Rabu, 6 Julai 2011

shalehudin

shalehudin


Bagi nasihat sebelum bagi depa rehat... kahkahkah...

Posted: 06 Jul 2011 08:55 AM PDT

Himpunan Bersih untuk nasihati pemerintah


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Himpunan aman Bersih yang menurut cadangannya akan diadakan dengan kerjasama pihak keselamatan dan pihak berkuasa di Stadium Merdeka pada 9 Julai nanti merupakan salah satu usaha menyampaikan nasihat kepada pemerintah dan rakyat yang diperintah secara baik.

Hal ini bersandarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim yang bermaksud: "Agama itu adalah nasihat," iaitu "(Nasihat) bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemerintah orang-orang Islam dan rakyat mereka," demikian menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali(gambar).

Menurut beliau lagi, dalam konteks Bersih, nasihat adalah bertujuan agar pilihan raya yang menjadi tempat rakyat memilih teraju pemerintahan dijalankan oleh pihak berkenaan secara lebih telus dan adil dalam semua sudut dan bagi semua pihak.

Katanya, ketelusan dan keadilan akan menjurus kepada terpilihnya mereka yang beramanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah pemerintahan negara.

"Kita dalam masa yang sama menjunjung kasih di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak negara dan payung rakyat jelata terhadap hasrat sebahagian rakyat mendapatkan hak mereka menyatakan pandangan dan nasihat dengan cara aman dan dibenarkan oleh perlembagaan negara," ujarnya.

Menurutnya, keamanan dan kemakmuran negara serta perpaduan antara rakyat akan sentiasa utuh sekiranya kerjasama semua pihak sama ada pihak berkuasa yang memerintah dan rakyat yang diperintah dapat digembleng atas dasar kebajikan dan taqwa.

"Insya Allah ini sepertimana yang dianjurkan oleh al-Quran menerusi firman-Nya dalam surah al-Maa`idah, ayat 2 bermaksud "dan bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan," ujar beliau lagi.

Sapa yang tetiba tarik telinga Najib ni... haha...

Posted: 06 Jul 2011 07:43 AM PDT

Betoi jugak kata Najib tu, memang la dia kata yang kerajaan nak jumpak ngan Bersih, tapi kerajaan tak semestinya dia.... kahkahkah.... takkan kerajaan Malaysia ni Najib sorang ja, habih tu Rosmah nak pi letak tang mana? Kahkahkah...

Semalam, Piem Umno ni berkata beliau difahamkan yang BERSIH mahu mengadakan pertemuan dengan kerajaan mengenai perhimpunan di stadium "(dan) kita bersedia untuk bertemu dengan mereka."

Kahkahkah... hampa kena paham, kita tu bermakna bukan sorang, tapi berdua... kahkahkah...

Piem Umno tegaskan lagi, tak semestinya beliau yang akan bertemu dengan pemimpin BERSIH 2.0 untuk berbincang mengenai perhimpunan di stadium, kerana ada orang lain yang boleh mewakili kerajaan. Katanya, beliau tidak mengatakan yang beliau akan menemui BERSIH.

Ni la yang kita kata ahli politik unggul nih, memang berpolitik betoi dia... kahkahkah... Mesti ada orang yang dah tarik telinga dia semalam nih... kahkahkah... Pasai buat stetmen yang salah... kahkahkah... hari ni kena cover line la pulak....

Rosmah jugak la yang menang

Posted: 06 Jul 2011 05:03 AM PDT

Antara Tawaran Stadium dan Tuntutan Bersih.
Oleh: sp4n4r

Selepas titah Agong, stadium ditawarkan. Berkumpul dimana jua, tiada guna kerana tuntutan-tuntutan Bersih tidak disentuh oleh kepimpinan Najib.

Titah Yang Dipertuan Agong, supaya ada pihak bersikap adil dan amanah. Tuntutan bersih menceritakan tentang amanah dan bersikap adil serta tanggungjawab. Bukannya dengan tawaran stadium untuk berdemonstrasi telah menunjukkan sikap tanggungjawab dan tolak ansur kerajaan. Tidak bermakna beb.

Sehingga kini, masih belum kedengaran, pemimpin kerajaan berura-ura untuk menerima tuntutan bersih. Belum lagi kedengaran, pemimpin kerajaan terpaksa mengiyakan tuntutan bersih dari sudut amanah dan adil serta tanggungjawab.

Rakyat mahu dengar, tawaran tuntutan bersih akan dipertimbangkan oleh Pihak kerajaan. SPR seperti menyepi seribu bahasa seolah-olah menunggu arahan seterusnya dari pemimpin BN. Setakat ini masih belum ada maklumat satu kenyataan Media dari pengerusi SPR. "

Umno bijak meng"anjing"kan Pakatan

Posted: 05 Jul 2011 09:00 PM PDT

Jika UMNO semakin Zalim, PR semakin kurang Bijak
Oleh: anak_muar

UMNO begitu bijak dalam menghadapi isu2 berat dari pembangkang dengan melibatkan golongan Agama dan juga Pihak Istana bagi menghentikan kebangkitan pihak pembangkang contohnya terbaru dalam isu bersih,UMNO berjaya menaikkan imej mereka apabila berjaya menggunakan sentimen Agama dan Pihak Istana sebagai talian hayat terakhir mereka untuk terus berkuasa dan menunjukkan bahawa mereka pihak yang begitu taat setia dengan Agong dan Majlis Raja2 Melayu,Kita dapati UMNO beraya di situ.Itulah kebijakan dan tipu helah UMNO dalam menutup segala kezaliman dan kesalahan mereka.

Pihak pembangkang atau PR agak kurang bijak menggunakan kesempatan seperti yang UMNO lakukan walaupun amat jelas bahawa Isu yang dibawa oleh PR berkaitan dengan kepentingan Rakyat dan juga negara.Sikap PR dilihat terlalu menyendiri serta tidak mewujudkan hubungan mesra dengan pihak Istana dalam menjalinkan kerjasama pada perkara2 yang melibatkan kuasa Raja-raja Melayu dan juga Agong membuatkan imej PR sentiasa negatif dan dicurigai selain propaganda yang dimainkan oleh UMNO dalam mankutkan rakyat terbanyak.diakui hubungan PR dengan Pihak Istana perlu diperbaiki dan ditambah baik kerana ia salah satu penilaian utama dari rakyat terbanyak.

Sepatutunya PR boleh mengadukan isu tersebut kepada Yang DiPertuan Agong dan Juga Majlis Raja-raja Melayu memandang kedudukan sebagai Ketua Agama dan juga Ketua Negara.PR yang amat jelas tidak akan mendapat keadilan dan sepatutnya menjadikan institus Raja dan Agong sebagai tempat mengadu jika mereka benar-benar tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.Raja adalah payung bagi rakyat itu yang selalu dilaungkan.

Walaupun beribu laporan yang dibuat oleh PR dalam isu-isu yang melibatkan salah laku penyokong UMNO tindakan double standart oleh pihak berkuasa amat jelas sekali.PR perlu belajar dari situ.Hubungan baik lagi mesra perlu diwujudkan dari sekarang oleh PR jika mahu jadi kerajaan pemerintah.Dato Onn melalui UMNO telah membuktikannya.Sebab itu UMNO mudah mendapat simpati dari semua pihak dan rakyat terbanyak walaupun telah banyak melakukan kesilapan besar.

Hampa jerit pecah rengkong pun, ada Najib kisah... kahkahkah...

Posted: 05 Jul 2011 08:00 PM PDT

Umno BN manipulasi sistem undi pos
Harakahdaily

Pemuda PAS tetap mendakwa sistem undi pos yang mahu dikekalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak telus dan sering dimanipulasi pihak tertentu khususnya Umno BN.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat berkata, PAS tidak mempertikaikan kerelevanan undi pos di kalangan tentera, polis, kakitangan awam dan sebagainya, namun biarlah kepada anggota yang betul-betul bertugas menjaga keamanan di perbatasan.

SPR memberi alasan penghapusan sistem itu menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam kerana anggota keselamatan tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka ketika menjaga keselamatan negara.

"Kalau seseorang pegawai itu setakat menghadiri kursus di luar kawasan. Apakah ianya dalam keadaan kritikal dalam menjaga keselamatan negara.

"Adakah kursus itu sengaja dirancang dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak?"

"Takkan anggota-angota tentera yang berada di dalam kem juga perlu menggunakan undi pos?" soal beliau.

Beliau yang sebelum ini mengetuai jawatankuasa pemantau undi pos ketika Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berkata, banyak kecurigaan dan manipulasi dari sesetengah pihak terhadap sistem undi pos.

Ia termasuk arahan agar agen pengundian hanya dibenarkan memerhati proses pengundian dari jarak jauh dan tidak mengikut prosesdur.

PAS sebelum ini mendakwa undi pos merupakan "talian hayat" Umno BN untuk terus mengekalkan kuasa.

Mereka juga pernah membawa beberapa bukti dakwaan penyelewengan dalam undi pos kepada SPR namun sehingga kini tiada sebarang perubahan positif ke arah reformasi sistem itu.

Ada Rosmah kisah... haha...

Posted: 05 Jul 2011 07:00 PM PDT

Kami, Sasterawan Negara Malaysia, berasa amat terpanggil untuk memberi kenyataan media setelah menyaksikan keadaan mutakhir di Malaysia. Sebuah negara maju seperti Malaysia yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Kami menggesa semua pihak membuka pintu perbincangan supaya pendapat dapat disampaikan dan hak menyampaikannya terus terjaga.

Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan.

Sementara itu kami mendapat maklumat bahawa SN Dato' (Dr) A Samad Said dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk memberi keterangan berhubung puisinya "Unggun-Bersih".

Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi. Pada pandangan kami A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini.

Sebagai sebuah karya sastera, "Unggun-Bersih" sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik. Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang.

Kami berharap ahli masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya, kerana ucapan setiap warga negara dan karya sastera dan seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

--------
Kenyataan ini dikeluarkan oleh SN Dato' Shahnon Ahmad, SN Muhammad Haji Salleh, SN Dato' Noordin Hassan dan SN Dato' Dr Anwar Ridhwan pada 4 Julai 2011

Kalau dah haram, takkan Agong terima mengadap kot... tak paham lagi??

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Diterima mengadap Agong bukti Bersih bukan haram
Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Tiada ulasan: