Ahad, 10 Julai 2011

SharpShooter

SharpShooter


POLIS PERLU HENTIKAN KEGANASAN DAN KEKEJAMAN TERHADAP PERSERTA PERHIMPUNAN

Posted: 09 Jul 2011 08:30 AM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berhenti dari menggunakan kekerasan dan bertindak kejam terhadap orang bagi menyeleraikan perhimpunan aman seperti perhimpunan BERSIH hari ini.

Polis sepatutnya menggunakan budi bicara dan berperanan penting mengawal keadaan supaya perhimpunan berjalan aman, bukannya melakukan provokasi supaya tindakan kekerasan dapat diambil terhadap perserta perhimpunan yang tidak bersenjata dan tidak membahaya.

Di negara maju yang mengamalkan demokrasi, pihak polis dengan bijak dan berjayanya mampu mengawal perhimpunan supaya berjalan dengan aman.

Mengapa PDRM tidak boleh melakukan perkara yang sama di negara ini?

Perhimpunan BERSIH hari ini sepatutnya berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tetapi kerana keegoaan polis yang bertindak melampaui batas telah menyebabkan perhimpunan ini berlaku sebaliknya.

Ramai orang awam termasuk pemimpin parti politik yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di negara ini, telah cedera dan dirawat di hospital selain ada yang ditahan di PULAPOL.

Saya minta pihak berkuasa membebaskan mereka ini yang hanya melaksanakan tanggung jawab sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi yang mana rakyat bebas bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Saya juga mengucapkan takziah kepada Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu perhimpunan aman. Jelas, ancaman dan kekerasan oleh pihak polis tidak menguntungkan mana-mana pihak.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pejuang rakyat BERSIH menghembus nafas terakhir akibat dikejar polis apco

Posted: 09 Jul 2011 05:05 AM PDT

Saudara Baharuddin bin Ahmad ( suami kepada Puan Rusni Melan Ketua Wanita Cabang Setiawangsa) telah kembali kerahmatullah.

Beliau sesak nafas akibat di kejar polis d KLCC semasa menyertai perhimpunan BERSIH ptg tadi.

Kepada sesiapa yg ingin melawat boleh pergi ke alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 KL

Betapa kejam dan zalimnya KERAjaan umporno apco sanggup memukul rakyatnya sendiri. Agong benarkan berhimpun hingga pukul 4 petang tetapi nampaknya umporno telah menderhaka kepada Agong.

Al-fatihah - semoga rohnya ditempatkan bersama pejuang-pejuang para-para shuhadah..amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gambar2 Anwar dan Khalid Samad yang cedera..

Posted: 09 Jul 2011 04:13 AM PDT

Alhamdulillah..biarpun ditekan..disekat..diugut.. ditangkap dipukul..rakyat tetap bangkit melawan regim najis najimah..

Hampir 1000 pejuang2 rakyat ditangkap. Pimpinan PAS di balai Jinjang. Ratusan lagi di Pulapol. Anwar Ibrahim cedera & kini di Hospital pantai.

Pengawal peribadi saudara Anwar Ibrahim, En Fayat Al-Bakri mengalami cedera teruk di mukanya ketika berada di KL Sentral.

Anak Anwar Nurul Iman 19 tahun Iman juga ditahan.

Seorang wanita Keadilan K. Kangsar, Pn Bariah telah diludah dan ditendang oleh polis apco wanita bangs*t. Beliau kini di pulapol.

Terkini - Presiden Pas, Tg Guru Hj Hadi, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salehudin Ayub kini dibawa ke IPK KL

Sementara itu, Ceramah perdana bersama penceramah Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan rakyat yg dianjurkan oleh Cabang Kelana Jaya tetap diteruskan:

tarikh : 9.7.2011 (sabtu)
masa : 8 malam
tempat : dewan kompleks pkns ss 7 kelana jaya.
Semua dijemput hadir. YB Saifudin Nasution akan ganti tempat Anwar...
Sebarkan..

Lawan tetap lawan..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: