Senyum Tangis Sendu |
- Video: Lagi Sekor Polis Bodoh Undang-undang
- Gambar: Engkau Rugi Sebab Tutup, Kedai Ini Untung Besar
- Hishamuddin Melenting Najib Gelak Bodoh
- Bapak Anjing Ini Gelak Tengok Anak Anjing Belasah Pendemostran BERSIH
- Memo BERSIH Tidak Diserah Pada Agong?
- Sedut Gas Patah 4 Tulang Dada Dengan 3 Batang Gigi
Video: Lagi Sekor Polis Bodoh Undang-undang Posted: 11 Jul 2011 09:00 AM PDT Tanda-tanda polis takut ialah tidak memaparkan nombor pegawai. Walaupun mereka menafikan untuk memaparkan nombor mereka, video ini jelas menunjukkan sesiapa sahaj boleh menyamar menjadi seorang anggota polis dengan syarat mempunyai pakaian seragam. Jika ini selalu diamalkan oleh polis, tidak mustahil selepas ini akan ada ramai penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis yang tidak mempunyai nombor keahlian anggota polis yang sah. Polis akan dipermainkan dengan sesuka hati dan kepercayaan orang ramai kepada polis akan terhakis. Polis juga tidak boleh bersikap keras terhadap rakyat sebaliknya perlu menjaga keamanan dan bukannya pencetus huru-hara. seperti dalam video di bawah, polis tidak menunjukkan sikap profesional sebaliknya marah kepada orang dipersekitaran. Apa masalah yang menyebabkan mereka melenting? Tindakan polis yang merampas pasportnya juga dipertikai. Mengapa perlu dirampas pasportnya? Supaya beliau ikut pergi balai? Tetapi perjuangan pakcik ini perlu kita contohi kerana beliau mempunyai prinsip mempertahankan pasportnya yang diambil oleh polis tanpa sebab. Cuba kita perhalusi apa yang diperkatan oleh orang tua dalam video tersebut. Beliau meminta polis jelaskan apa kesalahannya namun polis tersebut gagal menjelaskan sebaliknya cuba bawa beliau ke balai. Bila pakcik tu tanya, "Saya ikut arahan saja". Sudah tidak ada ayat lain untuk melepaskan diri. Harap polis profesional dengan rakyat. |
Gambar: Engkau Rugi Sebab Tutup, Kedai Ini Untung Besar Posted: 11 Jul 2011 05:00 AM PDT Janganlah berfikiran sempit dengan momokan Berita Harian, Utusan dan sebagainya bahawa peniaga rugi besar. Tidak masuk akal peniaga boleh rugi pada hari paling ramai manusia masuk ke pusat bandar. Hanya menteri yang pendek akal tunggu untuk disingkirkan akan berkata demikian. Nanti Ban Jir tunjukkan gambar orang berniaga dapat untung besar ketika perhimpunan BERSIH. Perhimpunan haram di beberapa kawasan di pusat bandar raya kelmarin menyebabkan kehilangan pendapatan dan kerugian lebih RM100 juta kepada ratusan peniaga dan usahawan sektor perniagaan dan perkhidmatan. Mereka termasuk peniaga perindustrian kecil sederhana (PKS), hotel, pasar raya, pengusaha restoran, pengusaha teksi dan peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan RM1,000 hingga RM5,000. Sebanyak 5,000 peniaga yang bernaung di bawah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mencatatkan kehilangan pendapatan hampir RM100 juta, industri hotel (RM6 juta),pengusaha dan pemandu teksi (RM3.1 juta), penjaja dan peniaga kecil (RM2 juta), Mydin Whole Sale Emporium (RM1.1 juta) melalui empat cawangan di Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Chow Kit; pengusaha restoran Muslim RM320,000), UO Superstore Sdn Bhd (RM400,000) dan peniaga kecil di Kompleks Pertama (RM150,000). - Berita Harian Kenapa kedai serbaneka di atas untung besar pada hari tersebut sebaliknya yang lain rugi? Ban Jir nak bagi tau kepada pembaca, kerugian kedai yang disenaraikan oleh Berita Harian di atas disebabkan sikap pihak polis yang memaksa peniaga menutup kedai. Itulah punca utama jika rugi sekalipun. Ban Jir juga berada ditempat kejadian. Pihak polis menjerit suruh tutup kedai dan bukannya peniaga yang mahu tutup kedai. Tapi yang peliknya kedai serbaneka yang paling banyak dapat untung. Inilah sikap orang yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi mereka sendiri yang ciptakannya. Peniaga di atas berasa seronok kerana jualan mereka laris. Kenapa akhbar pro-UMNO tidak menemuramah kedai serbaneka yang mendapat keuntungan? Sedangkan kedai tersebut adalah sebuah kedai yang di bawa masuk dari luar Malaysia dan boleh hidup untuk berniaga sebaliknya kedai-kedai tempatan rugi. Pelik sekali. Pandangan Ban Jir sebab rugi kemungkinan kedai tersebut menyediakan juadah makanan yang kurang sedap. Stok barangan tidak ada dalam kedai menyebabkan kerugian yang besar. Pusingan modal mereka tidak betul pada 9 Julai. Mungkin dapat duit upahan dari UMNO. Banjir tidak percaya. Semua karut. Lagi satu pasal hotel, apa kejadahnya polis pergi geledah hotel-hotel jika hotel yang di pusat bandar itu mengalami kerugian? Sedangkan tempahan hotel di pusat bandar itu sudah penuh ditempah kecuali di masjid-masjid yang turut dihalau oleh pihak polis. Hotel rugi sebab ramai yang menginap? Ini kenyataan gila seorang menteri. Peniaga hotel merasai keuntungan yang besar kerana semua bilik telah ditempah seminggu awal. Mungkin kerugian yang dimaksudkan itu adalah bilik rumah urut bagi pemimpin BN. Kalau rugi, itu bukan masalah rakyat kerana rakyat mahu menginap dan bukannya mahu layan di bilik rumah urut. Teruskan menipu bagi menteri. Lagi kuat menipu, lagi ramai yang akan buat Najib tumbang dan UMNO/BN. Jika Najib kata "silent majority" telah bangkit, maka terbukti bangkit menentang Najib pada sabtu lepas. Renungkanlah sebelum UMNO/BN melabuhkan tirai politik Malaysia. |
Hishamuddin Melenting Najib Gelak Bodoh Posted: 11 Jul 2011 12:15 AM PDT Hishamuddin memberi amaran kepada media supaya jangan memaparkan visual polis ganas. Beliau menafikan polis telah bertindak ganas kepada pendemostran BERSIH. Sesiapa yang memberi maklumat tidak berasas akan didakwa terutama media yang membuat liputan. Nampaknya Hishamuddin semakin tercekik dengan pelbagai ugutan demi ugutan dan kali ini kepada pihak media pula. Kenapa melenting kalau pihak polis tidak ganas dan mengapa pula ada video yang memaparkan polis bertindak ganas? Adakah video polis menerajang pendemostran itu adalah terlalu lembut dan tidak ganas? Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas. Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan - Hishamuddin. Tetapi video di bawah ini menunjukkan kebodohan seorang perdana menteri ketika bercakap di depan media. Cara Najib bercakap seolah-olah dalam keadaan takut dengan kehadiran begitu ramai pendemostran walhal sekatan jalan raya yang menggila telah diadakan seminggu lebih awal. |
Bapak Anjing Ini Gelak Tengok Anak Anjing Belasah Pendemostran BERSIH Posted: 10 Jul 2011 10:15 PM PDT Gelagat polis yang seronok melihat anak-anak buahnya membelasah salah seorang yang terlibat dalam demonstrasi BERSIH baru-baru ini membuktikan tiada apa makna bagi polis. Mereka akan kata "kami ikut arahan orang atas" dan "kami menjalankan tugas". Inilah ayat-ayat yang selalu digunakan oleh anjing UMNO/BN untuk meyekat kemaraan rakyat. Pihak polis membelasah lelaki yang tangan terikat dengan memegang bendera Malaysia seolah-olah nilai bendera Malaysia hanya terletak di kaki polis. Cuba perhatikan video di bawah dengan teliti gelagat sikap anggota polis yang tidak bertamadun ini. Polis lebih ganas dari pengganas. Paling menyakitkan ialah, tindakan anggota polis datang beramai-ramai menyepak lelaki yang tidak berlawan itu. Mereka hanya berani bertindak demikian kepada yang lemah tetapi bacul untuk bertindak kepada gangster-gangster di sekitar pusat bandar. Bagaikan seekor anjing yang menuruti perintah tuannya. Sekarang keganasan polis telah ditunjukkan ke dunia luar betapa ganasnya polis Malaysia melayan peserta demonstrasi seperti binatang. Tindakan ganas itu lebih ganas dari binatang dan jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jika mahu melihat jin, lihatlah sikap polis seperti video di atas. Hari ini mereka terajang, tendang dan belasah orang awam. Suatu hari nanti mereka akan lumpuh dan terkena stroke seperti ketua polis yang terdahulu kerana belasah orang awam. Kita tidak perlulah cerita siapa anggota polis yang kena stroke dan berkerusi roda. Kebanyakan polis akan menerima musibah dari penciptaNya kerana berlaku zalim. Jangan sampai ada anggota polis yang menyepak dan terajang ini lumpuh akibat kezaliman mereka kerana mendapat balasan dari ALLAH. Sesungguhnya orang yang dizalimi akan dimakbulkan doanya. |
Memo BERSIH Tidak Diserah Pada Agong? Posted: 10 Jul 2011 06:06 PM PDT Nampaknya pihak polis telah berkuasa dalam Malaysia dan menafikan hak rakyat. Sikap angkuh dan bongkak polis juga dapat kita saksikan dalam video di bawah ini. Mereka seperti bodoh dalam undang-undang. Jawapan mereka yang bodoh setiap kali kita dengar ialah "kami menjalankan tugas". Itulah yang selalu digunakan oleh polis. Telunjuk siapakah yang menjadi ikutan polis ini. Adakah polis dijadikan sebagai anjing BN untuk menghalang pergerakan rakyat? stesen televisyen pro kerajaan pula sibuk menyebutkan bahawa Malaysia adalah negara demokrasi tetapi demokrasi yang bagaimana? Kebiadaban polis dalam video itu seolah-olah kuasa terletak ditangan mereka. Kuasa mereka adalah lebih tinggi daripada kuasa ketua negara. Mereka seolah-olah mengejar KPI untuk naik ke pangkat baru dengan tindakan mereka ini. Sekali imbas sama seperti polis Israel. Mungkin rakyat yang berhimpun menganggap bahawa memorandum itu telah diserah kepada Agong namun ketika menuju ke istana tiba-tiba polis keluar dari celahan-celahan untuk menahan dan menghalang wakil BERSIH untuk sampai dan mara ke istana negara. Adakah misi ini gagal? |
Sedut Gas Patah 4 Tulang Dada Dengan 3 Batang Gigi Posted: 10 Jul 2011 10:27 AM PDT Gambar hiasan Gila ke apa? Tidak pernah aku dengar manusia yang menyedut asap gas pemedih mata boleh menyebabkan patah 4 tulang dada dan 3 batang gigi. Jika disembur air sekalipun, tidak mungkin akan berlaku sebegitu ganas. Jika disembur dengan gas, takkan mangsa yang meninggal itu seorang sahaja yang meyedut gas sehingga patah segala anggota badan? Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah - Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik. Pada hari kejadian juga ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan