Senyum Tangis Sendu |
Posted: 15 Jul 2011 11:14 PM PDT Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan. Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO. Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh. Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka. Rakan-rakan dan keluarga saya dari utara hingga selatan semuanya bertanya tentang Bersih, mereka mahu peserta demonstrasi aman itu sendiri menceritakan pengalaman dan bukan sekadar membeli akhbar lidah rasmi UMNO dan BN yang penuh cerita sandiwara dan bersikap berat sebelah. Tidak putus pesanan ringkas dan perbualan telefon yang bertanyakan khabar tentang peserta demonstrasi aman Bersih. Rakan dan ahli keluarga inilah yang dikategorikan sebagai "silent majority" yang sebenar, bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Najib semasa perhimpunan dalam dewan anjuran UMNO baru-baru ini bagi mengelirukan perhatian rakyat. Kenyataan Majlis Peguam telah menafikan segala momokan beberapa hari sebelum bermula perhimpunan Bersih oleh kumpulan-kumpulan NGO yang menjadi tunggangan UMNO serta beberapa wakil daripada parti komponen BN yang nyata meleset, malahan jangkaan mereka salah sama sekali. "Secara umumnya perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawan dan tenang, lebih utama lagi kami mendapati rakyat daripada pelbagai latar belakang dan seluruh negara menyertai perhimpunan tanpa sebarang konflik tercetus. "Ia nyata berbeza sama sekali dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan kebimbangan perhimpunan tersebut akan mewujudkan masalah perkauman atau kekacauan," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Selasa lalu. Mereka yang turun ke jalan raya pada 9 Julai itu merupakan rakyat yang menuntut perubahan, sejarah negara yang baru sudah dicipta daripada pelbagai bangsa dan umur yang turun pada hari tersebut. Semangat 31 Ogos 1957 semasa di dalam Stadium Merdeka ketika ini menjelma kembali untuk merasakan nikmat sebenar bersatu-padu serta kemakmuran dan permuafakatan yang sudah dikecapi untuk sekian lama. Kecaman ke atas Najib berlanjutan hingga ke pentas antarabangsa, daripada pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International kepada badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kepada suara media global. Turut bersama mengecam tindakan agresif pemerintahan Najib ialah penulis bebas kewangan Bloomberg, William Pesek yang mengherdik agenda perubahan yang dilaungkan Perdana Menteri semasa mula-mula memegang tampuk kuasa sebagai omong kosong. Dalam tulisan Pesek, beliau menyatakan, "Bagaimaman sesebuah negara boleh menangkap 1,700 rakyatnya semata-mata kerana memakai warna kuning? Adakah ini dipanggil demokrasi?" Bukan sahaja rakyat mentertawakan pemerintahan Najib, malahan ketika ini hampir segenap pelusuk negara sudah mengetahui kredibiliti sebenar sang perdana menteri yang tidak mendahulukan kepentingan dan hak rakyat. Bersih tidak mencalarkan imej Najib, malah beliau berpeluang menjadikan dirinya sebagai tokoh besar jika membenarkan perhimpunan aman itu diadakan secara teratur dan bersopan. Sebaliknya tindakan melulu oleh instrumen Najib di samping janji tak serupa bikin beliau sendiri yang mengakibatkan seluruh jentera kerajaan terpalit dengan kekotoran yang amat memalukan sekali. Bukan rakyat yang berpecah tetapi tembok perkauman yang sudah dipecahkan rakyat pada 9 Julai 2011. Tahniah dan salut untuk para peserta Bersih 2.0! – Roketkini |
Skuad Sayang Tangkap Peserta Demostran BERSIH? Posted: 15 Jul 2011 06:13 PM PDT Patutlah kenapa polis tidak berani memakai nombor rupanya bukan kerana takut nombor mereka diambil oleh peserta demostran untuk didakwa, rupa-rupanya dalam pasukan polis itu ada puak-puak UMNO yang bekerjasama dengan polis ketika penangkapan peserta demonstrasi. Seorang pimpinan perempuan dari Pakatan Rakyat telah memberitahu bahawa beliau dan setiausahanya telah ditangkap ketika mahu pulang ke Klang ketika menaiki komuter di KL Central. Beliau dan tahanan lain telah dihantar ke Balai Polis Jinjang, Kepong selama dua jam berada dalam trak polis dan tidak dibenarkan turun. Beliau juga mendesak untuk turun menunaikan solat namun telah dihalang dan tidak dibenarkan ke bilik air walaupun sekejap. Keadaan demikian boleh dibenarkan sekiranya semua tahanan telah dihantar ke Pulapol. Dua jam terpaksa dudk dalam trak polis. Beliau hairan kerana yang menangkapnya bukan anggota polis tetapi wanita berpakaian merah seperti skuad sayang UMNO atau warna merah unit Patriot. Ketika mereka menangkap, beliau meminta kad pengenalan diri dari perempuan itu namun tidak ditunjuk sebaliknya beliau ditarik dan dipaksa oleh perempuan tersebut. Apakah pihak polis juga terlibat dalam menjadikan wanita UMNO sebagai pasukan tambahan dalam penangkapan peserta BERSIH itu? Memang sah bahawa UMNO ada disebalik polis dan bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi BERSIH. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan