Ahad, 31 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Sabaq ja la Apek ooiii... haha...

Posted: 31 Jul 2011 11:00 AM PDT

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul putus tunang
July 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia merupakan satu tamparan hebat kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat walaupun beraksi cemerlang ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai "Apek" rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas dikaitkan dengan orang ketiga dalam hubungan dengan Elia, Khairul Fahmi, 22, nekad menceritakan perkara sebenar bagi menjelaskan kemelut yang melanda dirinya.

Mengikut laporan Metro Ahad, anak kelahiran Kelantan ini menjelaskan, fitnah yang dilemparkan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain di laman web dan blog adalah tidak benar sama sekali.

Kata Khairul Fahmi, disebabkan fitnah itu hubungannya dengan Elia semakin renggang.

"Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan ini kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan, selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

"Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Khairul Fahmi telah memutuskan pertunangannya dengan Elia pada Khamis lalu.

"Kerana isu berkenaan hubungan saya dengan Elia semakin renggang. Malah sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

"Selain itu beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa gambar yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia," kata Khairul Fahmi.

Jelasnya, hubungan dengan Dahlia tidak lebih dari seorang kawan selain mengakui turut mengenali keluarga gadis itu.

"Namun Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan) malah saya juga rapat dengan keluarganya.

"Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

"Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain," jelas Khairul Fahmi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Elia, Khairul Fahmi yang pernah menerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 berkata dia sebenarnya masih menyayangi bekas tunangnya itu.

Katanya, keputusan untuk memputuskan pertunangan dengan Elia adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan semua masalah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma bila keadaan bertambah kerus dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

"Kini selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin ini keputusan tepat dan saya sudah berbincang dengan Elia. Namun dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak," katanya.

Tegas Khairul Fahmi, keputusan yang dibuat itu tiada kaitan dengan orang ketiga tapi dibuat atas dasar mahu menjaga hati semua pihak terutamanya keluarga Elia.

"Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita yang tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayang.

"Lagipun masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas saya perlu segera menyelesaikannya," katanya.

Tambah Khairul Fahmi, dia akan memberikan fokus sepenuhnya kepada bola sepak selain berharap tiada lagi kontroversi tentang dirinya.

"Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan," katanya.

Pada perlawanan timbal balik menentang Singapura, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal gagal bangkit menebuskan kekalahan pada perlawanan pertama yang menyaksikan Malaysia tewas dengan agreget 4-6.- TMI

Pembuat serunai maut ditikam

Posted: 31 Jul 2011 09:10 AM PDT

ALOR SETAR: Tindakan seorang pembuat serunai yang menyerang serta memukul seorang lelaki yang dikenalinya, membawa padah apabila dia sendiri menemui maut dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, berkata ketika kejadian suspek sedang membaiki kereta di rumah berkenaan sebelum tiba-tiba mangsa, Ismail Ahmad, 58, datang dan terus menyerang suspek dipercayai akibat masalah keluarga.

Katanya, apabila mangsa menyerang, suspek menyerang balik dan berlaku pergelutan dan semasa pergelutan itu, mangsa dikatakan terkena tikaman pisau lipat.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh jirannya dan meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 9.15 malam tadi, manakala suspek menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah 10.10 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Ramadhan, bulan penuh keberkatan

Posted: 31 Jul 2011 09:00 AM PDT

Ramadhan mai lagi, bulan dimana kita dapat mengasah keikhlasan kita terhadap diri sendiri, terhadap Allah s.w.t dan terhadap perjuangan kita menegak keadilan dibumi tercinta.

Marilah sama sama kita memperkuatkan azam selaras dengan kekuatan diri yang dituntut agama bagi menjayakan ibadah puasa dibulan yang penuh keberkatan ini...

Blog ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan pada semua pengunjung Selamat Menyambut  Ramadhan  al-Mubarak, moga yang terbaik dari Allah jua untuk semua...

Keraih hati betoi cina nih.... haha...

Posted: 31 Jul 2011 07:20 AM PDT

Wallawoiii.... tengok tajuk ja dah meremang bulu tengkok. Semangat gila budak cina nih.... haha...

Dalam tajuk Pegawai SB gagal 'brainwash' saya: tahanan EO, si Choo Chon Kai, 33 mendakwa telah disoalsiasat selama berjam-jam setiap hari oleh SB, tapi depa semua tu gagal mempengaruhinya supaya meninggalkan perjuangannya.... pergghhh.... matajin pun boleh terbeliak baca nih.... kahkahkah....

Ini politik baru bila cina dah berani berkata benar dan India berani bertindak menuntut hak... Dah tak takut pada ugutan SB dan para penjilat ketuanan Umno. Melayu perlu lebih kedepan dan berani bersaing secara sihat demi sebuah Malaysia yang adil dan demokratik...

Ikut kata si Choo ni lagi, sepanjang sebulan ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

A day to remember

Posted: 31 Jul 2011 03:58 AM PDT


lihat dan tonton
hayati dan rasai
ini lah kita
ini lah kita kita
yang telah melakar sejarah

lihat dan tonton
ini lah babak babak sejarah
yang kita melakar sama

lihay dan tonton
dari hari ini
hingga zaman berzaman

Bro: TT

Tak habih habih, Najib ja dok kena... kahkahkah...

Posted: 31 Jul 2011 03:24 AM PDT

Aku teringin sangat nak dengaq apa kata penjilat bangsa Umno bila Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno. Rata rata rakyat senyum sinis bila lihat Najib ngan Rosmah, bukan senyum sokong tuhh... tapi senyum perli, tanda Najib akan jadi Piem bangsa Umno terakhir setakat PRU ke 13 nanti....

Piem berbangsa Umno ni dilihat masih gagal menangani pelbagai isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin PSM dibawah ordinan darurat dan malang bagi BN, ini semua dikala menjelang pilihan raya umum ke-13. Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini. Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya.

Jais tahan 'Tok Belagak'

Posted: 31 Jul 2011 01:26 AM PDT

Jais tahan 'Tok Belagak', 11 pengikut
July 30, 2011

SHAH ALAM, 30 Julai — Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menyerbu sebuah premis di Kota Kemuning di sini, yang dipercayai menganjurkan kursus berkaitan agama Islam tanpa tauliah.

Dalam serbuan 12.15 tengah hari itu Jais menahan seorang lelaki dikenali "Tok Belagak", 46, isterinya dan 11 pengikut.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais Zaaba Zakaria berkata kesemuan mereka dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan lisan.

Laporan Bernama Online menyebut, ketika serbuan, kira-kira 50 orang ada di premis dan Tok Belagak sedang menganjurkan kursus asas rawatan Islam Darul Saka yang disertai 36 peserta.

Beliau berkata semua peserta kursus itu telah diarah hadir ke pejabat Jais untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) iaitu mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Katanya serbuan itu dibuat hasil aduan orang ramai mengenai kegiatan ceramah di kawasan tersebut.

Tok Belagak dipercayai mengajar kaedah perubatan Islam untuk merawat pesakit saka, sihir dan juga penyakit dalaman menggunakan ayat al-Quran, katanya.

Zaaba berkata kegiatan itu dipercayai telah dijalankan sejak dua tahun lepas yang mana setiap peserta dikenakan bayaran RM250 sehari.

Katanya Jais juga akan menyiasat sama ada kegiatan itu ada kaitan dengan ajaran sesat.

Berat dakwaan nih...

Posted: 30 Jul 2011 09:00 PM PDT

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Berat dakwaan nih, memang berat. Dalam sebuah negara demokrasi, berita camni tentu menggerunkan. Tapi kalau dalam sebuah negara komunis dan zionis... memang tak heran dahh.... haha... Takkan kita nak samakan Malaysia indah ni ngan komunis dan zionis kott...

Puak puak yang berdemo BERSIH secara aman bukan main hampa hantam ngan penyepak la, terajang la, canister la... yang jenayah bermaharajalela tak nampak pencegahannya...

Wallawoiii.... otak cap ayam betoi..., ca hampa tengok dan baca berita gerun nih....

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

"Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan "Bawah! Bawah" sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

"Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan)," kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

"Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

"Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati," kata Sivarasa.

Saya tak bersembunyi... kahkahkah...

Posted: 30 Jul 2011 08:52 PM PDT

Terima kasih la kat Polis Malaysia, tak pasai pasai sdr kita, Shuhardi Md Isa ni pi jadi popular... haha.... Bukan populariti yang dia cari, tapi kelaku hodoh Polis yang buat dia lagi lagi popular... haha...

Shuhardi adalah lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu. Shuhardi yang tiba tiba jadi popular selepas dari himpunan BERSIH 2.0 tu, hari ini bingkas menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Apa hal yang Polis tetiba mengatakan sdr Shuhardi ni bersembunyi? Sedangkan dia langsung tak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. Takkan Polis tak tau kot, kerja depa... patutnya depa tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes?

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," kata Shuhardi...

Kahkahkah....

Tanda tanda nak pilihanraya... kahkahkah...

Posted: 30 Jul 2011 06:55 PM PDT

Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Di antara tanda pilihanraya ialah setiap hari ahli Pas masuk umno. Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.

Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.

Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat.

Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.

Mufti Perlis lega...

Posted: 30 Jul 2011 04:00 PM PDT

Wahabi: Mufti Perlis lega penjelasan tapi mahu Putrajaya terus siasat
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini melahirkan rasa lega kerana Putrajaya tampil dengan penjelasan mengenai isu Wahabi termasuk penegasan bahawa Arab Saudi tidak mempelopori keganasan dan ajaran sesat di negara .ini menerusi fahaman itu.

Juanda (gambar), salah seorang personaliti yang dilaporkan disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau berkata, beliau berharap isu yang muncul semula sejak seminggu lalu dapat diselesaikan.

"Saya gembira dengan penjelasan Datuk Seri Jamil Khir, yang saya berharap dapat memperjelaskan kedudukan sebenar mengenai ajaran sesat dan keganasan yang dikaitkan dengan kerajaan Arab Saudi," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Juanda, beliau berharap kerajaan akan menyiasat pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan perbalahan antara Malaysia dengan beberapa negara terutama Arab Saudi sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini.

"Kita bimbang dengan keadaan, kita berharap kerajaan akan menyiasat mengenai pihak yang hendak mencetuskan perbalahan," kata beliau lagi.

Selain Juanda, turut disenaraikan ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

The Malaysian Insider membawa laporan tengah hari tadi, memetika bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya telah memaklumkan satu mesyuarat penting bahawa sememangnya tidak wujud ancaman keselamatan didakwa dibawa oleh Wahabi.

Nama Shahidan pernah dikaitkan dengan amalan Wahabi di negara ini tahun lalu.

Shahidan berkata, berdasarkan pada maklumat yang beliau peroleh, Jamil Khir ada memaklumkan bahawa "tiada perkara sedemikian" di negara ini.

Bagaimanapun Shahidan enggan menyebut bila dan lokasi menteri itu menyatakan pendirian tersebut.

"Mengikut keterangan Datuk Seri Jamil Khir, beliau cuma tidak mahu menyatakan perkara ini secara terbuka setakat ini, tetapi menjelaskan bahawa tiada perkara sedemikian.

"Menurut beliau, pendapat mengatakan Wahabi menjadi ancaman dan menjurus ke arah aktiviti pengganas... ini adalah pendapat individu sahaja, ia telah dibuat di tempat yang tidak sepatutnya dibuat iaitu MKN (Majlis Keselamatan Negara)," kata Shahidan.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pasukan keselamatan memutuskan amalan Wahabi memang wujud di negara ini, tetapi dakwaan bahawa ia menjadi ancaman ke atas keselamatan negara bukan sesuatu yang membimbangkan buat masa sekarang.

"Memang ada amalan Wahabi, tetapi ia bukan di peringkat yang amat membimbangkan," kata sumber itu yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Malah katanya, maklumat yang digunakan dalam pembincangan Isnin lalu adalah berdasarkan pada perkembangan setakat Februari lalu.

Isu mengenai amalan Wahabi pernah muncul di media massa April lalu dengan memfokus kepada kerajaan negeri Perlis.

Bagaimanapun sumber itu mengakui tindakan mengaitkan isu itu dengan Arab Saudi ada membawa kesan ke atas hubungan kedua-dua negara.

Di Yan semalam, Jamil Khir berkata kerajaan tidak pernah menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori keganasan dan ajaran sesat.

Sebaliknya kata Jamil Khir, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.

"Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa menjaga hubungan yang terjalin antara negara luar termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq dan sebagainya.

"Selain itu, kita ambil pendekatan berhati-hati agar unsur-unsur keganasan tidak cuba dibawa masuk ke negara ini kerana ia akan membawa perpecahan," kata beliau.

Jamil Khir berkata secara umumnnya keganasan pada waktu ini bukan atas nama kumpulan atau negara tetapi ia kadang-kadang datang daripada individu-individu tertentu.

Tiada ulasan: