SharpShooter |
- Najib perlu jumpa pimpinan BERSIH sebelum ke luar negara - Senator Saiful
- pak menteri rais tiba di Mahkamah Jalan Duta
- Agong mahu rundingan, ketua polis sudah tutup rundingan
Najib perlu jumpa pimpinan BERSIH sebelum ke luar negara - Senator Saiful Posted: 04 Jul 2011 02:14 AM PDT Sekiranya kerajaan serius untuk membersihkan sistem pilihan raya di negara ini, pemerintah itu perlu melaksanakan semua tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Ia juga selaras dengan titah khas Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya kerajaan mengadakan rundingan dengan gabungan itu. "Telah banyak penyelewengan berlaku dalam siri pilihan raya kecil. Maka, kita kemukakan 8 tuntutan ini, namun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bersikap seolah-olah pintu rundingan ditutup," kata Senator Saiful Idzham pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurut Saiful, sekarang adalah masa sesuai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menemui pimpinan Bersih untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan semua tuntutan berkenaan. "Kita nak tengok reaksi Perdana Menteri. Tuanku Yang DiPertuan Agong telah bertitah untuk dirudingkan perkara ini. "Kalau Perdana Menteri serius menjunjung titah, beliau perlu selesaikan perkara ini sebelum berangkat ke luar negara," jelas Saiful. Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan ke Eropah pada 8 Julai ini, sehari sebelum perhimpunan aman Bersih diadakan. Bersih mengemukakan lapan tuntutan iaitu pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor. Sementara itu Senator Mumtaz Md Nawi berkata, sehingga kini masih belum ada jawapan konkrit dari Perdana Menteri mahu pun Menteri berhubung tuntutan Bersih. "Tuntutan ini bukan sekali dua kita buat, tetapi telah puluhan tahun dilakukan. "Mesti ada keputusan konkrit dari Menteri dengan had masa yang ditentukan. Apakah tuntutan ini akan dilayan atau dibatalkan. "Jangan ambil masa begitu panjang… sampai setahun," kata Mumtaz. Dalam pada itu, Senator Pakatan Rakyat dalam kenyataan media bersama mengutuk tangkapan terhadap aktivis Bersih dan penahanan ahli Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat (EO) "Hak untuk berhimpun dan berekspresi termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia. "Tindakan ini jelas merupakan tekanan, yang bercanggah sendiri dengan polisi kerajaan yang kononnya mendahulukan rakyat. "Kami mendesak kerajaan membebaskan tahanan politik dan mengehentikan tangkapan terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis Bersih. "Tuntutan kami adalah pilihan raya yang bebas dan adil," kata kenyataan tersebut. |
pak menteri rais tiba di Mahkamah Jalan Duta Posted: 03 Jul 2011 06:26 PM PDT |
Agong mahu rundingan, ketua polis sudah tutup rundingan Posted: 03 Jul 2011 11:19 AM PDT Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara - Bernama Ini satu tamparan hebat buat najimah dan ketua polis apco, janganlah pula menderhaka kepada Agong.. Tidak pula dikatakan kumpulan BERSIH itu haram, BERSIH bukan pertubuhan tetapi ia adalah gabungan NGO dan BERSIH lebih bersifat kempen dan tuntutan. Hanya menteri yang dangkal mengatakan pertubuhan BERSIH haram. Bagaimana pula dengan PATRIOT? Tuduhan komunis adalah tuduhan yang melampau dan tidak berasas. Kita tidak mahu peristiwa Memali berulang kerana Ustaz Ibrahim Libya juga pernah dituduh komunis dan ajaran sesat. Siapa pun tidak mahu menghuru harakan negara. Alangkah indahnya jika polis boleh membenarkan perhimpunan sejuta belia selama dua hari, mengapa pula tidak benarkan BERSIH yang hanya mahu 300 ribu berhimpun secara aman untuk serahkan tuntutan kepada Agong. Daulat tuanku..sembah patik harap diampun.. |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan