Ahad, 10 Julai 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video dan Foto BERSIH: Ganas dan Menggila

Posted: 09 Jul 2011 09:49 PM PDT



Walaupun perhimpunan BERSIH telah selesai melabuhkan tirainya petang semalam, masih ada lagi sekatan jalan raya berdekatan dengan tol keluar menghala ke ibu kota. Beberapa tinjauan sempat dibuat pada pagi tadi mendapati polis masih lagi menagadakan sekatan jalan raya.

Apakah motif sebenarnya polis mengadakan sekatan jalan raya selepas 9 Julai? Belum cukup KPI untuk buat tangkapan kepada rakyat? Sampai bila polis mahu dijadikan anjing belaan UMNO? Berkatkah dengan duit gaji untuk diberikan untuk anak dan bini dikala kamu membelasah rakyat yang membayar gaji kamu dengan cukai?


Sanggupkah melihat darah daging kamu dimamah oleh api neraka gara-gara memakan hasil dengan menganiaya rakyat yang tidak berdosa? Lepaskah kamu meniti titian Sirat nanti? Mahu bertaubat sampai umur bila? Tunggu tua? Silap-silap mati tengah buat sekatan jalan raya. Sempat bertaubatkah masa itu?

Sanggup tercegat ditepi jalan untuk memcari kesalahan. tetapi tidak pernah terfikir untuk melakukan ibadah supaya mendekati ilahi sebaliknya menempah azab yang sangat pedih di neraka hasil makan benda haram yang tidak diredhai rakyat. Ibarat anjing lapar tersepit akan menanti gigt tuannya bila kenyang.



Cuba anda saksikan video kekejaman polis ini. Mereka bertindak memijak kaki peserta sehingga patah. Tidak terbayangkah mereka jika sesuatu akan terkena ke atas diri mereka akibat kekejaman mereka ini. Mereka menendang rakyat yang membayar gaji mereka. Orang tua turut disepak oleh polis dibahagian muka dan seorang lelaki muda patah kaki akibat dipijak oleh polis.

Sekarang siapa yang lebih ganas dan kejam? Polis atau rakyat? Adakah polis menganggap gaji mereka dibayar oleh UMNO/BN sehingga menjadikan rakyat seperti penjenayah. Siapakah akan menjaga keamanan negara jika pihak polis bertindak demikian rupa ganas seperti askar Israel?

Tiada ulasan: