Tukar Tiub |
- BERI BERITA BERITA - SEJARAH BERMULA
- BERSIH DISELURUH DUNIA
- HARI INI SABTU 9 JULAI 2011
- ESOK UNTUK MASA DEPAN
- FLIP BIN FLOP - DULAK BIN DALIK
- SENIMAN KITA MULA BERSUARA
- TERNOW TERKINI TERHOT
- BACA INI DAHULU - JANGAN TAK BACA
BERI BERITA BERITA - SEJARAH BERMULA Posted: 08 Jul 2011 07:07 PM PDT LAPORAN tim tukar tiub akan melapor terus menerus hari ini - sila ikuti laporan kami PAGI INI awal awal keretapi dari utara meluncur masuk ke stesen kuala lumpur - ramai yang turun di stesen lama - semua menuju ke masjid negara hampir semua penumpang dari butterworth semua' datang untuk BERSIH TANGKAPAN AWAL 12 telah di tangkap di sekitar masjiod negara pagi ini HALANGAN JALAN gila gila gila gila gila gila di mana mana halangan MALAM TADI hotel juga telah digeladah dari bilik ke bilik tukang urut dan china doll di bb rehat kelab tutup low yhat tutup yang ada d bb hanya tikus tikus yang berjoget di tenagh jalan |
Posted: 08 Jul 2011 09:59 AM PDT NOTA: hari ini 9 sabtu 9 julai adalah hari bersejarah hari rakyat malaysia anak semua bangsa bangun menuntut pilihanraya adil dan bersih hari rakyat diseluruh dunia bangun menyokong sama tuntutan adil BERSIH hari ini kita bersama sejarah hari ini kita melakar sejarah hari ini kita lah sejarah DARI QATAR KOREA SWITZERLAND Country Time Location Facebook URL Contact Person 1 New Zealand 02:00PM Wellington – Malaysian High Commission http://on.fb.me/jMlCwc Danielle Ng Tallondanros20@gmail.com 2 Australia 12:30PM Canberra –Parliament Front Entrance http://on.fb.me/kBLI2H David Teohdavid.teoh@gmail.com 3 Australia 02:00PM Sydney – Sydney CBD Town Hall http://on.fb.me/j0RzYt David Teohdavid.teoh@gmail.com 4 Australia 01:30PM Melbourne – Federation Square http://on.fb.me/j0rDf1 David Teohdavid.teoh@gmail.com 5 Australia 01:30PM Hobart - Parliament House Lawns, Salamanca Place http://on.fb.me/jP0MWL Jason Lee jasonleecj@gmail.com 6 Australia 01:30PM Perth – Malaysian Consulate-General, 252 Adelaide Terrace http://on.fb.me/lihTnU David Teohdavid.teoh@gmail.com 7 Australia 02:00PM Adelaide – Victoria square, Adelaide http://on.fb.me/klaDdS Maverick Loh maverickloh@hotmail.com 8 Australia 11:00AM Brisbane – Brisbane Square http://on.fb.me/imhKwv Calvyn Tan http://facebook.com/calvyn.tan 9 Japan 03:00PM Osaka – Tower of the Sun http://on.fb.me/mUGxvB Satya Arjunansatya.arjunan@gmail.com 10 Korea 03:00PM Seoul - Gwanghwamun Subway Station, Exit 6 http://on.fb.me/lgB4oQ Alfian Tahiralfian_zohri@yahoo.com Thency Gunasekaran thency@gmail.com 11 Taiwan 02:00PM Taipei - The National Chiang Kai-shek Memorial Hall, Liberty Square,Taipei http://on.fb.me/mIEOGW KM Chan qiminchan@hotmail.com 12 Hong Kong 03:00PM Malaysian Consulate 50 Gloucester Rd http://on.fb.me/lxYT2E Sze Wei zweiang@hotmail.com 13 Malaysia 02:00PM Kota Kinabalu, Sabah http://tinyurl.com/5rvefz3 Dave McLaren lmcmcwest69@gmail.com 14 Switzerland 02:00PM Zurich - Bahnhoffstrasse, Zurich, opposite Feldpausch http://on.fb.me/lQq8qB Bala Chelliah bala.chelliah@bluewin.ch 15 Sweden 01:00PM Stockholm - Malaysian embassy, Stockholm Karlavägen 37 http://on.fb.me/kfrxAK 16 France 02:00PM Paris – Parvis des Droits de l'Homme, Place du Trocadéro http://on.fb.me/joKlVQ Charis Quay cquayhl@stanfordalumni.org 17 England (UK) 12:00PM London – Malaysian High Commission, Belgrave Square http://on.fb.me/kQ9fsQ Yolanda Augustin yolanda_augustin04@yahoo.com 18 Scotland (UK) 12:00PM 10/7/11 Glasgow - George Square http://on.fb.me/kAefYr Mesoul Bin Safiemesoul@gmail.com 19 Ireland (UK and Republic) TBC 9/7/11 – Dublin, Belfast 10/7/11 – Cork, Limerick http://tinyurl.com/68trlxm Bakhtiar Hasnawibakhtiar.hasnawi@yahoo.com 20 Canada 09:00AM Ottawa – Parliament Hill http://on.fb.me/kb5OY4 Angeline Woon angeline.aubry@gmail.com 21 United States 10:00AM New York City – Consulate General of Malaysia, 313 East 43rd Street http://on.fb.me/lWrJ8l Leng Feng Lee llee3@buffalo.edu 22 United States 02:00PM Washington DC – Embassy of Malaysia, Washington ,3516 International Court Northwest http://on.fb.me/l9XgH0 John Lee johnleemk@gmail.com 23 United States 09:30AM San Francisco – Chrissy Field Picnic Area, Presidio http://on.fb.me/jehClH Chong Pin Limhttp://facebook.com/chongpin 24 United States 12:00PM Los Angeles – Pershing Square, Downtown LA 532 South Olive Street http://on.fb.me/iBJgM3 James Chenghttp://facebook.com/chenglf 25 United States 12:00PM Chicago - Milennium Park (Cloud Gate / The Bean) http://on.fb.me/rjGpaq Andrew Loh andrewlza@gmail.com |
Posted: 08 Jul 2011 09:54 AM PDT PENGUMUMAN: Ikuti berita langsung Himpunan Bersih 2.0 KUALA LUMPUR: KeadilanDaily – portal rasmi KEADILAN akan membawakan pembaca berita secara langsung dari lokasi Himpunan Bersih 2.0 dengan menempatkan ramai wartawan dan jurugambar di beberapa lokasi terpilih. Untuk memudahkan capaian maklumat dari lokasi, pembaca khususnya pengguna twitter dan facebook digalakkan mengikuti http://twitter.com/#!/KeadilanDaily atau mengikuti http://www.facebook.com/KeadilanDaily Pada masa sama, berita semasa terus dimuatkan dalam portal KeadilanDaily seperti biasa. Jika KeadilanDaily dilanda masalah, sama ada kesesakan trafik atau kemungkinan serangan pihak tertentu atau digodam yang kerap berlaku kebelakangan ini, laman web alternatif disediakan iaitu http://keadilandaily.wordpress.com/ 9 JULAI 2011 Bangun bangun bangun Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti bangun Sembilan Julai semua mesti turun Ini medan masa depan Ini pesta pembebasan Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita akan berjalan dalam aman Kita akan berjalan tuntut keadilan Kita akan berjalan atas nama kebebasan Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita akan acu tangan ke udara Kita akan laung mantera merdeka Kita akan dobrak sejarah bangsa Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita berseragam serba kuning Kita mara tangan berganding Kita melangkah kaki seiring Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Demi masa depan Demi karamah insan Demi anak cucu dan warisan Turun turun turun Sembilan Julai semua mesti turun Najwan Hilmi Brickfields 8 Julai 2011 |
Posted: 08 Jul 2011 02:02 AM PDT ESOK UNTUK MASA DEPAN MEREKA WALAU PUN DILARANG, PEMIMPIN PAS AKAN HADIR – harakah daily Pemimpin PAS tetap turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai (jam 2 petang esok) meskipun terdapat larangan berada di Kuala Lumpur seperti perintah mahkamah yang dikeluarkan semalam. Dalam keputusan berdasarkan permohonan sebelah pihak polis kepada mahkamah itu, hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu yang dihalang berada di ibu negara pada esok hari. Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayub menegaskan pemimpin dan ahli PAS tetap akan hadir ke perhimpunan rakyat di Stadium Merdeka dalam usaha menuntut pilihan raya bersih dan telus dalam negara. Beliau menyifatkan tindakan BN menggunakan mahkamah untuk keluarkan larangan menghalang 91 individu berada di KL esok hari sebagai tidak demokratik. Jelasnya, tindakan menghalang dan mengugut itu jelas bertentangan dengan titah khas Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang mahu semua pihak berunding. "Tindakan menghalang itu jelas bertentangan dengan ruh dan semangat titah baginda," tambahnya yang juga termasuk dalam senarai 91 individu yang dihalang. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli pula berkata, pimpinan Pakatan Rakyat kekal mantap untuk jayakan himpunan Bersih itu meskipun terdapat berbagai halangan. Dalam satu kenyataannya, beliau yang juga dihalang berkata, setakat ini belum menerima sebarang surat secara hitam putih tentang keputusan mahkamah majestrit itu. "Jika benar, ini merupakan satu bentuk pencabulan hak saya untuk bergerak secara bebas dalam negara sendiri. "Pemerintah semakin tenggelam punca dalam menghadapi kebangkitan rakyat," tegasnya. Penegasan sama turut dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Gerakan Pilihan Raya Adil dan Telus di Seksyen 18, dekat sini, malam tadi. Sementara itu dalam jawapan ringkasnya. AJK PAS Pusat, Haji Khalid Samad berkata, tindakan ini membuktikan pemimpin BN sudah tidak siuman. Seorang lagi AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula hanya ketawa geli hati dengan tindakan ini sambil menyatakan akan terus hadir. |
FLIP BIN FLOP - DULAK BIN DALIK Posted: 08 Jul 2011 01:55 AM PDT NAJIB LEPAS TANGAN , MUNGKIR JANJI – harakah daily PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Najib Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok. Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka. "Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?" soal Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini. TAK PERCAYA? SILA LIHAT DAN DENGAR KLIP INI |
Posted: 08 Jul 2011 12:25 AM PDT SENIMAN WAJIB BERSUARA CAMPURTANGAN POLITIK MEMBAWA BUDAYA MUNDUR 50 TAHUN KE BELAKANG Kami merupakan sekumpulan orang yang aktif dalam masyarakat kesenian Malaysia, yang memikul amanah mencipta budaya baru, berbudi pekerti menggalakkan nilai-nilai sejagat kebebasan, kesetaraan dan keadilan sosial sebagai tuntutan persekitaran kami. Persekitaran berbilang etnik, beragam budaya dan berbagai kepercayaan di negara ini menyediakan kita dengan bekalan sumber-sumber keatif yang tidak berkesudahan. Persekitaran ini juga memberi banyak ilham gagasan keindahan seni yang amat jelas memberi manfaat kepada para penyair, penulis novel, pemuzik, penari, penulis drama atau seniman dan lainnya. Namun demikian, baru-baru ini kejadian penindasan di dalam negara terhadap suara pembantah dan pelanggaran hak asasi manusia, membuatkan kami merasai gangguan dan ketidak adilan. Disebabkan agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggunakan Akta Hasutan dan Akta Polis untuk menyoal siasat Sasterawan Negara A. Samad Said, kami bertanya - apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila penyair dalam usia 76 tahun ini hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0? "Semakin lara kita didera bara - kita laungkan juga pesan merdeka …," semakin puisi tersebut terus mengalir, ia mendedahkan kita pada kepekaan puisi tentang siapa yang selalu merasa dan peduli terhadap negara dan perjalanan waktunya. Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan." Kami menjangkakan akan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" untuk terus melarang para pencipta budaya yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi seperti apa yang dilakukan A. Samad Said. Kami amat prihatin bahawa tindakan berat berhelah politik ini akan membawa kita mundur 50 tahun ke belakang di dalam pembangunan budaya kita. Sebagai sebahagian masyarakat kesenian, kami pastinya tidak boleh menyendiri tetapi akan mengeluarkan pernyataan bersama seperti berikut: 1.Ungkapan diri: Kami menyedari bahawa semua pencipta budaya memiliki hak untuk memilih pendirian politik peribadi, dan kebebasan kreatif - sebagaimana kebebasan bersuara atau kemerdekaan peribadi - yang merupakan salah satu perlembagaan hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur. Hanya dalam persekitaran yang merdeka, seseorang pencipta budaya itu dapat menyedari sepenuhnya kepentingan ungkapan diri, dan tidak menjadi mangsa permainan kuasa seterusnya. 2.Dialog yang waras: Kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras. Penyair A. Samad Said hanya menyatakan kerinduannya pada demokrasi dan kemerdekaan serta tidak menawarkan emosi yang kesat dan menyinggung. Pada zaman maklumat dengan interaksinya yang sengit ini, cubaan untuk memburukkan seorang warganegara yang baik samasekali cukup tidak munabasah. 3. Pilihanraya yang bersih dan adil: Kami menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan Gabungan Pilihanraya yang Bersih dan Adil, seperti pembersihan menyeluruh daftar pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kebebasan institusi awam, menghentikan rasuah dan penyelewengan pilihanraya serta lainnya. Walau bagaimanapun, setakat ini amat malang sekali, rayuan tersebut belum menerima sebarang maklum balas positif oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesimpulannya, saat kenyataan ini dirumuskan, telah diisytiharkan bahawa "Perhimpunan Bersih 9 Julai" akan diadakan di stadium. Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan! KENYATAAN BERSAMA DI TANDATANGANI OLEH : 1. PERSATUAN SENI RUMAH AIR PANAS 2. NUR HANIM KHAIRUDDIN 3. 余一蘭YEE I-LANN 4. 陳愛瓊SHARON CHIN 5. 蔡長璜CHAI CHANG HWANG 6. 葉紹斌YAP SAU BIN 7. 张錦超CHONG KIM CHIEW 8. 颜振利Gan Chin Lee 9. CHUAH CHONG YONG 10. 莊若 JOHNROCK 11. 羅燕婷 LOH YEEN TENG 12. Simon Soon 13. Joseph Foo 14. 鍾武凌 CHONG WU LING 15. 林儷雯 LIM LI WEN 16. 陈如仪Tan Ru Yi 17. 吴利光Goh Lee Kwang 18. 黄英隆Wong Eng Leong 19. Wening Cheah 20. Au Sow Yee 21. 林国荣 Lim Kok Yoong 22. 罗浩庭 Loo Hoe Tiang 23. 傅慧齡FOO FEI LING 24. 陳頭頭MatoTytee 25. Rahmat Haron 26. JC Wong 王敬诚. 27. Foo Kee How符基豪 28. Koh Cheng Kuan 许镇权 29. 曾国辉 Chan Kok Hooi 30. 黄佩如 Wong Pey Yu 31. Fahmi Fadzil 32. Amir Zainorin 33. Abdullah Jones 34. 李健省LEE Kian Seng 35. Goh Sze Ying 36. Tshiung Han See 37. Bebek 38. Shieko Reto 39. Ezrena Marwan 40. Rachel Jena 41. Chi Too 42. Daniel Chong 43. Zedeck Siew 44. AL-JAFREE MD. YUSOP 45. NUSRATNAJWANI BT. MOHAMMAD 46. Tey Tat Sing 47. Ili Farhana 48. Roopesh Sitharan 49. 刘宜振 Low Yi Chin 50. Tengku Sabri Tengku Ibrahim 51. 梁靖芬 LEONG CHING FOON 52. 陈茗洁 TAN MING JIE 53. 楊嘉仁 NYU KA JIN 54. Ise aka Roslisham Hashim 55. The Parking Project 56. HAMIDON BIN AHMED 57. Christina Kang 58. Shaffiq Ahmad 59. Hasnul Jamal Saidon 60. Tan Hui Koon 61. Tan Sei Hon 62. Ng Seksan 63. Dr. Goh Beng Lan 64. 雷大烘 LUI THAI HONG 65. Munkao 66. 祈風 Chifong foo 67. Chang Fee Ming 郑辉明 68. Gan How Ming颜浩名 UNTUK MASA DEPAM MEREKA |
Posted: 07 Jul 2011 10:37 PM PDT BERSIH GAGAL DAPAT PERMIT HIMPUN DI STADIUM MERDEKA - malaysiakini Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan. "Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya. Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil. DI BAWAH INI BERITA AWAL BERSIH 2.0 [OFFICIAL] BERITA BAIK! - dari laman bersih Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya. POLIS BERI BERSIH PERMIT HIMPUN DI STADIUM MERDEKA - malaysiakini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon. "Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH. |
BACA INI DAHULU - JANGAN TAK BACA Posted: 07 Jul 2011 09:19 PM PDT BACA DAN BACA TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN dengan KAWAN-KAWAN Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. TUNTUTAN BERSIH 2.0 : 1-BERSIHkan Senarai Undi (Daftar Pemilih) 2-Reformasikan Undi Pos 3-Gunakan Dakwat Kekal 4-Akses Media Yang Bebas & Adil 5-Tempoh Berkempen Minima 21 Hari 6-Kukuhkan Institusi Awam 7-Hentikan Rasuah 8-Hentikan Politik Kotor Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman. UNTUK BERHUBUNG: Sekretariat Bersih 2.0 H/P: 016 2208784; Email: info@bersih.com OR temmelee@bersih.org PEKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISEDIAKAN 1-Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. 2-Duit-maksimum RM100 sahaja. 3-Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0 4-Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. 5-Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan. 6-Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. 7-Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. 8-Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. 9-Ubat gigi untuk sapu di bawah mata untuk mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. 10-Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. 11-Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. 12-Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. 13-Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Sekretariat Bersih 2.0. Bawa beg plastik untuk simpan alat-alat elektronik apabila diserang oleh "water cannon". PEKARA YANG TIDAK DIBENARKAN 1- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. 2- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. 3- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. 4- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. 5- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya. 6- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. 7- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan. 8- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. 9- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. 10- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. 11- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. 12- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. 13- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah. PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN SEBELUM BERGERAK Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu Stadium Merdeka. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian). Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula. SEMASA BERHIMPUN DAN BERARAK 1- Berkumpul di Stadium Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik Ikutilah arahan dari Marshall Unit Amal sepanjang program. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Unit Amal. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati di jalanraya. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email: Setiausaha Bersih 2.0, info@bersih.org Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. SELEPAS BERHIMPUN Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 2.0. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 2.0. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0. APA YANG PERLU DIBUAT JIKA KUMPULAN ANTI-BERSIH BUAT PROVOKASI Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut commander Unit Amal. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. Jangan hampiri mereka. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. APA YANG PERLU DIBUAR JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. Duduk jika pimpinan arahkan. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. Ambil gambar mereka jika sempat. Buat laporan Polis jika anda dikasari. APA YANG WAJIB DILAKUKAN JIKA DITAHAN SMS HOTLINE Jika anda ditahan, hantar SMS (sahaja) ke 013-2102002 dengan butiran seperti Nama penuh, IC no., tempat ditangkap, masa ditangkap dan ke balai polis mana anda dibawa. Apabila SMS Hotline diterima, peguam dari Pusat Bantuan Guaman (Legal Aid Centre, LAC) akan diberitahu mengenai tangkapan anda. Peguam akan dihantar ke balai polis yang akan ditahan. Peguam dari Pusat Bantuan Guaman akan dihantar ke balai yang anda ditahan. Tempoh masa dari masa anda ditahan sehingga anda dapat berjumpa peguam mungkin akan makan masa yang lama jadi tolong bersabar. Jika ditangkap, beritahu kepada pihak polis bahawa "saya nak jumpa Pusat Bantuan Guan.: APABILA DISOAL OLEH POLIS PengenaIan Anda Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? " Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu • menjawab "ya" pada soalan di atas • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan. Bilakah anda tidak boleh ditahan Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112). APA YANG WAJIB DIBUAT SELEPAS DIBEBASKAN Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan. Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila baca panduan daripada peguam di sini: http://www.lawyersforliberty.org/wp-content/uploads/2011/07/Panduan-Undang-Undang-Hak-Untuk-Berhimpun.pdf PERHATIAN Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita. Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini. NUMBER TALIPON UNTUK DI SIMPAN: No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia: 1. +6016 312 64 -63 2. +6016 312 64 -73 3. +6014 645 17 -53 4. +6012 392 83 -79 Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa. NOTA: tim tukar tiub akan memberi laporan terkini gunakan blackberry untuk mengetahui arahan terbaru juga layari laman malaysiakini untuk maklumat terkini |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan