RAKYAT MARHAEN |
- Pesanan kepada PDRM: Antara Alat dan Diperalatkan
- Mohamad Sabu arah peguam saman Bukit Aman
- Tengok nii...Iklan Yang Baik Tak Pernah Lagi Ada Dalam Dunia..
- Macam mana Yossi Benayoun boleh terlepas masuk ke negara kita..
- Demokrasi ala-Malaysia mesti di Bersihkan
- Pemuda PAS kempen di padang bola
- Turning Najib and Hisham into international clowns
- Scorpenes: M'sians will get "truth and justice", promised French lawyers
- Mystery of the ‘missing’ loan
- Mat Sabu : Apologise or I will sue
- Video - PSM 6 Candlelight vigil: Auntie Bersih to the support
- Firma media ‘diam-diam’ protes Putrajaya bentuk Majlis Perundingan Media
- Pasca Bersih: 3 pelajar dihalau dari asrama
- Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'..Apa Citer Ni...Polis jadi Doktor.....Doktor Jadi Polis..!!!
- Pasca Bersih : Demokrasi dunia perlu sokong hak rakyat Malaysia
- Post Bersih : Hansel and Gretel 2.0
- Video : Versi Polis Vs Versi Rakyat....LU PIKIR SENDIRI MAA...!!!
- Video - Fahaman Komunis : PSM Timbang Tindakan Undang Undang
- Video - Kes Sarbani Isteri Mahu Polis Siasat Dakwaan Raja Petra
- Video : Cops may take action over Mat Sabu's 'false claim'
- Video : Cops screen videos to prove their 'hospitality'
- Pasca Bersih : Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat
- Mat Sabu: 'Tunggu kita saman di mahkamah'
- Pasca Bersih : Polis masih pertahan Baharuddin mati kerana sakit jantung
- Sahor Hamid Dan Polis Dua Kali Lima Saja
Pesanan kepada PDRM: Antara Alat dan Diperalatkan Posted: 21 Jul 2011 09:01 PM PDT Adalah paling bahaya bilamana institusi penguatkuasaan dalam negara hilang integriti dan krediabialiti. Terbaru adalah pendedahan PDRM terhadap Himpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan 'kekejaman' pendemo tanpa senjata, niat Tuntut 8 Perkara telah dengan sengaja disalah ertikan sebagai 'tujuan menggulingkan kerajaan yang ada. Bagi sesetengah orang yang rasional, desakan rakyat tidak 'meluap-luap' sebegini jika kerajaan atau pihak berkuasa yang ada jujur, amanah dan bertanggungjawab. Paling tidak kerajaan rakyat takut dengan rakyat. Sebaliknya kerajaan yang ada meremehkan rakyat. Walaupun sudah dianalisa, disokong dengan pandangan para cendakiawan, ahli politik, kerajaan tetap berdegil dan akur dengan pandangan-pandangan bersifat untuk kebaikan bersama. |
Mohamad Sabu arah peguam saman Bukit Aman Posted: 21 Jul 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam Mohamed Hanipa Maidin telah menerima arahan dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis ekoran dakwaan beliau (Mohamad) menipu. Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu. Semalam Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. Read More / Baca Lagi >> |
Tengok nii...Iklan Yang Baik Tak Pernah Lagi Ada Dalam Dunia.. Posted: 21 Jul 2011 08:50 PM PDT |
Macam mana Yossi Benayoun boleh terlepas masuk ke negara kita.. Posted: 21 Jul 2011 08:46 PM PDT English Premier League Chelsea player Yossi Benayoun (R) tries to block Malaysia's Mohd Fandi Othman (C) during a friendly football match at The Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur on July 21, 2011, part of the Chelsea Asia Tour 2011. Mamat Yahudi Boleh Masuk Ke Malaysiamacam mana Yossi Benayoun (pemain Chelsea) boleh terlepas masuk ke negara kita sedangkan Malaysia & Israel tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik!!!!!!Sape yg harus dipersalahkan???Pro Events, FAM @ Kerajaan Malaysia????atas alasan apakah MaMat Yahudi ni boleh masuk ke Malaysia…..semangat "kesukanan"???bagaimana pula kalo ade yahudi lain yang ingin masuk ke Malaysia atas alasan 'pendidikan' @ 'bantuan kemanusiaan'????APA PANDANGAN ANDA?????Kaki Bola Read More / Baca Lagi >> |
Demokrasi ala-Malaysia mesti di Bersihkan Posted: 21 Jul 2011 08:43 PM PDT Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad "Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," Begitulah luahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS kepada wartawan yang menemui beliau semasa menziarahi keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 akibat sesak nafas terhidu gas dan semburan serta dikejar oleh FRU. Inilah realiti demokrasi tempang di negara kita. Kita bertarung secara demokrasi ala-Malaysia ibarat di lempar kegelangang pertarungan demokrasi dengan kaki dan tangan diikat serta mulut disumbat, lalu diajak bersaing dengan Umno/BN yang bebas sebebasnya. Lebih parah lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya menjadi pengadil pertarungan telah bertindak secara tidak adil dan berat sebelah. Read More / Baca Lagi >> |
Pemuda PAS kempen di padang bola Posted: 21 Jul 2011 08:38 PM PDT Bola sepak dan sukan sentiasa menjadi salah satu medan permainan simbol politik, mempertemukan kumpulan dan negara yang datang bersama sentimen masing-masing. Read More / Baca Lagi >>Di kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang, sentimen yang dapat dilahirkan melalui aktiviti sukan menjadi satu bahagian kempen yang ingin dimanfaatkan. Politik Malaysia kini menyaksikan bola sepak semakin menampakkan sisi politiknya, dengan penglibatan aktif Pemuda PAS melalui pelbagai program dan kenyataan. |
Turning Najib and Hisham into international clowns Posted: 21 Jul 2011 08:37 PM PDT DAP's Lim Kit Siang recently poked fun at the Najib administration for blotting out large segments of The Economist's article entitled Taken to the Cleaners, which covered the July 9 Bersih 2.0 rally. Not only was it an act to be condemned as threatening to democracy, but it was also an exercise in futility because the article - completely uncensored and as its editors wanted - was fully and easily available online! "It takes quite a special genius to turn both the Home Minister Hishammuddin Hussein and the Prime Minister Najib Razak into instant home and international jokes with one stroke of the pen!" Lim said, before blaming overzealous and outdated home ministry officials in the publications control and quranic text division for compromising the dignity of the country's top leadership. |
Scorpenes: M'sians will get "truth and justice", promised French lawyers Posted: 21 Jul 2011 08:35 PM PDT Finally, the much-awaited briefings by the French lawyers hired by Suaram for its kickbacks complaint on the Scorpene submarines purchase began. Read More / Baca Lagi >>Not only did a packed dinner crowd greet William Bourdon and other guest speakers with great enthusiasm, they raised a roaring cheer when he promised that Malaysians would obtain "truth and justice". "Despite many obstacles and although such proceedings are complex and difficult, the truth shall emerge in France and we will expose the corruption related to the submarine deal," William told a 600-strong audience in Penang on Thursday night. He then announced that an investigative judge would be appointed in September, and this a major coup as there is a difference in the French legal system. An investigative judge has greater powers to expand the scope of the probe and to order the relevant parties to open their books. |
Posted: 21 Jul 2011 08:34 PM PDT Najib announced it in the last budget and is now gearing up for his new budget. But the loan for Indian plantation workers has yet to materialise. KUALA LUMPUR: The government's move to set up a special revolving fund for residents of Chinese new villages nationwide has been lauded. But a consumer group is wondering what happened to a loan scheme announced in the last budget for Indian plantation workers.What more when the 2012 Budget will be unveiled by Prime Minister Najib Tun Razak in October. Malaysian Consumer Advisory Association (MCAA) president M Varatharajoo said he received a letter dated June 21 from Bank Simpanan Nasional (BSN) – which was appointed to handle the scheme – stating that the money had not come in. |
Mat Sabu : Apologise or I will sue Posted: 21 Jul 2011 08:30 PM PDT The PAS deputy president says he will file a suit against the police for saying that he lied that a police vehicle rammed into him. The police say he fell when his motocycle hit a divider. KUALA LUMPUR: PAS deputy president Mohamad Sabu has demanded an apology from the police for claiming that he lied about being hit by a police vehicle during the July 9 Bersih 2.0 rally."If they continue with this lie, I will not hesitate to take legal action. I have spoken to my lawyer and he has advised me to do so," he said. Mohamad said he wanted the police to retract and apologise their false accusation against him. "Otherwise, I will see those who lie and perhaps any other individuals who repeat that lie, in court," he said. Mohamad said that a police report he lodged earlier this week at the Dang Wangi district police headquarters was the true account of what happened. Read More / Baca Lagi >> |
Video - PSM 6 Candlelight vigil: Auntie Bersih to the support Posted: 21 Jul 2011 08:26 PM PDT |
Firma media ‘diam-diam’ protes Putrajaya bentuk Majlis Perundingan Media Posted: 21 Jul 2011 08:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai — Beberapa ketua organisasi media dijangka membantah cadangan Putrajaya yang mahu membentuk Majlis Perundingan Media (MCC) dengan tidak mempedulikan satu pertemuan bagi membincangkan terma rujukannya minggu depan. Read More / Baca Lagi >>Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menghantar surat kepada pelbagai organisasi, menjemput mereka hadir mesyuarat pertama di bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin ini. Bagaimanapun satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa daripada mereka sendiri menghadiri pertemuan itu, beberapa ketua media telah bersetuju untuk memperlihatkan protes dengan menghantar editor-editor junior sebagai wakil. |
Pasca Bersih: 3 pelajar dihalau dari asrama Posted: 21 Jul 2011 08:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai: Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki menyatakan kekesalan terhadap tindakan warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah (Arma), Kaherah yang menghalau 3 orang mahasiswa kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Tindakan itu sangat memalukan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), kerana ia dianggap sebagai tindakan yang tidak profesional, lapor laman web Media Mesir. Pada 19 Julai lalu, salah seorang daripada mangsa telah menceritakan kronologi pembuangan mereka daripada asrama tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Jul 2011 08:07 PM PDT Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa. Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa. Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis. "Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR. "Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula," katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Bersih : Demokrasi dunia perlu sokong hak rakyat Malaysia Posted: 21 Jul 2011 08:05 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini, bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha digerakkan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas. Read More / Baca Lagi >>Dalam tulisan terbaru mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, Malott berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya. "Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu," kata Malott (gambar) dalam tulisan terbaru dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center. Sehubungan itu kata Malott, negara-negara demokrasi dunia "perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia." |
Post Bersih : Hansel and Gretel 2.0 Posted: 21 Jul 2011 08:02 PM PDT Suhaimy Kamaruddin JULY 22 — Once upon a time, there was a poor woodcutter who lived in a cottage at the edge of a big forest with his two children: a boy named Hansel and a girl called Gretel. He loved them very much, although God knows why he couldn't have given the kids better names.[1] Sadly, their mother, Chlotichilda,[2] died when they were very young. She accidentally stabbed herself in the neck with a bouquet of freshly sharpened pencils while getting ready to go to the farm one morning. It was not a pretty sight. The woodcutter later remarried the daughter of a local butcher who was not only ugly, but also absolutely loathed the children. She nagged incessantly that they ate too much, that there was not enough food for anyone else. Times were hard and the economy was suffering from a recession not seen since The Great Depression. Recovery had been tepid at best, and everyone was struggling to put food on the table. "There are too many mouths to feed! We shall starve if this goes on, so we must get rid of the two brats," she declared one night. "We must take them into the forest and leave them there — far enough so that they won't find their way back." Read More / Baca Lagi >> |
Video : Versi Polis Vs Versi Rakyat....LU PIKIR SENDIRI MAA...!!! Posted: 21 Jul 2011 09:44 AM PDT DIKELUARKAN PADA 21-7-2011 (VIDEO VERSI POLIS...AMAT BAIK DAN DIPUJI......ASLI DAN HALAL) DIKELUARKAN PADA 10-7-2011 - by ahfusim (VIDEO VERSI RAKYAT...IA PALSU DAN HARAM) DIKELUARKAN PADA 11-7-2011 - by Yenkerhack (VIDEO VERSI RAKYAT...NI LAGI TAK BETUL...VIDEO FIKSYEN DAN KHAYALAN) SENDIRI MAU INGAT AH......... |
Video - Fahaman Komunis : PSM Timbang Tindakan Undang Undang Posted: 21 Jul 2011 09:28 AM PDT |
Video - Kes Sarbani Isteri Mahu Polis Siasat Dakwaan Raja Petra Posted: 21 Jul 2011 09:27 AM PDT |
Video : Cops may take action over Mat Sabu's 'false claim' Posted: 21 Jul 2011 09:24 AM PDT |
Video : Cops screen videos to prove their 'hospitality' Posted: 21 Jul 2011 09:22 AM PDT |
Pasca Bersih : Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat Posted: 21 Jul 2011 07:33 AM PDT SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu. Read More / Baca Lagi >>Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran. |
Mat Sabu: 'Tunggu kita saman di mahkamah' Posted: 21 Jul 2011 07:25 AM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu. "Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini. Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin". Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Bersih : Polis masih pertahan Baharuddin mati kerana sakit jantung Posted: 21 Jul 2011 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menegaskan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 tiada kaitan dengan gas pemedih mata atau meriam air seperti mana yang didakwa. Read More / Baca Lagi >>Pengarah Jabatan. Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, lokasi di mana Baharuddin berada iaitu di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) langsung tidak ditembak dengan gas pemedih mata. Sebaliknya jelas beliau, kematian ahli PAS itu disebabkan serangan jantung. |
Sahor Hamid Dan Polis Dua Kali Lima Saja Posted: 21 Jul 2011 06:56 AM PDT Naib Ceselor UiTM Sahol Hamid Abu Bakar dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) lebih kurang saja, dua kali lima. Barang kali begitulah jadinya kalau perlantikan Sahol Hamid sebagai Naib Censelor dibuat atas pengaruh politik dan bukan kerana kecemerlangan beliau dalam akademik dan tidak berdasarkan pengalaman pengurusan sebuah IPTA. Begitu jugalah jadinya pasukan keselamatan sepenting polis, kalau ia lebih menjaga soal politik dan bukannya keselamatan umum, pasukan itu dilihat sebagai abdi bukannya sebuah pasukan yang disanjung. Pasukan itu akan dipertiakiakn dan terus dipertikaikan sehingga kewibawaanya tidak akan disebut lagi. Apa yang keluar dari mulut Sahol Hamid menggambarkan akan kedangkalan dan kenaifannya sebagai seorang Naib Ceselor. Inilah kualiti Naib Censelor yang dipilih Kementerian Pengajian Tinggi yang mengguna pakai meret politik. Begitulah jadinya kalau soal setia kepada Umno dan kuat membodek diabil kira, bukannya kepada kecemerlangan seseorang dan kredibilitinya dalam dunia pendidikan. Hasilnya universiti yang diserahkan itu akan jatuh merudum dan akan diketawakan oleh dunia. Kenapa tidak sebab censelornya cerdik sedikit daripada pak pandir. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan