Khamis, 14 Julai 2011

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


PASCA BERSIH 2: WAJAH 1 MALAYSIA

Posted: 14 Jul 2011 12:43 AM PDT

TG Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh utama yang menghurai konsep asobiyyah secara berkesan mulai awal tahun 80an.  Kebangkitan semula Pas selepas jatuhnya  kerajaan Kelantan pada 1978  ialah dengan memomentumkan dan sekaligus  menggempur pemikiran asobiyyah.  Umno kepanasan. Musa Hitam mengatakan Pas menganut fahaman internasionalisma. Ha ha.  Pengaruh Pas mulai meresap ke selatan tanah air, selain tapak asal di utara dan pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Pada fasa ini,  Pas tidak mahu  dilihat terikat dengan fahaman  keMelayuannya. Tetapi kaum bukan Melayu belum melihat Pas  akan membela nasib kaum mereka.

Slogan Islam for All pada PRU 2008 mulai meyakinkan kaum China dan India. Kaum China dan India lebih yakin dengan Pas dari Umno. Tak terfikir Pas bahwa amoi-amoi China dengan bangganya mengibarkan bendera Pas pada hari mengundi dalam PRU Mac 2008 lalu. Inilah satu lonjakan kedua selepas Pas menggempur pemikiran aobiyyah.

Pada 9 hb Julai lalu, Himpunan Bersih 2 dihadiri bersama oleh kaum China. Jika selama ini payah benar nak jumpa demo yang dihadiri  oleh pemuda China, tetapi kali ini mereka sudah boleh membuat satu kumpulan perarakan sendiri dari Pudu Raya. 

Demo atau himpunan kali ini adalah wajah sebenar 1 Malaysia yang menuntut satu sistem terbaik. Tuntutan pertama ialah pilihan raya yang bersih dan adil. Ya, kita akan teruskan dengan tuntutan perubahan. Jika iltizam politik dan jentera  pentadbiran kerajaan tidak mahu berubah ke arah lebih baik, maka kita  akan menuntut melalui jalan raya. Dan kali ini bukan dituntut oleh orang Melayu sahaja tetapi disertai bersama dari kaum China dan India.

Kepincangan pengurusan awam dan rasuah  bukan  sahaja  akan  merugikan satu kaum sahaja tetapi   akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Kita ubah melalui peti undi. Jika proses perubahan melalui peti undi diragui ketelusannya, maka jalan rayalah pilihan kita.


Tiada ulasan: