Sabtu, 30 Julai 2011

SharpShooter

SharpShooter


Akhirnya Ashraf meninggal dunia

Posted: 29 Jul 2011 09:02 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina

- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina

- Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadith semoga kita menjadi insan yang bertaqwa..

Selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Video Mat Sabu mengaku tidak dilanggar pajero

Posted: 29 Jul 2011 11:22 AM PDT



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

video polis apco cubaan membunuh didedahkan...

Posted: 29 Jul 2011 10:54 AM PDT



Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

"Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan "Bawah! Bawah" sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

"Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan)," kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

"Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

"Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati," kata Sivarasa.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: