Selasa, 12 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


UMNO/BN Melaka Dalam Keadaan Genting

Posted: 12 Jul 2011 08:28 AM PDT


UMNO/BN Melaka makin takut dan bimbang akan kemaraan Pakatan Rakyat hari ini. Speaker DUN Melaka menggantung kesemua ahli dewan dari DAP dari menghadiri sidang DUN Melaka yang dijangka berakhir esok.

Empat wakil DAP digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama dua hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan menimbulkan kekecohan semasa persidangan hari ini.

Empat wakil rakyat itu ialah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Lim Jak Wong (Bachang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir).

Semalam, Anggota DUN Kesidang, Goh Leong San digantung tiga hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan. Ini bermakna kesemua lima wakil pembangkang dilarang menghadiri persidangan dewan yang dijadualkan berakhir esok.


Wei, UMNO Cakap Pasal Islam La.. Macam Tidak Percaya

Posted: 12 Jul 2011 05:30 AM PDT

Kecoh Ketua Pembangkang Selangor kena halau keluar dewan setelah mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya. Tiba-tiba UMNO mahu jadi juara membela agama Islam.

Wei, Jangan ingat Islam itu UMNO punya. Orang bukan Islam dibenarkan mendekati Al-Quran dan sesiapa sahaja untuk memahami agama suci ini. Tiba-tiba UMNO mahu menyekat apa yang cuba dilakukan oleh orang bukan Islam. Islam bukan milik Melayu. UMNO sahaj yang perasan lebih.

UMNO jangan bercakap pasal Islam. UMNO sendiri tolak Islam bila menolak hukum Islam. Apabila orang bukan Islam mahu bercakap pasal Islam, maka puak-puak jahil inilah akan bersuara membela Islam. Agak lawak puak-puak UMNO ini. Nampak sangat jahil tentang penyebaran agama Islam.

Sebelum mempertikaikan pasal orang bukan Islam mendekati Al-Quran, baik tanya dulu pemimpin UMNO yang kononnya nama dalam pengenalan diri berstatus Islam seperti dalam gambar di bawah ini. Minah di bawah ini menganut Islam versi mana?

Sharizat Jalil

Rosmah Mansor

Maznah Rais

Islam mana tu? Cuba UMNO tolong jawab. Mahu jadi jaguh kandang keldai bolehlah. Sedar diri sebelum nak bercakap pasal Islam. Jangan ingat Islam itu terletak pada nama dalam kad pengenalan sahaja. 




Video: Video Inikah Yang Hishamuddin Maksudkan dirakam PDRM?

Posted: 12 Jul 2011 05:07 AM PDT


Video menunjukkan sikap "lembut" polis yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri. Kita saksikan siapa yang berlembut dan siapa yang ganas. PDRM juga kata mereka ada juga mengambil gambar dan video ketika hari kejadian. Adakah ini video untuk mereka? 




Gambar: Polis Tidak Sembur Gas Kat Hospital Tapi Pesakit Kentut Berasap

Posted: 12 Jul 2011 01:04 AM PDT


Menteri Kesihatan kata tiada tembakan dari polis menggunakan gas pemedih mata dan merian air. Tetapi yang berasap dalam hospital tu adalah kentut pesakit yang banyak sangat makan buah durian yang sekarang ini musim buah durian. Asap tersebut tidak boleh dijadikan bukti.

Kesian pada UMNO/BN yang cuba menipu rakyat dengan berita dari akhbar pro mereka. Mereka menafikan bahawa asap tersebut bukan dari pihak polis. Habis tu pendemostran punya trak ke sembur meriam air dan gas pemedih mata? Sungguh bacul jawapan seorang menteri. Kali ini bukan seorang yang bodoh tapi dua termasuk Menteri Kesihatan.

Hospital Tung Shin.. Pili bomba pecah ke tu?

Cuba perhatikan papan tanda Hospital Tung Shin dan muncung meriam air dari trak polis. Adakah air yang disembur itu adalah air mineral water? Atau adakah itu trak bomba yang cuba memadamkan asap kentut pesakit hospital? Penipuan orang mati bolehlah dibuat. Ini lagi nyata buktinya.

Adakah ini rakaman dari pihak polis yang mengatakan mereka ada bukti tentang perhimpunan BERSIH? Apakah cerita yang akan direka oleh dua orang menteri yang kurang cerdik dan tidak berapa pandai mengenai situasi ini? Kebodohan pemimpin UMNO/BN lebih bodoh dari seekor keldai.

Sebodoh-bodoh keldai mempunyai nilai julana yang tinggi berbanding dengan nilai menteri UMNO/BN yang hanya belajar tinggi-tinggi tapi bodoh berlapis-lapis. Bagaikan kek lapis yang banyak lapisan warna tetapi kandungannya tetap sama.

Usahlah kita terpedaya dengan kebodohan menteri-menteri dari UMNO/BN ini. Jangka hayat mereka pun tidak lama lagi dan tunggu masa untuk semboyan PRU-13 menghadirkan diri bagi membenamkan UMNO/BN dipersada politik tanah air.

VIdeo: TV3 Kene Boo Ketika BERSIH

Posted: 11 Jul 2011 10:55 PM PDT


Akibat terlalu ampu berita, TV3 telah dikecam hebat semasa membuat liputan BERSIH secara langsung namun tidak disiarkan dalam beritanya kerana boleh menggugat kepimpinan Najib. Kita akan saksikan video selama 58 saat yang dirakam.

Adakah TV3 akan kata mereka tetap mendapat sambutan penonton jika disaksikan seperti dalm video ini. Mereka membuat liputan di atas sebuah bangunan kerana takut berdepan dengan salah satu tuntutan BERSIH iaitu bebaskan media dari cengkaman kerajaan.

Gambar Ini Ke Yang Dirakam PDRM?

Posted: 11 Jul 2011 07:35 PM PDT


Adakah gambar seperti di atas yang dirakam oleh PDRM? Menteri Halal Haram Bersih kata mereka ada ramai jurgambar yang mengambil gambar ketika kejadian BERSIH tempoh hari. Kalau ini gambar yang dikatakan oleh beliau, seakan-akan memasang perangkap untuk menjerat anggota PDRM.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bukti serta fakta bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis bertindak ganas ketika menangani perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)2.0 Sabtu lalu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung. 

Bilik operasi kita (PDRM) ada rakaman semua yang berlaku dari mula perhimpunan itu sehingga tamat dan kita akan siasat semua tuduhan yang didakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan bukti kukuh malah kita tidak menyembunyikan apa-apa. 
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia turut membantu meneliti rakaman serta bukti tersebut untuk tindakan selanjutnya. - Hishammuddin Tun Hussein


Bukan itu sahaja, rakaman juga menunjukkan anggota keselamatan tiada nombor dan nama pada pakaian seragam mereka. adakah yang tiada nombor itu kadet polis yang dikerah dari sekolah-sekolah? Itu juga bukti rakaman kata Hishamuddin. 


Hishamuddin bercakap seolah-olah polis sahaja yang mempunyai rakaman. Sedangkan rakaman hari kejadian turut dirakam oleh media asing yang membuktikan segala-galanya keganasan yang cuba dilakukan oleh pihak berkuasa sehinggakan ada yang tercedera.

Mengetahui Apakah Bahan Dalam Gas Pemedih Mata?

Posted: 11 Jul 2011 06:00 PM PDT


Lachrymatory adalah sejenis bahan kimia tidak merbahaya yang memberi kesan terhadap saraf kornea di dalam mata, yang mana akan menyebabkan kepedihan, kesakitan dan buta untuk beberapa ketika kepada individu yang terhidu 'gas' tersebut.

Gas pemedih mata secara umumnya menyerang bendalir yang ada di dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru manusia yang akan menyebabkan kepedihan mata, bersin, batuk-batuk, sukar bernafas serta kabur penglihatan untuk suatu tempoh.

Gas pemedih mata yang pertama digunakan sebagai senjata ialah Xylyl bromide, di mana ia digunakan pada tahun 1914 di dalam Perang Dunia Pertama oleh tentera Perancis terhadap tentera Jerman dengan melemparkan bom tangan yang mengandungi bahan kimia tersebut.

Sejak itu, gas pemedih mata telah dikaji oleh ramai saintis-saintis dunia dan bahan kimia tersebut telah mengalami pelbagai evolusi untuk pelbagai kegunaan, terutamanya untuk mengawal demonstrasi, huru-hara dan perhimpunan haram.

Terdapat pelbagai jenis lachrymatory yang berjaya dicipta para saintis seperti 'Oleorasin Capsicum' (OC), 'O-Chlorobenzylidene Malononitrile' (CS), 'Dibenzoxazepine' (CR), 'Phenacyl Chloride' (CN), 'Pelargonic Acid Vanillylamide' (PAVA), 'Bromoacetone', 'Phenacyl Bromide', 'Xylyl bromide' dan 'Syn-Propanethial S-Oxide'.

Meskipun 'lachrymatory' kebiasaannya digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa di banyak negara dunia untuk mengawal rusuhan dan huru-hara oleh pihak berkuasa, ada beberapa jenis gas pemedih mata ini yang digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan individu.

Sebagai contoh, syarikat Mace Security International di Amerika Syarikat telah mencipta semburan aerosol 'Mace' yang berfungsi untuk mempertahankan diri dari serangan individu dan menjadi pilihan wanita-wanita di negara itu untuk dibawa bersama di dalam beg tangan atau kereta mereka.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa kesan gas pemedih mata ini boleh diatasi oleh bahan anti asid seperti Maalox, Alka-Seltzer dan banyak lagi produk yang mudah diperoleh dari farmasi-farmasi di seluruh negara. 


Tiada ulasan: