SharpShooter |
- Subvertif baner, sms dan risalah BERSIH adalah fitnah jahat - YB Ong Chin Wen
- Banner, risalah dan sms palsu BERSIH untuk tangkap YB Ong Chin Wen
- Baner BERSIH palsu untuk tangkap YB Ong Chin Wen
- Kes rais - keputusan penghakiman lagi 2 minggu
- Cikgu Fariz Musa ditangkap semalam
Subvertif baner, sms dan risalah BERSIH adalah fitnah jahat - YB Ong Chin Wen Posted: 06 Jul 2011 03:07 AM PDT Laporan polis YB Ong Chin Wen - Pada 6 Julai 2011, jam 9.30 pagi, saya Ong Chin Wen selaku Adun Bukit Tengah telah menerima panggilan telefon daripada pembantu khas saya memaklumkan bahawa terdapat kain rentang (banner) BERSIH dan risalah BERSIH yang menyatakan terdapat satu taklimat BERSIH akan diadakan di Pusat Khidmat Kadun Bukit Tengah. Kain rentang itu ditemui di Pekan Bukit Tengah dan risalah didapati di Perkampungan Juru. Riisalah bertajuk "Majlis Taklimat Bersih" di Pusat Khidmat Kadun Bukit Tengah Ong Chin Wen beserta dengan alamat No 22, Tingkat Bukit Minyak 9, Taman Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam dan nombor telefon pejabat 04-5083977 turut terpapar di atas kain rentang dan risalah tersebut. Risalah juga menyatakan tarikh taklimat pada 6 Julai 2011 pukul 7.00 malam, percuma baju-T BERSIH dan saguhati RM100 serta makan dan minum disediakan. Saya juga dimaklumkan bahawa isii kandungan kain rentang hampir sama dengan isii kandungan risalah. Risalah tersebut yang ditandakan 'A' yang diitemui di Perkampongan Juru dilampirkan sebagai bukti. Selain itu terdapat sms yang berbunyi - "salam perjuangan. Sdra dijemput ke rumah brikut utk ambil baju BERSIH percuma dan pruntukan rm200, di - a) datuk dr toh kim woon. 107-7-3 pangsapuri desa acasia, medan york, p/pg b) ust. mohd yusni mat piah. no. 45 lrg janggus 4,taman janggus kg prtama, bm. c) yb ong chin wen. no 33, jln thamby kechil,b'worth, d) yb jeff ooi, no 8, tkt merbau 2, bagam ajam, bwoth, e) yb phee boon poh, no 1,lintang molek, bagan ajam, f) yb chong eng, 49, lrg tembikai 3. Tmn sri rambai, b.m. dtg cepat sebelum habis.ramai2 kita pi himpunan BERSIH pd 9 jul 11 di K.Lumpur. sebarkan!!! from: SEKRETARIAT BERSIH." Telah disebarkan luas sejak petang 5 Julai 2011. Saya difahamkan oleh urusetia BERSIH bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang SMS berbunyi tersebut. Saya menegaskan di sinii bahawa tidak ada sebarang baju T-shirt BERSIH di rumah atau di pusat khdmat saya. Maka saya memohon pihak polis menyiasat perkara ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu sabotaj, tuduhan yang tidak berasas dan fitnah bahawa saya akan memberi wang saguhati, makan, minum dan juga baju t-shirt BERSIH. Sekian laporan saya Sementara itu YB Chong Eng MP Bukit Mertajam juga menerima nasib yang sama seperti YB Ong Chin Wen. Memang KOTOR kerja mereka yang tolak BERSIH. |
Banner, risalah dan sms palsu BERSIH untuk tangkap YB Ong Chin Wen Posted: 05 Jul 2011 08:12 PM PDT Inilah risalah palsu BERSIH yang tertulis Majlis Taklimat BERSIH di Pusat Khidmat Ong Chin Wen No 22, Tingkat Bukit Minyak 9, Taman Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam Tel : 04 - 5083977 masa 7.00 malam tarikh 6 Julai 2011 Percuma baju T BERSIH dan saguhati RM 100 serta makan dan minum disediakan. Jangan ketinggalan rakyat dijemput hadir Ini pula adalah sms palsu dari no +60194947768 - salam perjuangan. Sdra dijemput ke rumah brikut utk ambil baju BERSIH percuma dan pruntukan rm200, di - a) datuk dr toh kim woon. 107-7-3 pangsapuri desa acasia, medan york, p/pg b) ust. mohd yusni mat piah. no. 45 lrg janggus 4,taman janggus kg prtama, bm. c) yb ong chin wen. no 33, jln thamby kechil,b'worth, d) yb jeff ooi, no 8, tkt merbau 2, bagam ajam, bwoth, e) yb phee boon poh, no 1,lintang molek, bagan ajam, f) yb chong eng, 49, lrg tembikai 3. Tmn sri rambai, b.m. dtg cepat sebelum habis. ramai2 kita pi himpunan BERSIH pd 9 jul 11 di K.Lumpur. sebarkan!!! from: SEKRETARIAT BERSIH. Inilah tindakan sabotaj oleh pihak yang bacul. Inilah kerja KOTOR dan PENGOTOR yang tidak mahu BERSIH. Satu laporan polis akan dibuat oleh YB Ong Chin Wen di IPD Bukit Mertajam Perda jam 1 tengahari hari ini. Berita lanjut akan menyusul.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Baner BERSIH palsu untuk tangkap YB Ong Chin Wen Posted: 05 Jul 2011 07:08 PM PDT Sharpshooter baru terima panggilan tel mengatakan polis telah merampas baner berwarna kuning yang tertulis taklimat BERSIH akan diadakan di Pusat Khidmat YB Ong Chin Wen. Wartawan juga turut hadir ketika polis merampas baner tersebut. YB Ong ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu langsung tentang baner dan bengkel BERSIH tersebut. Baner tersebut dipasang di Kebun Sireh. Adakah ini satu lagi usaha sabotaj untuk menangkap YB Ong Chin Wen pimpinan Pakatan Rakyat dan lesen besar untuk menggeledah Pusat Khidmat YB Ong Chin Wen? Berita lanjut akan menyusul.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Kes rais - keputusan penghakiman lagi 2 minggu Posted: 05 Jul 2011 05:38 PM PDT 5 Julai Selasa - Peguam rais mulakan hujah untuk menentukan berapa jumlah nilai ganti rugi yang dikenakan. Seperti biasa peguam akan merujuk jumlah ganti rugi kepada kes-kes yang pernah berlaku saman melibatkan menteri. Selepas itu YB William Leong yang mewakili sharpshooter pula memulakan hujah, beliau juga turut merujuk kepada kes-kes yang pernah berlaku saman melibatkan menteri. Setelah mendengar kedua-dua hujah maka hakim akan putuskan jumlah ganti rugi lagi 2 minggu. Sebenarnya pada 4 Julai Isnin sebelum bermulanya bicara kes rundingan antara kedua-dua peguam dan rais berlaku dan sharpshooter diberi pilihan untuk meminta maaf secara terbuka. Sharpshooter dimaklumkan akan kalah kes kerana GAGAL membawa saksi terutamanya mangsa rogol Robengah. Sharpshooter memilih untuk tidak mahu meminta maaf kerana jika sharpshooter memilih untuk minta maaf dan kes berakhir di luar mahkamah, sudah pasti ramai yang akan bertanya "berapa banyak sharpshooter dapat duit dari rais boleh selesai di luar mahkamah". Bicara kes hanya sehari kerana sharpshooter seorang sahaja sebagai saksi untuk disoal oleh peguam. 12 soalan oleh peguam sharpshooter dan selepas itu disoal oleh peguam rais. Begitulah perbicaraan yang berlaku saksi hanya sharpshooter seorang. Ramai yang bertanya mengapa rais tidak berani saman Migrant Care kerana mereka yang keluarkan laporan Robengah telah dirogol oleh rais. Itu kena tanya pak menteri lah. Sharpshooter dinasihatkan oleh peguam YB William untuk tunggu hingga 2 minggu sebelum membuat sebarang alasan. Jutaan terimakasih kepada peguam YB William MP Selayang dan Puspawati yang menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma dan kepada semua yang memberi sokongan dan berdoa. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Cikgu Fariz Musa ditangkap semalam Posted: 05 Jul 2011 05:19 PM PDT Semalam sekitar jam 3 pagi Sdr Fariz Musa (Cikgu Fariz) Ahli MPP Keadilan ditahan di Subang Jaya. Kemungkinan beliau dibawa ke Balai Polis Subang Jaya. Turut ditahan bersama Sdr. Fariz Musa adalah Sdr. Juzarim (Ketua AMK Subang). Mereka ditahan selepas mengadakan bengkel BERSIH di Subang. Mengapa polis apco masih mahu buat tangkapan sedangkan keputusan rundingan sudah selesai selepas mengadap Agong dan BERSIH dibenarkan diadakan di stadium? Adakah Malaysia negara polis apco? Mengapa takut sangat dengan BERSIH? Hanya mereka yang KOTOR tidak mahu pilihanraya dijalankan secara BERSIH. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan