WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
| PM, Isteri Digesa Beri Kerjasama, Elak Sapina Posted: 26 Jul 2011 02:21 AM PDT ![]() SHAH ALAM 26 JULAI : Lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diingatkan agar tidak terus mengelak untuk memberi keterangan sekaligus terhindar dari dikenakan sapina oleh mahkamah dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 8 Ogos depan. Peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair berkata, mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan. "Kami boleh memohon sapina dari mahkamah. Sapina ini adalah satu order (kuasa) kepada mahkamah untuk mereka menghadapkan diri di mahkamah. "Permohonan ini adalah untuk memohon supaya pihak pendakwa membekalkan atau mengesahkan kehadiran Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, dua pegawai polis dan Hasanuddin supaya dibawa ke mahkamah untuk di temuramah oleh kami," tegasnya. Hari ini, Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos. Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain. Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof. Sebelum ini, Sankara Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka. Pada 13 Julai, hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos untuk mendengar hujahan pihak pembelaan. Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu ketua pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pengadu kes itu ialah saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa. Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang. Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwar bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008. |
| Biometrik : Tingkat Keselamatan Sebelum Laksana Posted: 26 Jul 2011 02:01 AM PDT ![]() GEORGETOWN 26 JULAI : DAP sedia menyambut baik usaha penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini sekiranya ada jaminan sistem biometrik yang hendak diperkenalkan itu tidak dimanipulasi. Pada masa sama, DAP turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberi penekanan kepada ciri-ciri kawalan keselamatan sistem tersebut sebelum ia dilaksanakan. Jelas Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng, aspek keselamatan perlu diutamakan kerana dibimbangi maklumat dalam sistem tersebut dicerobohi untuk tujuan manipulasi oleh pihak tertentu. "Kita pun tak tahu apa akan berlaku, akhirnya jika ada sesuatu tidak kena berlaku mereka akan kata adakah mereka akan gunakan alasan..."Oh, kita kena hack? Kita ditembusi oleh hacker!" tegasnya. Selain itu, DAP mahu SPR memastikan sistem itu mampu menampung jumlah pengundi pada hari mengundi. Kelmarin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya. "Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil," katanya. Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada SPR bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya. Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil. Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya. Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan