Jumaat, 22 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Awat la kita tak terpikiaq benda mudah nih... haha...

Posted: 22 Jul 2011 07:30 AM PDT

Awat la kita tak terpikiaq benda mudah camni sampaikan nak kena tunggu pegawai dari Bukit Aman kena bagi penerangan kat kita? Haha...

Police hari ni terus menerus menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Betoi la juga kan, tiga tulang rusuk arwah Baharudin yang patah tu... menurut pakar perubatan mungkin akibat rawatan CPR dan gigi arwah yang patah ni mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula.... kahkahkah....

Senangnya.... kahkahkah...

Salahka Najib tahan orang jahat masuk kampung... kahkahkah....

Posted: 22 Jul 2011 06:25 AM PDT

Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang


Susan Loone
Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Jangan cuba bangangkan rakyat

Posted: 22 Jul 2011 05:06 AM PDT

Jangan tipu rakyat lagi
Oleh Anak kecil main api

Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.

Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlansung baru-baru ini. Tujuan dan motif perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia dijalankan secara bersih. Sebelum perhimpunan dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang suka berdemo. Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh warga kota.

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan hartabenda awam dan merugikan para peniaga. Kenyataannya ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian hasil dari perhimpunan tersebut. Tetapi yang telah ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang berwarganegara Malaysiaku disekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?

Persoalannya mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan BN bertindak sedemikian? Sekurang-kurangnya membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.

Perdana Menteri telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat. Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan. Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH dilansungkan. Maka sebuah laman facebook yang bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" telah dilaksanakan pada masa yang sama. Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha hanya untuk mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.

Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang? Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan. Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan. Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para menteri telah lakukan akan terbongkar? Seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram dan laman facebook "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" yang dikatakan halal oleh beliau sendiri.

Jangan tipu, tipu-tipu rakyat lagi.

Polis ikut sebijik taktik Datuk T... kahkahkah...

Posted: 22 Jul 2011 03:30 AM PDT

Kesian betoi la kat pasukan Polis kita nih... yang depa pi tanya pun orang Umno... kahkahkah.... bukan Umno laa kalau depa setuju ngan BERSIH... kahkahkah...

Yang rajin nak jawab soklan pun Dr Chandra Muzaffar... kahkahkah... takkan mamak ni berani suruh pukui dia dulu dari pukui ulaq kot... kahkahkah...

Ini lah taktik bangang yang pasukan Polis Malaysia terpaksa buat, keluaqkan video sendiri supaya masyarakat mempercayai mereka, dengan harapan rakyat takkan mempercayai lagi video Youtube dan sebaran dunia online yang lain.... tentang kebaikan terhebat pasukan Polis dan ganasnya demonstran BERSIH pada 9 Julai lalu...

Polis pun terikut ikut taktik Datuk T dengan menayangkan video depa pada wartawan. Ini adalah saringan video tentang betapa baiknya mereka melayan para demonstran untuk menolak semua dakwaan dan tohmahan yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu.

Lepaih tu, temuramah Dr Chandra Muzaffar yang mesti berpuas hati punya dan temuramah pulak puak puak berbangsa Umno, tentulah berpuas hati lagi... kahkahkah... apa punya haprak level berita negara kita nih... kahkahkah....

Pikiaq la sendiri, takkan polis nak tunjuk videonya yang ganas kot!! Kahkahkah... http://shalehudin.blogspot.com/

Bangang memang dicipta untuk Umno... kahkahkah...

Posted: 22 Jul 2011 02:00 AM PDT

Suka ka, tak suka ka... perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sebenaqnya telah bagi kesan yang besaq kat politik negara kita. Sampai ke hari ni, baik pihak kerajaan yang kelihatan terkial kial melalui agensi agensi belaan mereka masih mempertahankan diri dengan pelbagai cara dan manakala pihak yang menyokong BERSIH masih mengasak kebiadaban kerajaan menangani perhimpunan aman Bersih yang dijuarai rakyat.

Terbaru timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah dituduh sebagai mengada ngadakan cerita bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

Aku sokong bang Mat, tak payah dok layan sangat kenyataan BANGANG polis. Memang elok sangat saman terus di mahkamah. Biaq rakyat ikuti perbicaraan kes tu dan tengok sendiri macamana kalutnya nanti polis nak jawab tuduhan depa tu. Ingatkan blogger Umno saja yang bangang yang tuduh Mat Sabu mengada-ngada naik kerusi roda pasai nak tarik simpati. Rupa-rupanya ada jugak pegawai polis yang sama tahap pemikiran macam blogger pencacai Umno.

Gambar salinan x-ray yang nampak jelas rupa sekru pun tak percaya lagi kaa... Agak-agak la nak tuduh pun, takkan la boleh percaya dakyah yang kata Mat Sabu mengada-mengada naik kerusi roda tu. Takkan la Mat Sabu bangang sangat saja saja cari penyakit dok suruh doktor bubuh skru kat lutut kot. Kalau takat polis pak pacak yang selalu tunggu kat simpang tu okey la jugak cakap macam tu, yang berjawatan pengarah pun ada jugak rupanya yang berfikiran tahap macam tu.

Depa ingat pakai jersi biru gelap ada bunga padi tu idup tongkat langit ka... tu la kot yang sanggup buat tuduhan tuduhan merapu cam tu.

Aku cabar Polis dakwa Mat Sabu, aku pun tak mau pemimpin penipu...

Posted: 22 Jul 2011 12:30 AM PDT

Polis: Mat Sabu akan didakwa buat tuduhan palsu


Hafiz Yatim
Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan," katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya," katanya.

Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Polis ikut taktik Datuk T... kahkahkah...

Posted: 21 Jul 2011 11:00 PM PDT

Kesian betoi la kat pasukan Polis kita nih... yang depa pi tanya pun orang Umno... kahkahkah.... bukan Umno laa kalau depa setuju ngan BERSIH... kahkahkah...

Yang rajin nak jawab soklan pun Dr Chandra Muzaffar... kahkahkah... takkan mamak ni berani suruh pukui dia dulu dari pukui ulaq kot... kahkahkah...

Ini lah taktik bangang yang pasukan Polis Malaysia terpaksa buat, keluaqkan video sendiri supaya masyarakat mempercayai mereka, dengan harapan rakyat takkan mempercayai lagi video Youtube dan sebaran dunia online yang lain.... tentang kebaikan terhebat pasukan Polis dan ganasnya demonstran BERSIH pada 9 Julai lalu...

Polis pun terikut ikut taktik Datuk T dengan menayangkan video depa pada wartawan. Ini adalah saringan video tentang betapa baiknya mereka melayan para demonstran untuk menolak semua dakwaan dan tohmahan yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu.

Lepaih tu, temuramah Dr Chandra Muzaffar yang mesti berpuas hati punya dan temuramah pulak puak puak berbangsa Umno, tentulah berpuas hati lagi... kahkahkah... apa punya haprak level berita negara kita nih... kahkahkah....

Pikiaq la sendiri, takkan polis nak tunjuk videonya yang ganas kot!! Kahkahkah... http://shalehudin.blogspot.com/

Ibrahim Ali... kahkahkah...

Posted: 21 Jul 2011 09:00 PM PDT

Tolong Jangan Persiakan "Anugerah Ibrahim Ali"
Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah.

Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawan anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan.

Ada BERSIH kisah? Sepanjang hari Perhimpunan BERSIH yang aman kemudiannya `tidak diaman'kan itu berlangsung, mana muka Ibrahim Ali? Tok Guru Silat? Dikatakan geng-geng Tok Guru Silat sebenarnya hadir dengan sejumlah 50,000 orang lengkap bertanjak dan berkeris telanjang tanpa sarung tetapi mereka menggunakan ilmu ghaib. Sebab itu mereka tidak kelihatan walaupun seekor. Di mana pula geng-geng PERKASA? Dengar khabarnya mereka berkumpul sejumlah 20, 000 ditolak 19, 980 orang berkumpul di sebuah restoren minum teh sambil menonton TV menayangkan drama BERSIH 2.0. Anak buah Ali Rustam? Mungkin terkandas bas atau sedang menonton video Eskay di rumah Rahim Tambi.

Maka, memang wajar Ibrahim Ali diberi penghormatan atas nama Anugerah Ibrahim Ali. Jika UITM tidak berselera mahu iktiraf anugerah tersebut, saya fikir ada baiknya anugerah atau piala itu diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Sewaktu sekolah tersebut mengadakan sukan olahraga nanti, kita berikan kepada murid yang berjaya menjadi johan `melompat katak' paling tinggi atau paling kerap melompat. Saya harap idea bernas saya ini diterima sebaik mungkin demi menjaga nama Ibrahim Ali yang kita sayangi itu./wfauzdin.blogspot.com

Dua wajah...

Posted: 21 Jul 2011 07:00 PM PDT

Yang ni suka pasai kerja dah selesai...

Yang ni duka pasai maruah keluarga tergadai...

Lawak... lawak... kahkahkah...

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ibrahim Ali, Sedang Bertelorkah Anda?
Oleh: miramny68

Wahai Ibrahim Ali,

Aku sekali lagi terkejut berok dgn tawaran tuan hamba yg begitu suci murni menawarkan anugerah atas nama tuan hamba kpd penuntut UiTM. Aduh mak datuk, betapa hebatnya tuan hamba sehinggakan tuan hamba dengan muka tak malu membuat tawaran sedemikian rupa. Hamba jadi pening kepala, jenuh hamba mencari dalam arkib2, dlm akhbar2 malah dlm semua carian internet tak ada la pulak jasa2 yg tuan hamba hulurkn selain melompat ke sana ke mari, terpekik terlolong menjual minyak angin atas nama bangsa Melayu dan agama Islam kononnya.

Ishhh ... pelik dan ajaib, mcm mana tuan hamba nak bagi anugerah atau apa2 tawaran atas nama tuan hamba kpd penuntut2 UiTM yang bijak pandai sedangkan tiada apa yg boleh dibanggakan dengan nama tuan hamba itu. Agaknya anugerah melompat dan menyalak kot tuan hamba nak bagi ..... Apa keberanian tuan hamba yg boleh dibanggakan oleh penerima sedangkan tuan hamba mcm ayam betina berak kapor dlm isu BERSIH 9 Julai yg lalu, senyap sunyi sepi sedangkan sebelum tu tuan hamba yg paling kuat menyalak sehingga sanggup menggadaikan nyawa.Hamba pasti katak-katak dlm longkang sekitar Kuala Lumpur lebih berani dari tuan hamba sanggup keluar ke jalan raya .... setidak2nya dapat juga nama MATI KATAK.

Mcm ni la, hamba cadangkan seblum tuan hamba nk sapa2 pun pakai anugarah yg ada nama tuan hamba, baik tuan hamba perjuangkan dulu perkara berikut :

1. Perjuangkan negeri tuan hamba yang telah disaman oleh 3 org peniaga cina disebabkan dasar kerajaan PAS yang melarang sebarang kegiatan judi dan maksiat di negeri tuan ATAU tuan hamba sendri setuju dengan saman tersebut....??? Manalah tau tuan hamba juga berangan2 nak buka pusat karaoke .... boleh la tuan hamba melalak sampai pagi. Dengar kata si Rosmah MAnsoor pun gemar melalak dgn karaoke ni atau tuan hamba bethajat nak buka pusat urut, pusat judi atau apa2 pusat maksiat yang sewaktu dgnnya, maklum la kalau kita tengok org2 UMNOngok cukup minat dlm hal2 mcm ni. Kalau tidak masakan negara kita penuh dgn pesta yg mcm2 sampai hampir semua majlis mesti ada karaoke ....

2. Atau tuan hamba boleh ambil peluang menaikkan nama tuan hamba dgn menyokong dasar pusat hiburan kerajaan PR Kedah di bulan Ramadhan yang tak bagi beberapa jenis pusat hiburan di buka utk kunjungan org islam.... oopsss, lupa plak yg geng2 tuan hamba yang byk berkunjung ke tempat sedemikian. Kalau tak percaya datanglah melawat pusat hiburan yg ada di kedah dan lihat siapa pengunjungnya, malah cuba tengok acara2 yg dianjurkan oleh badan2 yang berkaitan dgn UMNOngok seperti KEMAS, JKKP dan sebagainya.

3. Kalau tak berani jugak, hamba cadangkan tuan hamba lebih baik terus berdiam diri dan muhasabah diri serta byk2 lah buat amal ibadat kerana usia tuan hamba pun dah hampir senja.

Semoga Allah membuka pintu hati tuan hamba agar kembali ke pangkal jalan dan hidup berlandaskan hukum Islam yg sebenarnya. Hentikanlah salakan tuan hamba kerana bagi hamba, salakan tuan hamba tak lebih dari salakan anjing kurap yang mencari siapakah tuannya .... adakah UMNOngok akan mengambil kembali anjing kurap macam tuan hamba untuk menjadi binatang peliharaan mereka.

Sama-samalah kita renungkan ya tuan hamba Datuk Ibrahim Ali."

Tiada ulasan: