WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SIAPA PULA NAK MEMBERI PANDANGAN?
- Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?
- Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib
- PR, Bersih Adakan Mesyuarat Tergempar Rabu Ini
- Himpunan Bersih : Polis Rekod Keterangan Azmin Untuk Kali Kedua
- Bersih Mahu Mengadap Agong, Sedia Batal Himpunan Aman
- Bersih 2.0 : Tindakan Zalim Kerajaaan Tak Mampu Kekang Kemaraan Rakyat
- PR Cadang Bersih Mengadap Yang di-Pertuan Agong
SIAPA PULA NAK MEMBERI PANDANGAN? Posted: 04 Jul 2011 06:31 PM PDT Setelah membuat berbagai onar dan memfitnah kononnya BERSIH diresapi dengan komunisme,BERSIH adalah haram, kini cuba pula menasihati rakyat dari berhimpun.Sebenarnya terlalu mudah untuk menjadikan himpunan aman ini berjalan licin jika pihak berkuasa tentukan jalan dan menjaga keamanan agar dimana ianya dilihat sebagai satu kaedah demokrasi dimana , rakyat berhimpun dan pihak berkuasa mengawal dengan lunas undang-undang.Jika mana-mana individu menimbulkan kekecohan...individu berkenaan akan ditahan.Kita merasakan jika mana-mana individu yang melakukan provokasi,ahli BERSIH pasti akan menahan individu berkenaan.Belum ada kekecohan besar yang berlaku sewaktu demontrasi di adakan selama ini.Oleh yang demikian, adalah lebih elok berunding terlebih dahulu, dari mendengar nasihat Muhyiddin ini yang kerap sangat bercakap dan menimbulkan ketidak puasan hati rakyat.......Muhyiddin gesa himpunan 9 Julai dibatal sebelum temu Agong July 05, 2011 ALOR GAJAH, 5 Julai — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pengerusi penganjur Himpunan Bersih 9 Julai ini, Datuk S. Ambiga, supaya membatalkan terlebih dahulu rancangan itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu (perhimpunan haram) sebelum menghadap. "Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula," katanya dipetik Bernama Online. Semalam, Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Tuanku Mizan. Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan untuk menghadap Seri Paduka Baginda dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin. Muhyiddin berkata perhimpunan hujung minggu ini boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat berbilang kaum selama ini. Beliau berkata pembangunan dan kemajuan negara yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat bersama-sama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara. |
Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua? Posted: 04 Jul 2011 06:53 AM PDT Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?
Perkembangan terkini senario politik tanahair jika ditafsir dengan istilah positif, akan berbunyi "ketegangan diredakan"; dan mungkin untuk mereka yang sudah bertekad untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini, akan mengeluh "anti-klimaks". Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan. Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian. Apa yang tersirat di sebalik Titah Khas Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sesungguhnya akan ditafsir dengan pelbagai perspektif, dari perhitungan kepentingan masing-masing. Namun demikian, seandainya teks penuh Titah Khas (dilampirkan di bawah) diteliti, akan didapati bahawa YDPA tidak menggunakan istilah HARAM, sama ada ketika menggelar BERSIH, mahupun perhimpunan tersebut. Sebaliknya, YDPA menggunakan istilah "Kumpulan Bersih", dan "perarakan dan perhimpunan beramai-ramai". Lebih penting, dalam perenggan ketiga terakhir, baginda bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik." Ini penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai 2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram. Lebih-lebih lagi, YDPA langsung tidak menyentuh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BERSIH sepanjang dua minggu ini, termasuk resapan komunisme dalam gerakan itu, niat untuk memerangi YDPA, wujud anasir asing, muslihat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan sebagainya. Sebaliknya, ketika menyeru kepada pihak BERSIH, YDPA bertitah, "...keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara." Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun." Istilah "adil" digunakan, yang mana jika diteliti dalam konteks tuntutan "pilihan raya yang bersih dan adil", amat memberi makna. Dilema Najib Apakah perkembangan ini melembutkan sikap Najib Razak, yang masih berkeras dengan kenyataan "Ambiga jangan fikir kuat" pada 2 Julai, kepada cadangan "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul", pagi tadi? Untuk Najib Razak (gambar kiri), perhimpunan BERSIH 2.0 wajib dipatahkan untuk mengelakkan "tsunami politik" pada 8 Mac 2008 berulang. Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 dikatakan sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan UMNO-BN dalam PRU-12 - hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, di samping empat kerajaan negeri bertukar tangan, dan Kelantan kekal dalam genggaman PAS. Namun demikian, tindakan terlalu keras yang digunakan untuk menekan gerakan BERSIH mencungkil lebih ketidakpuasan, daripada ketakutan. Ia semestinya mencalar imej kerajaan Najib Razak, apabila orang awam ditangkap sewenang-wenangnya hanya kerana berpakaian "kuning". Kezaliman itu seolah-olah sampai ke tahap "langsung tidak masuk akal". Dan Najib tersepit di antara dilema ini. Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur. Sekiranya kerajaan BN memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi". Langkah seterus BERSIH... Untuk BERSIH 2.0 pula, pimpinannya terpaksa membuat keputusan di bawah tekanan-tekanan tertentu. Kesediaan untuk mengadap YDPA mungkin sebagai langkah BERSIH untuk menyanggah tuduhan "memerangi YDPA". Seandainya YDPA bersetuju untuk membuka pintu istana, maka UMNO-BN, bersama polis yang menurut perintahnya, bakal menerima tamparan kerana dengan angkuh menutup pintu rundingan bersama BERSIH sebelum ini. Bagaimanapun, seandainya BERSIH dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan ini, dan pimpinannya akur, maka mereka mungkin berdepan dengan suara berbeza yang bakal timbul dalam gerakan ini. Senario kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Najib menangani isu tersebut sebelum ini. Senario ketiga, seandainya Najib enggan membuka pintu rundingan - bukankah BERSIH mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai 2011? Teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (pada malam 3 Julai 2011) Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. |
Satu Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib Posted: 04 Jul 2011 06:17 AM PDT KOMENTAR : Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai Bersih 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik" Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur Perhimpunan Bersih, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan. |
PR, Bersih Adakan Mesyuarat Tergempar Rabu Ini Posted: 04 Jul 2011 06:16 AM PDT PETALING JAYA 4 JULAI: Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini bagi membincangkan perkara yang akan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum perhimpunan 9 Julai nanti. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui media berkata pertemuan itu amat penting untuk memberi penjelasan kepada Seri Paduka Baginda berhubung jaminan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil tanpa menimbulkan sebarang kekacauan. Menurut Azmin, perkara tersebut telah pun dipersetujui oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. "Jadi kita boleh membentangkan kes kepada Yang di-Pertuan Agong membawa bersama bukti tentang kepincangan dalam proses pilihan raya," jelasnya. Tuanku Mizan pada lewat petang semalam menyampaikan titah berhubung rancangan perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini. Dalam titahnya baginda menyeru agar segala permasalahan diselesaikan melalui permuafakatan bagi mengelakkan tercetusnya sebarang suasana tegang dalam negara. Pada masa yang sama Baginda menasihatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana. Azmin menyifatkan titah oleh Tuanku Mizan itu tepat pasa masanya justeru mendesak Najib dan pentadbiran Putrajaya mengambil inisiatif bersifat rundingan di antara kerajaan dan Bersih sekaligus menolak ketepi sikap konfrontasi terhadap rakyat. Namun beliau bertegas bahawa tuntutan Bersih akan tetap diteruskan untuk memperoleh ruang demokrasi yang lebih luas demi menjamin ketelusan sesebuah pilihan raya. Azmin kemudian mengecam tindakan Najib menggunakan kaedah ugutan dan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap aktivis termasuk pemimpin Pakatan Rakyat sambil membelakangi Perlembagaan Persekutuan. Tindakan tersebut kata beliau secara tidak langsung menghakis sifat hormat rakyat terhadap kepimpinan Najib sendiri. "Tetapi nampaknya rakyat tidak sedikit gentar dengan tekanan dan ugutan ini. Maka nampaknya Umno sekali lagi terpaksa berselindung di sebalik tembok istana untuk mendapat perlindungan," katanya. Sehubungan dengan itu Azmin menyeru agar Najib menghentikan tekanan terhadap gabungan Bersih dan Pakatan Rakyat selain menolak tangkapan bermotifkan politik. "PDRM sewajarnya mengambil sikap bertanggungjawab selaras dengan titah Tuanku yang mendesak supaya kerajaan, parti politik dan masyarakat umum lebih kepada dialog dan konsultasi. Bukannya berkonfontasi," ujar beliau. |
Himpunan Bersih : Polis Rekod Keterangan Azmin Untuk Kali Kedua Posted: 04 Jul 2011 06:12 AM PDT PETALING JAYA 4 JULAI : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung ceramah beliau di Desa Mentari pada 25 Jun lalu yang dikatakan menyentuh soal perhimpunan Bersih 9 Julai ini. Keterangan Azmin diambil oleh pegawai dari Balai Polis Petaling Jaya di pejabat parti itu. Atas nasihat peguamnya, Azmin tidak menjawab semua soalan yang diajukan. Ini merupakan kali kedua Azmin diminta berbuat demikian dalam tempoh seminggu. Ahli parlimen Gombak itu sebelum ini dirakamkan kenyataannya oleh pihak polis di lobi parlimen pada 28 Jun lalu, bersama seorang lagi ahli parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Menurut Azmin, pada masa itu, mereka disiasat atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai Perhimpunan Bersih dalam satu ceramah yang dihadirinya. Dalam perkembangan lain, Azmin berkata, polis bertindak secara ganas untuk memecahkan pintu pejabat PKR di Pasir Salak malam tadi. Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu menurut beliau dipercayai atas cubaan mengaitkan program pelancaran jentera pilihan raya parti itu dengan rancangan perhimpunan Bersih 2.0. Azmin memberitahu pada awalnya program berlangsung di hadapan pejabat parti PKR namun selepas mendapat nasihat polis beliau dan anggota parti lain berpindah ke dalam bangunan. Namun sejurus selepas itu, hampir 100 orang anggota polis bertindak mengepung bangunan tersebut dan cuba menggangu perjalanan program sejurus Azmin mengambil tempat untuk berucap. "Alasan tidak ada permit tetapi kita tidak memerlukan permit polis sebarang aktiviti yang dijalankan di dalam premis persendirian termasuk pejabat parti," jelas Azmin. Namun demikian katanya, kakitangan pejabat PKR berjaya menghalang polis untuk masuk kerana ianya dibuat di dalam premis persendirian. |
Bersih Mahu Mengadap Agong, Sedia Batal Himpunan Aman Posted: 04 Jul 2011 01:04 AM PDT KUALA LUMPUR 4 JULAI : Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreeneevasan berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini jika diminta berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda. "Bersih 2.0 akan mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak mengadakan dialog bagi mencari konsensus bersabit pembaharuan proses pilihan raya dan penyuburan demokrasi di Malaysia," kata Ambiga. Berikut kenyataan penuh Ambiga : BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya. BERSIH 2.0 akan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia. BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional. Menurut Ambiga, satu surat rasmi akan dihantar ke Istana Negara hari ini bagi menjelaskan hasrat Bersih mengadakan pertemuan dengan Tuanku Mizan. Ditanya pemberita sama ada beliau bersedia membatalkan perhimpunan aman pada Sabtu ini jika diarah berbuat demikian oleh Tuanku, Ambiga berkata, pihaknya akan akur dengan kehendak Seri Paduka Baginda. Dalam kenyataannya semalam Tuanku Mizan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan negara susulan ketegangan yang tercetus akibat penangkapan hampir 200 orang termasuk enam ahli pembangkang di bawah Ordinan Darurat. Baginda juga menggesa supaya kerajaan yang memerintah melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dan saksama dan tidak mahu mana-mana segmen masyarakat bermusuhan dengan kerajaan. "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun," titah Tuanku. Beberapa kumpulan sebelum ini mengugut untuk menggunakan kekerasan jika 62 pertubuhan bukan kerajaan meneruskan hasrat menganjurkan perhimpunan aman Bersih untuk mendesak pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 Julai. Polis pula bertindak menangkap hampir 200 orang, kebanyakkan mereka kerana memakai baju dengan logo perhimpunan aman itu. Enam daripada mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. |
Bersih 2.0 : Tindakan Zalim Kerajaaan Tak Mampu Kekang Kemaraan Rakyat Posted: 04 Jul 2011 12:52 AM PDT |
PR Cadang Bersih Mengadap Yang di-Pertuan Agong Posted: 04 Jul 2011 12:37 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan