SharpShooter |
- BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas
- 12 tembakan polis apco - cubaan membunuh Anwar
- Video terkini YB Saifudin - Tak ada akta Polis yang mengatakan kena jaga politik umporno
- Ceramah - Mengapa takut BERSIH? bersama YB Saifudin Nasution dan YB Dato' Mahfuz Omar
BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Posted: 21 Jul 2011 12:31 AM PDT BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi Bila Belum Ada Pilihanraya Dan RM 100 Diberikan Kepada Setiap Bayi Dan Bukannya Kepada Pemimpin PR. BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah Ekoran tuduhan BN, saya telah pun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini. Mesyuarat EXCO besok akan memutuskan pertimbangan memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini dan tahun berikutnya, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan. Sumber kewangan program |
12 tembakan polis apco - cubaan membunuh Anwar Posted: 20 Jul 2011 06:08 PM PDT KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu. Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian. "Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera," katanya. Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu. Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998. "Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera," tegasnya. Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius. " Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau. Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang. Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu. Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau. Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan." Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau." Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Video terkini YB Saifudin - Tak ada akta Polis yang mengatakan kena jaga politik umporno Posted: 20 Jul 2011 05:33 PM PDT Pastikan anda menonton 4 siri video ucapan terkini YB Saifudin Nasution tentang Perhimpunan "YELLOW" dan "CLEAN" * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Ceramah - Mengapa takut BERSIH? bersama YB Saifudin Nasution dan YB Dato' Mahfuz Omar Posted: 20 Jul 2011 05:04 PM PDT |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan