Jumaat, 15 Julai 2011

sesemut emas ™

sesemut emas ™


Nisfu Sya'aban: Amalan Setahun Diangkat Untuk Diaudit

Posted: 14 Jul 2011 12:01 PM PDT

Assalamu'alaikum wrt. wbt..

Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari ini sebaik saja masuknya waktu maghrib, 15hb Julai 2011 (bersamaan 15 Sya'aban 1432H)..

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah S.W.T dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru..

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru..

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuknya waktu maghrib, (14hb Sya'aban setiap tahun)..

Berikut adalah antara amal ibadah yang disunatkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 15 Julai 2011) solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat, rakaat pertama: baca surah Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, rakaat kedua: baca surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x..

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, malam = 15 Julai 2011)
i) Selepas Yasin pertama: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah S.W.T
ii) Selepas Yasin kedua: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah S.W.T
iii) Selepas Yasin ketiga: mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik..
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x..
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam kitab Yasin Majmuk)..

3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x..

4. Berpuasa pada siang harinya..

Abul Khair At-Talaqaani R.A mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22. Antaranya yang termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah S.W.T mengharamkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada Nabi Allah Yusof A.S di dalam syurga..

2. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah S.W.T turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya." - Hadith Riwayat Othman Abi Al-As R.A~

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita..

Wallahua'alam..

NOTA: JADI MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN-KAWAN SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA HARI INI DAN ESOK (14 & 15 SYAABAN) IAITU PADA JUMAAT DAN SABTU (15 & 16 JULAI 2011) INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN ATAU TIDAK DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG...

-ibnumustafa-

Tiada ulasan: