Senyum Tangis Sendu |
- Doktor Pakai Baju Hitam Pun Kena Tahan Polis. Gila ke Apa?
- Diperkosa Lelaki Hamil 7 Minggu
- Pegawai Bank Jadi Bomoh
- Baju BERSIH 2.0 Akan diguna 'SB' Untuk Sabotaj?
Doktor Pakai Baju Hitam Pun Kena Tahan Polis. Gila ke Apa? Posted: 02 Jul 2011 12:35 AM PDT Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam. "Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing. "Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan 'kerajaan tidak suruh pakai baju kuning' sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam," katanya. Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat. Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini. "Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak. "Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan," katanya. Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu. Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak. |
Diperkosa Lelaki Hamil 7 Minggu Posted: 01 Jul 2011 10:22 PM PDT AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu. Sebaik mengetahui anak gadisnya mengandung dipercayai dirogol, bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 26 Jun lalu. Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap anak gadisnya apabila guru sekolah mangsa menghubungi bapanya untuk bertanyakan punca mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari. "Mangsa mengaku teman lelakinya yang berusia 19 tahun, sering menjemputnya dari sekolah dan pusat tuisyen sebelum merogol mangsa di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Melawati. "Sebaik mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian, bapa mangsa kemudiannya mengambil keputusan membawa mangsa menjalani pemeriksaan ultra bunyi di sebuah klinik di Keramat," katanya. Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati. "Selepas kejadian kira-kira tiga tahun lalu, bapa mangsa menasihatkan suspek supaya tidak lagi berkawan dengan anaknya kerana bimbang perkara sama akan berulang," katanya. "Suspek yang degil tetap berkawan dengan mangsa sebelum bapa mangsa mengambil keputusan untuk menukar mangsa bersekolah di tempat lain dengan harapan suspek tidak lagi berkawan dengan mangsa," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. |
Posted: 01 Jul 2011 07:17 PM PDT CAPE TOWN – Seorang pegawai bank Britain, Thomas Heathfield (gambar) sanggup meletakkan jawatan untuk menjadi seorang bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam. Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut. Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan. Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara pada minggu ini. "Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini," kata Heathfield. Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut. Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya. Agensi |
Baju BERSIH 2.0 Akan diguna 'SB' Untuk Sabotaj? Posted: 01 Jul 2011 10:24 AM PDT Sumber dalaman mengatakan bahawa rampasan baju BERSIH yang menggila semenjak akhir-akhir ini adalah untuk tujuan menimbulkan provokasi pada 9 Julai nanti. Baju tersebut dirampas untuk seberapa banyak bagi memberi laluan untuk Patriot, PEKIDA, PERKASA, Pemuda UMNO, NGO dan "Special Branch" untuk menyelinap masuk ke dalam kumpulan BERSIH yang tulin. Kumpulan yang menyamar sebagai peserta BERSIH akan melakukan sabotaj yang akan mengundang provokasi untuk media UMNO/BN seperti Berita Harian, Utusan, TV3 dan yang berkaitan media pro-UMNO. Tujuan mereka adalah untuk dirakam oleh media mereka kerana untuk memburukkan imej BERSIH yang terlalu ganas. Ia akan dilaksanakan seperti sebuah lakonan yang hebat oleh puak-puak anti BERSIH. Golongan pemuda UMNO dan NGO akan melakukan provokasi kepada kaum lain dengan mensasarkan golongan bukan melayu untuk tujuan menghuru-harakan keadaan dan mereka berpura-bura akan berlakon di depan media mereka yang kononnya mereka dibelasah kerana mencetuskan provokasi sesama sendiri. Lebih-lebih lagi penyokong BERSIH yang bukan melayu. Tujuan lain adalah untuk menyerang Pakatan Rakyat secar habis-habisan serta memburukkan imej Pakatan Rakyat. Mereka akan membiarkan orng Cina kedepan dan menjadikan isu PAS dan PKR adalah pengkhianat bangsa dan agama dengan membiarkan orang bangsa lain bersikap kurang ajar dengan memijak kepala bangsa melayu. Itulah antara sumber maklumat dalaman yang akan menjadi peringatan kepada peserta BERSIH tulin untuk terlibat dalam perhimpunan itu nanti. Disebalik rampasan baju, rupanya ada senjata tajam yan akan menyelinap untuk huru-harakan keadaan serta menakut-nakutkan rakyat dengan sikap perkauman yang agak melampau. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan