shalehudin |
- Bangun, bangun, bangun...
- Datuk Shahrir Samad Tak Cerdik Rupanya...
- Umno tak malu ka satu dunia dok tengok kita
- Sapa Mat Saleh ni nak ajar Najib... haha...
- Depa himpun lendir kahak
| Posted: 08 Jul 2011 10:17 AM PDT HARI INI SABTU 9 JULAI 2011 PENGUMUMAN: Ikuti berita langsung Himpunan Bersih 2.0 KUALA LUMPUR: KeadilanDaily – portal rasmi KEADILAN akan membawakan pembaca berita secara langsung dari lokasi Himpunan Bersih 2.0 dengan menempatkan ramai wartawan dan jurugambar di beberapa lokasi terpilih. Untuk memudahkan capaian maklumat dari lokasi, pembaca khususnya pengguna twitter dan facebook digalakkan mengikuti http://twitter.com/#!/KeadilanDaily atau mengikuti http://www.facebook.com/KeadilanDaily Pada masa sama, berita semasa terus dimuatkan dalam portal KeadilanDaily seperti biasa. Jika KeadilanDaily dilanda masalah, sama ada kesesakan trafik atau kemungkinan serangan pihak tertentu atau digodam yang kerap berlaku kebelakangan ini, laman web alternatif disediakan iaitu http://keadilandaily.wordpress.com/ 9 JULAI 2011 Bangun bangun bangun Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti bangun Sembilan Julai semua mesti turun Ini medan masa depan Ini pesta pembebasan Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita akan berjalan dalam aman Kita akan berjalan tuntut keadilan Kita akan berjalan atas nama kebebasan Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita akan acu tangan ke udara Kita akan laung mantera merdeka Kita akan dobrak sejarah bangsa Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Kita berseragam serba kuning Kita mara tangan berganding Kita melangkah kaki seiring Bangun bangun bangun Sembilan Julai semua mesti turun Demi masa depan Demi karamah insan Demi anak cucu dan warisan Turun turun turun Sembilan Julai semua mesti turun Najwan Hilmi Brickfields 8 Julai 2011 |
| Datuk Shahrir Samad Tak Cerdik Rupanya... Posted: 08 Jul 2011 09:50 AM PDT Oleh: rosmahbertudung ![]() Malam tadi saya menonton rancangan Soal Jawab di TV3 lebih kurang pukul 11. Moeratornya saudara Aziz Desa. Ahli Panelnye setiausaha SPR dan Dato Shahrir Samad. Buat yg belum mengetahui, Shahrir Samad ni abang Khalid Samad, MP Shah Alam. Datuk Shahrir Samad ni memanglah hebat di Johor Bharu. Dia tak pernah kalah di Parlimen Johor Bharu, kemenangannya masa zamannya majoriti 30k hingga 40k atas tiket BN. Kawasannya pernah dia jadi kawasan paling banyak majoriti kemenangan. Tapi semalam saya tak sangka dia memang... bodoh, patutlah dia tak masuk PR. Katanya kalau PR berani sepatutnya buat pilihanraya satu negeri komdian 1 negeri satu persatu sebelum BN buat PRU. Kalau macam tulah strategi Dato Shahrir dlm pakatan patut bungkuslah PR. Maknanya 4 negeri kena berlawan 4 Malaysia(jentera kerajaan)... Saya ingatkan hebat sangat dato Shahrir ni. Setiausaha SPR pula dgn angkuh mengatakan demonstrasi tidak akan berjaya mengubah SPR. Sama-samalah kita nantikan. Dan Saudara Aziz desa, macam biasalah, hujah2nya banyak membodek....! |
| Umno tak malu ka satu dunia dok tengok kita Posted: 08 Jul 2011 08:15 AM PDT The World Is Watching Us! (TO BE UPDATED) ![]() By Malaysia Today Here is a summary of news reports on Bersih 2.0 from various international media. The world is watching Malaysia. Who is to be blamed for all the bad press? Certainly, NOT Bersih! 1. Bloomberg - Malaysia to Block Roads in Bid to Stop Protesters Demanding Fair Elections 2. BBC - Malaysia rally: Kuala Lumpur 'to be locked down' 3. Asiaone News - Malaysian capital locked down for rally 4. United Nations - Malaysia: UN rights office concerned at reported crackdown ahead of planned protests 5. Wall Street Journal - Running Scared In Malaysia by John Mallot 6. The New York Times - Malaysian Opposition Digs In 7. The Korean Herald - Koreans to show solidarity for Malaysian campaign 8. Huffington Post - Malaysia to lock down largest city to block rally 9. The Jakarta Post - Malaysian activists, govt clash over rally venue |
| Sapa Mat Saleh ni nak ajar Najib... haha... Posted: 08 Jul 2011 06:48 AM PDT Isu Bersih: Bekas duta AS dakwa Najib perkecil nasihat Agong Oleh Debra Chong ![]() KUALA LUMPUR, 8 Julai — Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera. Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul "Running Scared in Malaysia", Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan, yang dijadual untuk diadakan esok. Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan "meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan" umtuk menyelesaikan isu semasa. Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa. "Minggu ini, anggota tentera telah mengadakan latihan (persediaan) mengawal perhimpunan dengan kain rentang mengatakan 'bersurai atau kami akan tembak!'. "Polis (pula) mengadakan sekatan jalan dan menahan rakyat Malaysia hanya kerana memakai kemeja-T, warna Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya Malaysia," tulis Malott dalam rencananya kali ini. Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang. Malott yang menjadi duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini. Malott berkata situasi politik di Malaysia berubah setiap hari dan kelihatan meruap sehingga "tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok." Katanya, isu utama Bersih 2.0 bukanlah kebebasan untuk berhimpun tetapi keadilan proses demokratik Malaysia dan pembaharuan sistem pilihan raya, yang Putrajaya telah mengisytiharkan tidak sah dan mahu tahu bagaimana sesiapa boleh menentang psatu ilihan raya bebas dan adil. "Ia satu persoalan yang mudah kepada jawapan. Umno, yang Encik Najib adalah presiden, merupakan parti pemerintah yang paling tua di dunia, dan ia semakin bimbang," katanya.M/Insider |
| Posted: 08 Jul 2011 06:33 AM PDT Peludah Warna Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A Samad Said |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan