shalehudin |
- Menarik betoi perlawanan badminton nih... hihi...
- Kemuncak kebaculan BN
- Umno yang ludah ke langit... kahkahkah...
- Woii Umno, mai tengok memang hampa tak BERSIH... kahkahkah...
- BERSIH ka SPR kalau depa semua ni ditangkap
- Haa... yang ni memang aku kisah...
- Semua tebusan di tadika selamat
- Campoq kopiah pun menang Najib lagi... kahkahkah...
- Berhimpun tak boleh, bersuara pun diganggu...
- Hampa semua dah besaq panjang
- Aku cadangkan Berahim hentak kepala ataih meja... baru real... kahkahkah...
- Tahniah... kahkahkah... mesti lidah panjang ni...
- Besa la bagi BN, janji PRU dulu pun banyak tak buat lagi... kahkahkah...
- Bersih sedang di"anjing"kan
- Apahal ni... masuk angin keluar asap ja ka...
| Menarik betoi perlawanan badminton nih... hihi... Posted: 07 Jul 2011 11:00 AM PDT |
| Posted: 07 Jul 2011 08:30 AM PDT |
| Umno yang ludah ke langit... kahkahkah... Posted: 07 Jul 2011 06:30 AM PDT Umno Punca Umat Islam Bebas Murtad Oleh: Tok Janggut ![]() Tiba-tiba timbul kembali isu murtad yang di mainkan dan dilagukan oleh puak pencacai UMNO laknatullah. Nama Datuk Ambiga, bos "bersih" menjadi mangsa UMNO yang dijaja ke hulu dan kehilir. Peliknya, sejak bila pula UMNO ambil berat tentang isu orang Melayu Islam yang murtad ini? Apakah UMNO lupa bahawa undang-undang yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia yang dijunjung, di pertahankan dan yang di agung-agungkan oleh UMNO lebih dari syariat Allah dan Sunnah Nabi itu membenarkan rakyat Malaysia yang berumur lebih dari lapan belas tahun memilih agama yang mereka suka tanpa boleh dipertikaikan dan diambil apa-apa tindakan hatta oleh keluarga mereka sendiri? Sudah lupakah UMNO dengan peristiwa sedih tentang Aishah Bukhari dulu? Dimana UMNO dan puak pencacainya ketika itu? Mengapa dibiarkan keluarga Aishah menanggung bebas dan kesedihan tanpa boleh dibantu atau dipertahankan aqidah Aishah dulu? Lupakan kita bagaimana keluarga yang memurtadkan Aishah memberi amaran kepada keluarga Aishah untuk diambil tindakan mahkamah sekiranya keluarga Aishah cuba mengambil Aishah ke dalam Islam semula? Dimana UMNO ketika itu? Apa yang mampu dilakukan oelh ulama-ulama "suk" dalam UMNO ketika itu? Kini, oleh kerana Datuk Ambiga itu peneraju bersih, yang ingin mengajak rakyat yang sedar dan yang bermaruah untuk membersihkan negara dari angkara keji, kotor dan najis yang dibawa oleh UMNO, maka isu Lina Joy yang murtad dimainkan semula sehingga UMNO lupa bahawa kenyataan mereka itu umpama meludah ke langit, terkena muka sendiri? Sehinggakan isu penubuhan IFC juga dikaitkan dengan Datuk Ambiga. Lupakah UMNO bahawa IFC ini turut di sokong oleh anak Mahathir, anak Pak Lah dan beberapa orang menteri dan pemimpin UMNO? Lupakah UMNO, SIS yang merupakan penyokong BN dan UMNO yang setia itu juga adalah penyokong kuat IFC? Jadi apa peliknya jika Datuk Ambiga menyokong IFC? Dia bukan orang Islam. Yang orang Islam yang menyokong IFC itu tidak kah boleh dikategorikan sebagai murtad juga? Jika isu orang Melayu yang beragama islam yang bebas murtad itu hendak jadikan isu untuk menghalang perhimpunan "bersih 2" nanti, lebih baik UMNO lupakan sajalah. UMNO kena ingat dan sedar, isu yang berkaitan dengan murtad, liwat, zina, qazaf dan lain-lainya adalah termaktub dalam al Quran dan ianya wajib dibicarakan di mahkamah syariah, bukan mahkamah sivil seperti yang berlaku sekarang. Tetapi mengapa UMNO buat tak tahu dan biarkan saja kes-kes seperti ini dibicarakan di mahkamah sivil? Malahan UMNO dan ustaz merekalah yang beria-ia mengahalang sekiranya kes-kes seperti ini dibicarakn dimahkamah syariah. Kenapa dan mengapa? Kerana UMNO masih taat, patuh dan tunduk kepada kehendak MCA, Gerakan dan MIC dan yang lebih menarik lagi ialah kerana UMNO takut kepda Barat, iaitu penjajah yang mencipta undang-undang negara kita ini dulu. Isu terbaru ialah apabila DSAI ingin membawa kes liwatnya ke mahkamah syariah Wilayah Persekutuan. Siapakah yang bermati-matian menghalangnya? Bukankah UMNO yang diketuai oleh Menteri agamanya sendiri yang sanggup mati kerana UMNO itu yang menghalangnya? Sepatutnya sebagai umat Islam yang setiap hari mengaku dalam doa iftitahnya bahawa segala-galanya hanyalah untuk Allah dan apakah dengan menghalang kesalahan yang melibatkan jenayah Islam itu dari dibicarakan di mahkamah syariah, mengikut hukum Allah itu sebagai mematuhi lafaz dalam doa iftitah itu? Inilah manusia dan golongan syirik di akhir zaman. Pangkat, kuasa dan harta telah membutakan segala mata zahir dan mata hati mereka. Mereka sebenarnya telah masuk perangkap iblis dan syaitan. Mereka telah berjaya di sesatkan oleh iblis akibat kehendak mereka sendiri, maka hati-hati mereka di hijab oleh Allah dari cahaya kebenaran. UMNO juga lupa, bahawa sekiranya Datuk Ambiga menyokong Lina Joy untuk murtad dulu adalah kerana undang-undang membenarkan beliau berbuat begitu. Sekiranya tidak, mustahil dia akan berani menyokong Lina Joy. Tetapi masalahnya dimanakah suara puak UMNO ketika isu ini panas dulu. Apakah demi kepentingan politik UMNO, mereka hanya diam, kini mereka bersuara kembali kerana melihatkan UMNO sudah makin lemah dan cuba untuk membela UMNO dengan mengaitkan isu murtad dengan Datuk Ambiga, sudah terlambat wahai UMNO! Matlamat rakyat sekarang ini ialah untuk menjatuhkan UMNO kerana apa juga isu yang UMNO timbulkan seperti murtad, rosak akhlak, rosak aqidah, rasuah, buang bayi, mat rempit, ragut, rogol, bunuh, arak, zina dan berbagai kemungakaran lagi adalah berpunca dari UMNO. UMNO punya kuasa untuk meminda undang-undang atau mengubah undang-undang kepada syariat Allah tetapi tidak melakukanya kerana mereka sendiri terpalit dengan semua angkara dan gejala ini. Oleh itu, janganlah menuding jari kepda pihak lain tetapi cerminlah diri sendiri dulu kerana rakyat sudah nampak jelas wajah UMNO sekarang. Hanya orang yang telah dibutakan hatinya oleh Allah sahaja yang masih mengatakan UMNO itu baik dan beria-ia mempertahankan UMNO sehingga sanggup memijak hukum Allah dan ajaran Nabi. Jika Yahudi dikenali sebagai punca kerosakan dunia, maka UMNO juga adalah punca kerosakan negara ini. Antara cara untuk melihat negara ini aman makmur, rakyat hidup bahagia tanpa rasa tertekan dan takut, tiada permusuhan antara kaum, aqidah dan akhlak umat Islam terus terpelihara ialah dengan menyumbatkan semua pemimpin UMNO termasuk Mahathir, Dato "T", Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin ke dalam penjara dan rakyat bangkit untuk menjatuhkan UMNO melalui undi, kerana mereka semua inilah puncanya keadaan dalam negara kita penuh dengan fitnah, hasut menghasut, porak poranda, tidak aman, laga melaga dan sebagainya. Kerana apa? Kerana mereka bimbang akan kedudukan mereka, kuasa mereka dan harta mereka serta segala pembohongan dan penyelewengan mereka akan terbongkar dan diketahui oleh rakyat dan dunia. Maka mereka tetap akan melakukan apa saja tanpa dosa pahala dan tanpa memperdulikan ajaran agama. Manakala golongan yang menghalang "bersih 2" ini adalah jelas penyokong kepada penipuan, penindasan, kezaliman dan tiada maruah. Mereka ini semua wajib dibersihkan dari terus menghuni dan terus berkuasa di bumi Malaysia ini. Malaysia perlu diselamatkan dari golongan ini. UMNO makin sesat kerana di dalamnya penuh dengan ulama sesat dan menyesatkan. Wallahualam. |
| Woii Umno, mai tengok memang hampa tak BERSIH... kahkahkah... Posted: 07 Jul 2011 06:21 AM PDT |
| BERSIH ka SPR kalau depa semua ni ditangkap Posted: 07 Jul 2011 04:40 AM PDT Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini ![]() KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini. Perkasa Datuk Ibrahim Ali Datuk Ab Rahman Abu Bakar Syed Hassan Syed Ali Irawah Fahmi Ideris Roslan Kassim Sharifuddin Abd Hamid Dr Zubir Harun Ameir Hassan Datuk Ahmad Saad Ahmad Zaini Ismail Muhammad Zaid Md Arip Abdullah Mansor Zaira Jaafar Norkhaila Jamaludin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar Datuk Megat Firdouz Megat Junid Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Megat Zulkarnaian Omardin Rizalman Mokhtar Tengku Azman Tengku Zainol Abidin Lokman Noor Adam Datuk Abdul Azeez Rahim Ungku Saleh Ungku Jamal Arman Azha Abu Hanifa Tun Faisal Ismail Aziz Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan Mohamad Sabu Hishamuddin Md Rais Khairul Anwar Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang Kamarulzaman Mohamad Dr Mohd Hatta Md Ramli Syed Shahir Syed Mohamud Syed Ibrahim Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisham Shaharin Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Datuk Khalid Yunus Datuk Zulkifli Noordin Dr Zubir Harun Datuk Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah Anwar Kohila Yanasekaran Zaid Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar Nasrudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari Amamt Wan Hassan Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin Muhammad Hilman Idham Mohd Shukri Che Ab Razab Mohd Syukri Kamaruddin Ahmad Syazwan Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham Nurul Anuar Abd Rahim Osman Mohd Sibri Ismail Mohd Lukam Muda Datuk Prof Kamaruddin Kachar Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah |
| Haa... yang ni memang aku kisah... Posted: 07 Jul 2011 03:40 AM PDT |
| Semua tebusan di tadika selamat Posted: 07 Jul 2011 01:46 AM PDT Banglo yang menempatkan tadika di mana seorang lelaki bersenjatakan tukul besi menahan 30 kanak-kanak sebagai tebusan di Sungai Abong, Muar pada Khamis Semua tebusan di tadika selamat MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala. |
| Campoq kopiah pun menang Najib lagi... kahkahkah... Posted: 07 Jul 2011 01:44 AM PDT Piem Umno, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (kanan) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri) menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA bernilai RM1 juta kepada wakil FELDA Tunggal Johor selepas pengisytiharan Bandar Tun Abdul Razak pada sambutan Hari Peneroka 2011 di Jengka, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir |
| Berhimpun tak boleh, bersuara pun diganggu... Posted: 07 Jul 2011 01:29 AM PDT ![]() ![]() Laman twitter dan Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira 12.45 tengah malam tadi. Akibat penggodaman itu muncul tulisan-tulisan pelik di kedua-dua laman sosial Anwar yang jelas berbeza dengan bahasa dan tulisannya. Antara tulisan penggodam yang memperkenalkan dirinya sebagai 'LuvSec' itu adalah meminta orang ramai memakai baju Melayu berwarna unggu untuk ke kenduri. Berikut antara tulisan berkenaan: "Salam semua, di sini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri....sehubungan dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~ -LuvSec- Beberapa minit kemudian, penggodam itu meminta orang Melayu supaya tidak berpecah-belah kerana politik. Tulisnya: kenapa korang suka politics ??? disebabkan politics.. kita orang melayu berpecah belah... patutnya kita harus bersatu.. kami @LuvSec bukan lah dari mana2 parti.. kami cuma ingin MELAYU SAMA MELAYU BERDAMAI... JANGAN BERGADUH KERANA POLITICS !!! -LuvSSDS- |
| Posted: 06 Jul 2011 11:00 PM PDT Buat penilaian masing-masing - Semuanya dah besar panjang Berminggu-minggu negara kita berada di dalam keadaan yang hingar bingar dengan polimik di antara dua pihak, kerajaan dan rakyat yang bersama-sama Bersih 2.0. kehangatannya begitu ketara apabila kita mendengar pihak yang berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri memanggil Datuk Ambiga dengan 'name calling' yang didengar agak janggal kerana keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Siapa kah yang berjaya dan siapa pula yang tertewas di dalam kemelut polimik tuntutan Bersih 2 ini? Tiada yang memang dan tiada yang tertewas. Yang memang ialah rakyat. Tetapi yang kita boleh nampak dengan jelas ialah tahap kemampuan kedua-dua belah pihak mengendalikan isu yang sangat sensitif ini kepada satu pihak yang lain iaitu pihak pemerintah yang sedang asyik dan leka dengan nikmat kuasa sehingga wujud unsur-unsur kufur nikmat yang tidak terkawal dikalangan pimpinan kita. Tahap pemikiran serta sikap kita sudah terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan perubahan pemikiran rakyat termasuk dalam isu pengendalian pilihanraya yang menjadi tuntutan asas bagi Bersih. Pemimpin kerajaan terlalu biasa dengan sokongan yang diperolehi tanpa soal dari rakyat selama ini dan pemimpin-pemimpin kita telah mengambil segala-galanya 'for granted'. Apabila mendapat sedikit tentangan dari rakyat yang sudah berubah nilai pemikiran ini maka ianya dianggap sebagai tindakan yang 'offensive' oleh pihak kerajaan. Matlamat Bersih yang menjemput semua pihak untuk mengadakan rally termasuk semua NGO serta parti-parti politik samada parti pemerintah atau pembangkang untuk mendesak supaya dilakukan transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya tidak di senangi oleh pihak pemerintah khususnya UMNO. Dalam kes ini pihak pemerintah nampak berdiri dipihak yang gagal kerana dengan tindakan pr-emptive pihak berkuasa melakukan tangkapan di seluruh negara terhadap mereka yang disyaki menyokong rally ini. Penahanan itu membayangkan ketakutan politik dari pihak yang memerintah kerana semua tahu yang jumlah kehadziran di rally yang bakal di anjurkan itu begitu ramai tanpa dibayar dan disediakan kemudahan perjalanan. Pihak KDN terutamanya Menterinya Hishamudin pula mengambil tindakan yang tergesa-gesa dengan mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat jelata. Jelas tindakan pre-emptive ini adalah langkah awal untuk mencegah rakyat menunjukan manifestasi mereka dalam kumpulan yang besar. Ramai menganggarkan tidak kurang dari 500,000 rakyat akan membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur jika rally itu diteruskan walaupun dengan tindakan Polis melakukan penahanan dan tangkapan di seluruh negara. Jumlah kehadziran ini lah amat ditakuti oleh pentadbiran sekarang kerana ianya adalah lambang kepada gerakan rakyat yang merata di mana-mana. Kita selalu lupa yang ini melibatakan perasaan ramai. Jika kita terus melakukan tangkapan dan penahanan secara 'pre-emptive' ini ia tidak lain dari mengakui kejayaan Bersih telah mendapat sambutan ramai dari seluruh negara. Melakukan tekanan terhadap penyokong rally ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akhirnya akan berlakulah perkara yang lebih buruk dari apa yang di alami oleh pentadbiran sebelum ini di dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO gagal untuk menambat hati rakyat biasa terutamanya mereka dari generasi yang muda. UMNO hanya berjaya mengambil hati kelompok oportunis seperti Perkasa dan beberapa kumpulan yang lain yang sememangnya tidak akan lari dari menyokong BN. Usaha dan cita-cita BN untuk mengembangkan parameter sokongan dari rakyat sekali gus telah gagal dan amat payah untuk di dapatinya kembali. Kita selalu lupa yang rakyat sentiasa memerhati peri laku pemimpin-pemimpin kita bagaimana mereka mengendalikan isu rally Bersih ini. Pendeknya tujuan asal Bersih untuk melakukan rally secara aman dan meminta semua pihak untuk bersama itu telah dipecahkan oleh pemerintah. Hasilnya pihak BN sendiri yang menambah kekuatan sokongan terhadap gerakan penentangan terhadap mereka (BN). Pihak pembangkanglah yang memperolehi sokongan yang diperkuatkan oleh pihak yang memerintah. Apakah elemen sebenarnya yang menyebabkan ketirusan sokongan terhadap BN? Jawapan yang tepat ialah keengganan untuk BERUBAH. Kita tidak mahu perubah mengikut waktu dan zamannya. Dalam politik kita masih bercakap tentang isu-isu basi yang telah kita dengar dari mula negara kita mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959 dahulu. Isu api letrik, air paip, jalan tar, susidi gigi palsu, lembu dan kambing pawah pembangunan Putrajaya serta banyak perkara lain yang berkaitan dengan isu mengenang budi. Tetapi pimpinan tidak pula mengenang budi rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan tanpa berbelah bagi dengan melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah dan menyalah guna kuasa. Mereka (rakyat) sudah jemu dengan pembohongan yang dilakukan dan semua pembohongan itu di war-warkan oleh media massa perdana sehinggakan rakyat tidak ada lagi apa yang mereka percaya dengan media perdana pada hari ini. Pemimpin kerajaan kita telah gagal semeskali untuk mengekalkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan seperti yang kita alami dahulu kala. Mereka (rakyat) menganggap apa jua yang dilakukan tidak boleh dipercayai dan persepsi ini kian hari kian menebal. Ramai rakyat tidak mahu lagi mendengar apa yang mereka katakan kerana persepsi mereka (rakyat) terhadap kepimpinan terlalu rendah. Kenapa keadaan menjadi begini? Jika ada masa dan ruang boleh dibahaskan pada bila-bila. Jika tidak ada masa dan ruang itu masing-masing boleh membuat penilaian masing-masing. masing-masing dah besar panjang http://aspanaliasnet.blogspot.com |
| Aku cadangkan Berahim hentak kepala ataih meja... baru real... kahkahkah... Posted: 06 Jul 2011 09:48 PM PDT |
| Tahniah... kahkahkah... mesti lidah panjang ni... Posted: 06 Jul 2011 09:35 PM PDT Pada majlis tersebut pengasas dan mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri. Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai RM50,000. Akhir bulan lalu, Omardin berkata PSSLM memberi amaran kepada penganjur perhimpunan Bersih 2.0 supaya membatalkan hasratnya jika tidak mahu "berperang" dengan pengamal seni silat di negara ini. Omardin berkata menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara. "PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara. "Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus. "Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya.- TMI |
| Besa la bagi BN, janji PRU dulu pun banyak tak buat lagi... kahkahkah... Posted: 06 Jul 2011 07:10 PM PDT BERSIH 2.0 tidak berganjak untuk berhimpun di Stadium Merdeka by paktam ![]() Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) meluahkan kekecewaanya terhadap keputusan Perdana Menteri Najib Razak dan kabinetnya yang "mungkir janji" untuk menyediakan stadium kepada pihaknya sebagai gelanggang mengadakan perhimpunan aman. "Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana." Demikianlah penegasan BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tadi. |
| Posted: 06 Jul 2011 06:06 PM PDT Kabinet tolak, Bersih tetap mahu himpun di Stadium Merdeka Sabtu ini Oleh G. Manimaran ![]() KUALA LUMPUR, 7 Julai — Bersih 2.0 bertekad untuk berhimpun di Stadium Negara Sabtu ini meskipun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan gabungan itu menggunakan stadium di ibu negara atas alasan ia bukan sebuah pertubuhan sah. Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Bersih 2.0 berkata ia tidak akan berganjak daripada keputusannya mahu berhimpun di stadium yang bersejarah itu untuk menyatakan pendirian mengadakan pilihan raya bebas dan adil. "Apa pun berlaku antara sekarang dan kemudian (Sabtu ini), rakyat akan berhimpun secara bebas secara aman untuk meminta pilihan raya bebas dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai pukul 2 petang. Kami akan datang, kami akan (bertindak dengan) aman dan bersama, kami akan membina Malaysia yang lebih baik," kata gabungan itu. Gabungan itu berkata pihaknya kecewa dengan cara perdana menteri dan Kabinetnya memungkiri janji untuk menyediakan sebuah stadium bagi mengadakan perhimpunan aman. "Sebagai anggota masyarakat madani yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami mahu patuh sepenuhnya kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan perhimpunan kami di sebuah stadium untuk menyatakan tuntutan berkenaan pilihan raya bebas dan adil," kata kenyataan itu lagi. Kenyataan itu menambah sekiranya Najib seorang pemimpin yang mengotakan janjinya beliau seharusnya mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi perhimpunan itu diadakan secara aman di Stadium Merdeka. "Sama ada kerajaan ikut prinsip mereka (atau tidak), kami rakyat Malaysia akan sentiasa berpegang kepada prinsip kami. "Kesungguhan kami untuk melaksanakan hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi satu matlamat yang adil dan munasabah tidak goyah," kata kenyataan itu lagi. Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam, Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan selain faktor keselamatan. Kata Rais, selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan. "Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh. "Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor," kata beliau. |
| Apahal ni... masuk angin keluar asap ja ka... Posted: 06 Jul 2011 04:00 PM PDT Rokok 'makanan' rakyat miskin JAKARTA: Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras. Ketua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus. "Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat," kata Rusman. Beliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah. "Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan," kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono. Beliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin. Pakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku. "Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain," katanya. – Agensi |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan