Senyum Tangis Sendu |
Mahu Cari Melayu Sial, Cari Di Melaka Posted: 18 Jul 2011 01:15 AM PDT Bodoh macam anjing. Hanya nama sahaja Islam tetapi dialah paling bangang dan jahil tentang Islam. Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka. Gara-gara ADUN DAP menyuruh tarik balik berkaitan judi adalah budaya masyarakat Cina sehinggakan digantung untuk masuk Dewan Undangan Negeri, rupa-rupanya melanjutkan pusat hiburan merupakan budaya Melayu UMNO Melaka. Sudah terbukti budaya Melayu dalah yang menyukainya dan bukannya bangsa lain. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik. - Ali Rustam Jawapan seorang Ketua Menteri yang tidak menghormati Islam. Itulah puncanya utama mengapa sekolah mengandung diwujudkan. Mungkin kerana sudah kekurangan pelajar yang melahirkan anak luar nikah? Adakah Ali Rustam mahu menambah kuota kemasukkan yang menelan belanja RM500,000 setahun? Mengapa Ali Rustam begitu beriya-iya sangat mahukan hiburan? Dibulan lain keadaan seperti biasa namun semakin hari semakin menampakan bahawa melayulah yang suka budaya hitam ini jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Akhirnya Exco Melaka jilat tahi sendiri setelah mengatakan kaum Cina suka berjudi dan pada masa yang sama melayu UMNO lah yang berminat dengan benda-benda haram. Orang Cina mahu Islam, tapi orang melayu UMNO mahu kembali ke zaman jahiliyah |
Polis Mahu "Cuci Tangan" Dari Kes Berat? Posted: 18 Jul 2011 12:16 AM PDT KUALA LUMPUR 18 JULAI : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mahu punca kematian peserta Baharuddin Ahmad disiasat dengan adil dan saksama. Menurut beliau, punca kematian Allahyarham yang menyertai himpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai lalu masih tidak diketahui keluarga beliau walaupun ramai saksi menyaksikan tindakan polis pada hari tersebut. "Cara polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tangani himpunan tuntutan yang murni itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara kita, " kata beliau dalam sidang media di sini hari ini. Polis sebelum ini telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya. Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal. "Kita percaya ajal di tangan Tuhan tetapi cara hidup dan mati jadi pengajaran kepada kita. "Apa-apa yang berlaku kita mesti tuntut keadilan kepada arwah. Kita mesti buat secara adil dan saksama," kata beliau lagi. Pengerusi Biro Displin PKR itu turut mempersoalkan mengenai kenyataan rasmi kematian Baharuddin oleh kerajaan dan polis yang seolah-olah cuba 'mencuci tangan' dari sebarang tanggungjawab. "Apa yang kita tahu, Baharuddin sihat ketika keluar dari rumah pada hari itu. "Tindakan polis menembak gas pemedih mata pada orang ramai yang tidak bertindak ganas pada hari itu dilihat semua. Saya nampak dengan mata sendiri di Sogo polis mengejar orang ramai yang telahpun bersurai. Adakah itu namanya 'crowd control' ?," soal beliau merujuk kepada ratusan video dan gambar serta cerita orang ramai mengenai kejadian pada 9 Julai lalu. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan