Ahad, 3 Julai 2011

SharpShooter

SharpShooter


Esok pagi bertemu pak menteri rais di mahkamah

Posted: 03 Jul 2011 01:45 AM PDT

Esok jam 9.00 pagi sharpshooter akan bertembong dengan pak menteri rais di Mahkamah Jalan Duta.

Dalam keadaan ketika negara dilanda wabak demam kuning, warna kuning menjadi fobia kepada menteri umporno yang otaknya kuning hingga memakai baju kuning BERSIH pun ditangkap dan dirampas.

Apakah negara Malaysia sudah menjadi negara polis apco? Apakah semuanya akur nasihat apco hingga perlembagaan negara terpaksa dicabul?

Tuduhan komunis adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan hanya dijadikan alasan untuk menangkap dan membunuh pimpinan pembangkang sama seperti kes Ustaz Ibrahim Libya pada tahun 1985.

Kes pembunuhan Memali hingga kini masih tidak selesai. Dunia tertawakan mahkamah kita.

Kes fitnah liwat satu dan dua Anwar juga menjadi bukti bahawa mahkamah di Malaysia umpama mahkamah kartun.

Kes kartun umpama Kes rogol gadis bawah umur rahim tamby kechik akhirnya yang terpenjara 2 tahun adalah pembela mangsa rogol Guan Eng apabila mangsa menukar pengakuan.

Adakah esok kes seperti itu akan berulang lagi? Yang entot-entot terlepas bebas? Sama-sama kita tunggu esok..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gila..pakai baju kuning dan hitam pun kena tangkap..babi pun tak gila macam tu..

Posted: 02 Jul 2011 10:42 AM PDT

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.

"Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.

"Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan 'kerajaan tidak suruh pakai baju kuning' sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam," katanya.

Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.

Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.

"Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.

"Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan," katanya.

Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.

Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: