Rampasan bom petrol, polis kaitkan dengan BERSIHPolis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.
Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif. - MK
Note:
kantoi!!! Ada member yang dok kat batu 14 jalan gombak lama ni.. member tu kata tiada pun polis datang buat serbuan.. tiada tangkapan.. tiada baju.. dan tiada senjata.. kah kah kah kah.. polis memang pembohong!!!!!!!!!!!!! kah kah kah kahNote:
Serbuan tanpa tangkapan.. Kah kah kah kah.. ni cerita nak kenakan orang.. ni cerita lama di ulang kembali.. kah kah kah kah.. serang al maunah kemudian campak M16 banyak-banyak.. kata Al-Maunah nak memberontak.. kah kah kah kah.. Bunuh Ustaz ibrahim Libya kemudian campak senapang patah tuduh kata Ibrahim Libya nak memberontak.. kah kah kah kah.. ni semua taktik lama la.. apa hangpa ingat ni zaman purba kala ke? ingat ni zaman radio ke? kah kah kah kah... bodoh!!!Note:
Woiii nak menipu pun agak-agak laa.. mana ada orang buat bom petrol guna botol mineral.. kah kah kah kah.. lawak betul la polis malaysia nih.. orang buat bom petrol guna botol kaca la ngok..!! baru la bila baling dia pecah dan terbakar.. kah kah kah kah.. kenapa korang ni bodoh sangat ek? kah kah kah kah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan