjemput sebuah organisasi ekstrimis Melayu yang sering dikritik sebelum ini untuk menghamburkan kata-kata kesat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Mereka perlu menilai semula apa yang mereka lakukan. Dalam demostrasi seperti ini mereka menjemput orang daripada pertubuhan yang mereka sendiri mengkritik. Jadi wujud percanggahan dalam pendirian mereka," kata beliau. Lau sebelum itu menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Biro Aduan MCA Selangor, Theng Book berhubung rancangan penempatan semula warga asing di Sungai Way yang disifatkan mampu menjejaskan perniagaan rakyat tempatan di kawasan itu. Ini kerana penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan di kawasan itu bergantung sepenuhnya kepada kuasa membeli oleh warga asing yang dianggarkan berjumlah hampir sepuluh ribu orang. Beliau berkata projek tersebut kini hanya di peringkat cadangan dan belum dibentangkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). "Saya tidak faham mengapa MCA Selangor cuba menjadikan ianya isu. Mungkin mereka cuba mendapatkan sokongan politik," kata beliau. Lau menjelaskan cadangan tersebut amat praktikal dari aspek pelaburan antarabangsa yang memerlukan tenaga kerja secukupnya bagi menjalankan aktiviti pengilangan seharian di kawasan Petaling Jaya. Oleh yang demikian katanya, penempatan semula bagi pekerja asing mampu meningkatkan efisien dan menambahbaik produktiviti kilang dan pembinaan. Justeru beliau menyifatkan cadangan tersebut adalah relevan disamping mampu menyelesaikan masalah penempatan haram, insfrastruktur, sampah dan lalu lintas khususnya di Sungai Way. Lau mengambil contoh aplikasi yang sama pada cadangan pembinaan hostel di Wilayah Pembangunan Iskandar oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menempatkan lebih daripada 200 ribu pekerja asing. Sehubungan dengan itu Lau menggesa agar MCA mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri Selangor sebelum melemparkan sebarang tuduhan. | ||||
Posted: 28 Jul 2011 02:57 AM PDT Firma umum projek paip gas RM300b, dakwa direstu PM July 28, 2011 SEPATUTNYA SEBARANG PROJEK INI DIUMUMKAN...YA LAH KAN DUIT NEGARA DUIT RAKYAT..JADI APAKAH RAKYAT TIDAK PERLU TAHU SEJUMLAH DUIT YANG BEGITU BESAR DI LABURKAN TANPA ADA SEBARANG MAKLUMAT?? KUALA LUMPUR, 28 Julai — Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion). Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG). Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri. Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan. "Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail kepada pemberita selepas satu pengumuman di sini Mandarin Oriental Hotel di sini petang ini. | ||||
Usaha tiga tahun gagal, Umno masih harapkan kerjasama PAS Posted: 28 Jul 2011 02:41 AM PDT Usaha tiga tahun gagal, Umno masih harapkan kerjasama PAS.Inilah yang di katakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Sebab apa? sebabnya mudah sahaja...Pada pilihanraya akan datang, Umno sedang menuju kepada kekalahan....Umno nampak dari jauh..tanpa kerjasama denganPAS, dan konsep PAS ganti Umno, maka Umno hilang taringnya di kalangan orang-orang melayu.Namun kini usaha ini telah gagal apabila team yang di dakwa proUmno telah tewas....gamaknya le....SHAH ALAM, 28 Julai — Meskipun usaha tiga tahun masih belum berjaya, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan kali ini. "Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya dipetik Bernama Online. Umno mengusahakan perbincangan dengan PAS sejak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Terdahulu Ahmad menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di sini malam tadi. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi. "Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya. Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosioekonomi mereka. Laporan media menyebut kepimpinan Umno dan PAS telah mengadakan pertemuan ke arah kerjasama mereka pada 24 Disember lalu. PAS sudah banyak mengesahkan ia akan meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP menerusi perikatan Pakatan Rakyat. Pendirian itu turut ditekankan ketika Muktamar PAS awal bulan lalu. | ||||
MIC : Tahanan PSM6 Beri Kesan Kepada BN Pada PRU-13 Posted: 28 Jul 2011 12:36 AM PDT KUALA LUMPUR 28 JULAI : Penahanan berterusan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MIC Datuk G Palanivel . "Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai). "Tetapi kemudian, mereka akan disuruh berbaris dan dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke balai polis (di mana penunjuk perasaan) akan dikurung selama tiga atau empat jam sebelum dibebaskan," kata Palanivel pada sidang media hari ini. Bagaimanapun dalam kes ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima yang lain, mereka ditahan kerana menjadi "penggerak utama" perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, beliau berkata tindakan kerajaan itu hanya memburukkan imej negara. "Perwakilan rakyat yang dilantik itu akan masih dalam tahanan dan semasa pilihan raya, mereka tidak perlu keluar untuk berkempen - mereka boleh terus menetap di penjara dan menang kerana rakyat akan mengundi mereka," katanya. Bimbang dengan sentimen rakyat berhubung penahanan itu, Palanivel menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya fokus untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya ke-13 ini. Palanivel berkata beliau sedar tindakan kerajaan itu terus menerima bidasan dari dalam dan luar negara dan telah berhubungan dengan Najib beberapa hari lalu dan meminta tahanan itu dibebaskan. Ini kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda. Selain Jeyakumar, anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu. PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Bersih 2.0.-Malaysiakini | ||||
Polis Ditekan Menteri Dalam Negeri-Nik Nazmi Posted: 28 Jul 2011 12:22 AM PDT
| ||||
Kecewa Layanan Polis Terhadap Tahanan EO, PSM Mahu Jumpa Menteri Posted: 28 Jul 2011 12:15 AM PDT KUALA LUMPUR 27 JULAI : Sebagai usaha membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), PSM telah menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai menzahirkan rasa tidak puas hati selain mengutuk layanan terhadap tahanan. Surat tersebut mengutarakan beberapa perkara kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengenai layanan yang diberikan kepada enam tahanan EO. Selain itu, PSM juga menyifatkan penahanan aktivis PSM kononnya sebagai penggerak himpunan Bersih sebagai tidak masuk akal, satu bentuk salahguna kuasa dan zalim. Antara perkara yang diusulkan adalah seperti berikut: 1. Ibu M.Sugumaran dalam keadaan tenat dan meminta jasa baik menteri membenarkan tahanan menziarahi ibunya. 2. Lawatan keluarga dan peguam dikendalikan secara tidak profesional. 3. Keluarga tahanan tidak dimaklumkan apabila tahanan dimasukkan ke hospital. 4. Penggunaan mesin polygraph untuk 'interrogation' adalah salah dan tidak ikut prosedur perundangan. 5. Tahanan tidak dibenarkan mengadakan perbualan perseorangan dengan peguam. PSM antara lain turut berharap perkara tersebut diberikan perhatian segera selain mahu Hishamuddin memanggil satu mesyuarat bersama PSM bagi membincangkan pembebasan keenam-enam tahanan. 18 Julai lalu, pemimpin kanan PSM menuntut pihak KDN berunding dengan mereka bagi membebaskan enam rakan mereka yang masih ditahan mengikut Ordinan Darurat. Perwakilan parti itu yang terdiri daripada 12 anggota diketuai pengerusinya Dr Nasir Hashim yang hadir ke kementerian itu bagaimanapun gagal menemui menteri. Sebaliknya hasrat perwakilan itu dibataskan dengan alasan menteri berada di luar negara manakala pegawai khasnya pula sedang bermesyuarat. Sementara itu hari ini, 11 orang ditahan oleh polis ketika mereka cuba untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta agar diadakan pembaharuan secara total dan membebaskan kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah EO. Zaki Yamani, salah seorang daripada tujuh ahli Angkatan Muda PKR, telah cuba untuk mengemukakan memorandum kepada Najib ketika beliau tiba di KL Sentral dari Putrajaya dengan menaiki Express Rail Link bersama beberapa anggota Kabinet bagi melancarkan program Kibar Jalur Gemilang. Kira-kira 30 orang cuba memasuki kawasan pelancaran, dan polis menahan 11 orang yang mengenakan kemeja-T menyokong pertubuhan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil. Mereka yang ditahan termasuklah pembantu kepada ahli-ahli Parlimen Chua Tian Chang dan Zuraida Kamaruddin. Pembantu Chua, Rozan Mat Azen Mat Rasip berkata pihak polis membawa mereka ke balai polis Jalan Travers untuk direkodkan kenyataan mereka. | ||||
Najib Serah Kepada AG, Bertindak Atas Tiga Pegawai SPRM Posted: 28 Jul 2011 12:12 AM PDT PUTRAJAYA 28 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu beliau menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan ke atas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock. "Berkenaan dengan kedudukan tiga orang (pegawai) yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja, terserah kepada SPRM dan polis mengadakan siasatan mereka dan bagi Peguam Negara menyiasat tindakan susulan," kata beliau kepada pemberita selepas Perbincangan Meja Bulat Online 1Malaysia pertama dengan pakar-pakar di pelbagai bidang di Pejabat Perdana Menteri semalam. Menurut Najib, laporan yang diputuskan oleh suruhanjaya itu tidak menjejaskan imej SPRM kerana hanya melibatkan tiga individu berkenaan dan bukannya keseluruhan agensi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membacakan keputusan suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Beng Hock memberitahu ,suruhanjaya itu sebulat suara memutuskan mendiang membunuh diri ekoran terbeban dengan sesi soal siasat oleh tiga pegawai SPRM. Ketiga-tiga mereka adalah pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim, yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Beng Hock. Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan itu. | ||||
Pemuda Umno Akur Tuntutan Bersih 2.0 Relevan Posted: 28 Jul 2011 12:11 AM PDT PUTRAJAYA 28 JULAI : Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu terus memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak yang sebelum ini seolah-olah tidak mengakui tuntutan gabungan NGO itu, kini bersedia menimbang dan memperhalusinya. Semalam, Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid mengakui penambahbaikan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil. Beliau turut bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pihak Bersih dalam dialog umum dan terbuka serta diskusi melibatkan pihak lain dalam menuju ke arah matlamat itu. "Ramai pengundi berdaftar di Putrajaya sendiri ada alamat sama. Kita mahu jumpa SPR mengenai hal ini. "Pemuda Umno juga mahu daftar pemilih disemak. Malah saya setuju pendapat Saifudin (Abdullah) agar struktur SPR perlu dikaji. Hakikatnya kami mahu tapi semua ini boleh dilakukan tanpa protes jalanan," kata beliau dalam Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda Umno Putrajaya di sini, semalam. Selain Zaki, panelis lain ialah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Nawwar Ariffin. Forum ini adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Pemuda Umno yang membincangkan tentang himpunan Bersih dan tuntutan terhadap sistem demokrasi di Malaysia. Lebih 100 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan bersama mengikuti debat ini tanpa sebarang insiden tidak diingini. Malah Zaki turut menyatakan betapa platform seperti ini merupakan peluang bagi rakyat yang tidak berpihak kepada parti tertentu untuk menilai hujah masing-masing. "Apa kita cuba buat malam ini ialah percambahan minda supaya boleh lihat pendapat terbaik. Ini yang penting dalam demokrasi. Penyokong Pembangkang juga boleh tengok pimpinan BN berani jawab dan berdepan," kata beliau. Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia menyambut baik program ini dan menganggap wacana dan diskusi sebegini harus diteruskan kerana mampu memberi hasil yang baik. Malah beliau menganggap ia merupakan hikmah Himpunan Bersih 9 Julai lalu yang menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin matang dalam soal demokrasi. "Rakyat sudah matang. Orang luar kata bergaduh pasal bola di luar negara lebih ganas dari himpunan Bersih. Kita tak melawan walaupun ditangkap Polis. Kita pun tahu siapa yang rempuh polis pada hari itu, bukan Bersih. Umno Putrajaya pun sudah matang, tapi pemimpin ramai yang belum matang," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan