RAKYAT MARHAEN |
- Tragedi ganas pemuda tahan lasak
- Surat Terbuka Untuk Kaum Cina dan India
- UMNO Kedah 'GORENG' Najib
- BN jangan anggap rakyat sekarang bodoh
- Teoh ‘bunuh diri’: Fakta atau fantasi?
- Himpunan 9 Julai, Ibrahim Ali kecewa..ha..ha..Perkasa yang di Perkosa....!!!!
- Why the BN fears indelible ink and automatic registration
- Najib takut rahsia Scorpene, Altantuya dan komisyen ketiga dibongkar
- Rangkaian kartunis antarabangsa bantah sekat Zunar
- BN could bear brunt of voter anger over rising costs
- Video Halal Dan Bersih : Kempen Terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA'
- Utusan Kata : Tonton, nilai video Bersih diambil polis..lagi halal dan bersih..yang lain semua palsu...!!!
- Pakatan keeps Bersih torch burning in Selangor
- Pakatan kekal pendirian tolak SPR guna biometrik
- Video : French lawyer Bourdon digs deeper into Scorpene deals
- Video Scorpene : Tindakan Penakut
- "Semuanya berlakon dan buat sendiri"
- Pasca Bersih : Salinan Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu
- Najib sehebat diktator negara luar
- MCA, Gerakan semakin bodoh bersama Umno
- Malaysia Bebas Undang-Undang Zalim Hanya Selepas BN Terkubur
- Perbetulkan cara kendali Bersih 2.0
- SPRM tubuh panel eksekutif transformasi susulan siasatan kes Teoh
- Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’
- Ini Rupanya Transformasi
Tragedi ganas pemuda tahan lasak Posted: 24 Jul 2011 08:24 PM PDT Oleh M Faqih "PAKCIK tumpang kawan orang kuat Umno, Nik Taib ketika keluar mengundi pada pilihan raya umum 1964. Orang kampung yang sokong PAS takut hendak datang mengundi. "Ketika itu tempat mengundi di Gual Periuk, lebih 10 km dari sini. Jalan masih berselut. Orang PAS yang keluar mengundi akan disekat pemuda tahan lasak. "Ada yang ditampar dan dirampas kad pengenalan. Ada juga rakan pakcik terpaksa keluar dengan meredah hutan takut bertemu pemuda tahan lasak," ujar Ismail Awang, 87 yang masih mengingati kezaliman pemuda tahan lasak.Read More / Baca Lagi >> | ||
Surat Terbuka Untuk Kaum Cina dan India Posted: 24 Jul 2011 08:24 PM PDT Oleh ramziredang "Salam BERSIH 709, dari jauh kami hulurkan salam kasih sayang kepada kaum cina dan india. Alangkah gembira dan syukurnya, 709 telah terpatri sejarah antara kita,melayu,cina dan india. Sejarah yang menyaksikan benteng perkauman yang dibina oleh perancangan jahat UMNO selama ini runtuh terlerai dimamah oleh asap gas pemedih mata. Semburan air kimia, rupanya mejadi hujan rahmat dalam memperlihatkan keikhlasan hati hati kami kepada kamu,kaum cina dan india. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 24 Jul 2011 08:23 PM PDT Oleh Mummy Rokiah "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan makan tengah hari bersama-sama rakyat Kedah sempena lawatan beliau ke negeri itu Khamis ini". Acara makan tengah hari masakan kampung dalam program kenduri itu dijadualkan di Padang Awam Guar Chempedak dan dijangka dihadiri 10,000 orang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan pada sebelah pagi ke Masjid Taman Wira Mergong dibina oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta. Read More / Baca Lagi >> | ||
BN jangan anggap rakyat sekarang bodoh Posted: 24 Jul 2011 08:22 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai: Umno BN diingatkan bahawa rakyat zaman ini tidak boleh diperbodohkan lagi dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir dan mendapat maklumat biarpun cuba disembunyikan Umno BN. "Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Teoh ‘bunuh diri’: Fakta atau fantasi? Posted: 24 Jul 2011 08:20 PM PDT Apakah sebab seorang anak muda yang mempunyai masa depan dan kareer politik yang cerah meragut nyawanya sendiri? Dan apakah sebab seorang anak muda yang mempunyai masa depan dan kareer politik yang cerah meragut nyawanya sendiri? RCI menyediakan jawapannya dalam (perenggan 232 Laporan RCI) hasil siasatannya, yang merujuk kepada peringkat akhir beliau disoalsiasat bertubi-tubi sepanjang malam hingga ke dini hari di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam pada 15 Julai 2009. Read More / Baca Lagi >> | ||
Himpunan 9 Julai, Ibrahim Ali kecewa..ha..ha..Perkasa yang di Perkosa....!!!! Posted: 24 Jul 2011 08:18 PM PDT "Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya," katanya "Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir. "Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa. "Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya," katanya katanya dalam majlis penutup Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2010 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam. | ||
Why the BN fears indelible ink and automatic registration Posted: 24 Jul 2011 08:16 PM PDT Back in 2008, the use of indelible ink was mooted and shelved at the eleventh hour. This shocked election observers and when questioned as to why the ink was not used, even-though a batch was bought from India, the Election Comission along with the Barisan Nasional government said in unison that it violated the citizens right to cast vote. It is a rather mystifying reason, yet even-though the ink was not used in the 2008 election, it did not deter the public's move to grant great gains to the opposition. If you take into account popular vote and not seat count, Pakatan Rakyat was almost dead even with Barisan Nasional. And now with the 13th General Election looming - in the very near future - the issue of transparency in the voting process has surfaced again. The main contention for all is the existence of phantom voters. Voters who are registered in multiple places and even dead voters who resurrect just in time to cast their votes and then return to sleep for another five years. | ||
Najib takut rahsia Scorpene, Altantuya dan komisyen ketiga dibongkar Posted: 24 Jul 2011 08:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon takut rahsia rasuah Scorpene sebanyak RM540 juta terbongkar dan kaitannya dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu. Ini termasuk pendedahan mengenai satu lagi komisyen ketiga membabitkan pegawai kerajaan peringkat tertinggi di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam berkenaan pada 2002. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rangkaian kartunis antarabangsa bantah sekat Zunar Posted: 24 Jul 2011 08:13 PM PDT WASHINGTON, 25 Julai: Tindakan kerajaan Malaysia termasuk mahkamah menyekat penyebaran kartun Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque mendapat bantahan dari peringkat antarabangsa apabila Cartoonists Rights Network International (CRNI) menggesa kebebasan bersuara dihormati. "Manakala karya-karya Zunar begitu mempengaruhi pemikiran publik, tidak ada bukti bahawa ia boleh dan akan menggangu ketenteraman awam," tegas Dr Robert Russell, Pengarah CRNI. Dengan penghakiman mahkamah baru-baru ini, kata Russel, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan Malaysia. Menurut Russell, pihaknya telah meneliti dan menyemak kandungan kedua-dua buku yang diharamkan itu, "Perak Darul Kartun" serta "1 Funny Malaysia" dan mendapati semua kartun-kartun dalam buku ini menepati standard antarabangsa untuk kartun editorial. Read More / Baca Lagi >> | ||
BN could bear brunt of voter anger over rising costs Posted: 24 Jul 2011 07:24 PM PDT | ||
Video Halal Dan Bersih : Kempen Terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA' Posted: 24 Jul 2011 07:17 PM PDT Tindakan pihak polis menayangkan video bersih 2.0 versi yang telah diedit sehingga lunyai untuk memaparkan 'kebaikan' polis sahaja adalah satu tindakan yang menunjukkan kebodohan terlampau polis dalam 'peperangan' di zaman siber masakini. Inilah akibatnya kalau polis hanya mengikut skrip lakonan yang disediakan oleh kerajaan umPORNO/BeEND yang hanya sesuai digunakan pada era zaman menentang komunis pada tahun 50 an dulu. Kenapa kejadian sebenar yang berlaku dalam avenue K tidak ditunjukkan langsung oleh pihak polis.Polis hanya menunjukkan keadaan di pintu masuk avenue K sahaja pada hari kejadian,kerana jika rakaman itu diambil dari semua kamera CCTV yang terdapat disitu ianya akan menunjukkan keadaan sebaliknya.Sedangkan banyak lagi kamera CCTV yang terdapat di dalam bangunan tersebut. Video insiden yang menimpa Mat Sabu juga tidak ditunjukkan dengan jelas.Hanya kenderaan pajero polis sahaja yang kelihatan disana dan menutup pandangan sebenar.Sedangkan pegerakan sebenar kereta proton waja polis tidak kelihatan dengan jelas dan terlindung. Polis juga membuat kenyataan akan membuat lakonan semula BERSIH 2, di bukit Jugra, Banting. Tentulah lakonan tersebut dipenuhi dengan adegan-adegan layanan lembah lembut dan berbudi bahasa oleh pihak polis terhadap peserta-peserta bersih. Idea video dan lakonan semula ini hanyalah kerja sia-sia dan bodoh kerana bukti sebenar iaitu beratus-ratus video dan gambar sebenar di tempat kejadian telah pun tersebar di internet sejak daripada hari kejadian himpunan bersih 2.0 itu berlaku. Semua warga dunia yang cerdik minda telah mentertawakan kebodohan polis malaysia selepas melihat kualiti kandungan video bersih versi polis tersebut.Nampaknya pihak polis telah menyemarakkan kempen terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA' -MAFIABOSS Saksikan Video Bersih Versi Polis Yang Ntah Ape-Ape.. (VIDEO TERBITAN PDRM LAGI HALAL DAN BERSIH) (VIDEO TERBITAN PDRM LAGI HALAL DAN BERSIH) Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 24 Jul 2011 07:08 PM PDT
KUALA LUMPUR 24 Julai – Orang ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu bagi menilai sendiri kebenaran yang berlaku pada hari tersebut. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakaman video itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada PDRM oleh pihak penganjur perhimpunan haram tersebut. Katanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mula menyiarkan rakaman video berkenaan malam semalam dan akan terus menyiarkannya supaya masyarakat umum mengetahui perkara sebenar. ( Video Ini Lakonan Semula Dan Palsu kot....) "Bagi kami yang telah menontonnya, kami mempunyai pandangan bahawa bukan polis yang memulakan kekasaran tetapi pihak penganjur yang cuba mengaburi pandangan umum dengan video-video yang ditokok tambah dan kami mahu rakyat pula menontonnya serta mengetahui apakah pula pandangan mereka. "Kami yakin penyiaran rakaman video ini di stesen-stesen televisyen akan mendedahkan pembohongan pihak penganjur dan memaksa mereka mengakui kebenarannya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perlawanan badminton antara pasukan pilihannya dan juga pasukan pilihan RTM di sini hari ini. Pada 21 Julai lalu, polis mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih selama 1 jam 30 minit kepada media dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu bahawa PDRM telah menyerahkan rakaman video perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu kepada RTM dan juga TV3 tetapi tidak pasti bilakah kedua-dua stesen tersebut akan menyiarkannya. Menurut Rais, pihaknya tidak keberatan untuk mengedarkan rakaman video berkenaan kepada stesen televisyen lain sekiranya dibenarkan oleh PDRM. Beliau memberitahu, pihaknya sedar penyebaran video berkenaan akan membantu mencari kebenaran serta kesahihan dakwaan pihak penganjur sebelum ini bahawa mereka dikasari. "Sekiranya PDRM bersetuju dan meminta kami berbuat demikian, maka kami akan melakukannya. Kami tidak keberatan untuk mengedarkannya kerana yakin inilah kenyataan yang harus disampaikan kepada umum," jelasnya. - Utusan Meloya. Berkaitan Kes Mat Sabu : - ( VIDEO SAHIH LAGI HALAL KELUARAN POLIS) (Kenyataan Mat Sabu kepada Suhakam sebelum video polis dikeluarkan - kenyataaan Palsu Kat Suhakam kot) Salinan laporan polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 13/7/2011( untuk besarkan klik pada imej) - laporan polis ni juga palsu kot...... Petikan dari laporan polis yang dibuat dengan jelas menyebut Mat Sabu dilanggar oleh Proton Waja bukannya Pajero ( Untuk besarkan klik pada imej) | ||
Pakatan keeps Bersih torch burning in Selangor Posted: 24 Jul 2011 06:47 PM PDT | ||
Pakatan kekal pendirian tolak SPR guna biometrik Posted: 24 Jul 2011 06:44 PM PDT "Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi. Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya. | ||
Video : French lawyer Bourdon digs deeper into Scorpene deals Posted: 24 Jul 2011 06:43 PM PDT | ||
Video Scorpene : Tindakan Penakut Posted: 24 Jul 2011 06:42 PM PDT | ||
"Semuanya berlakon dan buat sendiri" Posted: 24 Jul 2011 07:58 AM PDT Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati... Semalam di TV3 suku Najimah dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati... Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya... Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz.... Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...Sharpshooter juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ketika kes fairus mantan tkm 1 Pulau Pinang....tak ada pula rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno.. Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan... Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati... Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco... Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta najimah lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya najimah langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut najimah dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya kepada najimah.. Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa... | ||
Pasca Bersih : Salinan Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu Posted: 24 Jul 2011 07:55 AM PDT APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis. Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis. Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor). | ||
Najib sehebat diktator negara luar Posted: 24 Jul 2011 06:06 AM PDT WarkahDaily – Kebebasan dan hak asasi manusia sedikit demi sedikit terpadam di bumi Malaysia semenjak Datuk Seri Najib Razak (gambar kanan) mengambil alih pemerintahan negara ini. Walaupun sebelum ini negara begitu dingin dengan kebebasan bersuara, namun kini makin parah di bawah Najib. Serba-serbi tidak bebas di Malaysia. Hak rakyat dinafikan jika tidak bersama dengan Umno-BN. Bagi pemimpin Umno-BN, rakyat Malaysia hanyalah yang menyokong Umno-BN sahaja. Yang lain dilayan seperti komunis di hutan seperti kata seorang professor yang dulunya mesra Umno. Setiap penjuru dan ceruk dikawal kerajaan Umno-BN. Media, bahan penerbitan, risalah, ceramah, hak berhimpun secara aman dan hak bersuara, semuanya dinafikan oleh kerajaan jumud Umno-BN. Read More / Baca Lagi >> | ||
MCA, Gerakan semakin bodoh bersama Umno Posted: 24 Jul 2011 06:03 AM PDT WarkahDaily – Semuanya kerana Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah pun digubalkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dan kini cuba dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan. Tapi Umno yang selama ini anti dengan Islam dan apa jenis enakmen yang cuba mendidik umat Islam ke arah kebaikan cuba menjerat diri sendiri apabila sekutu mereka iaitu MCA dan Gerakan yang sudah tentu ketika 14 tahun lalu telah menyokong enakmen berkenaan kerana ianya memang diluluskan ketika tahun 1997. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysia Bebas Undang-Undang Zalim Hanya Selepas BN Terkubur Posted: 24 Jul 2011 06:01 AM PDT IPOH 24 JULAI: Isteri kepada salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr D Jeyakumar,R Mohana Rani menyifatkan hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan. "Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional,"kata beliau dalam satu ceramah di Ipoh. Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah". Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perbetulkan cara kendali Bersih 2.0 Posted: 24 Jul 2011 05:59 AM PDT KOTA BHARU, 24 Julai: Kerajaan BN diperingatkan, cara mereka mengendalikan isu Bersih 2.0 dengan terus mengejar para pimpinan Pakatan dan aktivis tidak betul. "Bahkan mereka mesti berlapang dada dengan mengkaji segala tuntutan dan perjuangan Bersih," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataannya. Beliau mengulas tindakan kerajaan BN melalui polis yang terus menerus mengejar pemimpin Pakatan dengan cara mengeluarkan waran tangkap dan sebagainya. Tindakan begini akan menyebabkan momentum rakyat akan terus meningkat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Dalam kenyataannya, Pemuda PAWS Negeri Kelantan merasakan belum terlambat untuk mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas sokongan anak muda terhadap tuntutan Bersih. Semua lapisan anak muda tanpa mengira bangsa dan agama nampaknya terlalu prihatin dengan transformasi yang diperlukan bagi memastikan pilihanraya berlangsung dengan adil, telus dan bersih. Read More / Baca Lagi >> | ||
SPRM tubuh panel eksekutif transformasi susulan siasatan kes Teoh Posted: 24 Jul 2011 03:00 AM PDT PUTRAJAYA, 24 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malausia (SPRM) menubuhkan satu Jawatankuasa Eksekutif Transformasi susulan syor dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock yang diumumkan Khamis lalu. Read More / Baca Lagi >>Jawatankuasa itu, menurut SPRM, satu langkah proaktif akan bertanggungjawab dengan segera dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi struktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan, memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik serta memperhalusi usaha-usaha yang sedia ada bagi mengesan sebarang kelemahan serta mengambil tindakan pemulihan segera bagi memacu ke arah peningkatan tahap kualiti operasi pihaknya. | ||
Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’ Posted: 24 Jul 2011 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul. Read More / Baca Lagi >>Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian. Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. | ||
Posted: 24 Jul 2011 02:51 AM PDT Oleh Ahmad Zawawi Dewasa ini Parti (BN) yang memerintah bersungguh-sungguh benar mahu melakukan Transformasi didalam pentadbirannya. Orang biasa macam saya merasa kecut perut setiap kali perkataan itu disebut pimpinan negara. Saya percaya ini merupakan satu perkara besar jika tidak masakan ianya disebut oleh orang-orang besar. Tanpa berlengah saya mencapai Kamus Dwibahasa lalu terjumpalah perkataan keramat " Transformation " sebelum ia dialih bahasa sebagai transformasi. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan