Isnin, 18 Julai 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sharpshooter diperintah bayar RM300k kepada anak Yatim.......

Posted: 18 Jul 2011 08:44 PM PDT

Berita Harian - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu. Read More / Baca Lagi >>

PAS malu Melaka restui operasi hiburan dilanjut

Posted: 18 Jul 2011 08:41 PM PDT

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidik berkata, kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin SidikMengulas langkah yang diambil kerajaan negeri Kedah, beliau berkata, sebaik-baiknya keputusan yang dilaksanakan kerajaan PAS Kedah dapat dicontohi negeri Melaka bagi memastikan pusat hiburan tidak dikunjungi orang Islam.

Beliau percaya kakitangan penguatkuasa 'tidak terkejar' untuk memantau semua pusat hiburan dalam satu-satu masa pada Ramadan khasnya.

"Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia.

"Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boeh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka..ha..ha....Presiden Pesaka..!!!!

Posted: 18 Jul 2011 08:36 PM PDT

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu.

NONEPresidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku..

Posted: 18 Jul 2011 08:33 PM PDT

SHAH ALAM 19 JULAI: Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.

Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Putrajaya perlu respons tuntutan Bersih, bukan terus ugut

Posted: 18 Jul 2011 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Kerajaan persekutuan perlu secara aktif melibatkan Bersih 2.0 dan memberi respons ke atas segala tuntutan pilihan raya tanpa terus mengeluarkan amaran kepada orang ramai tidak menyertai demonstrasi, kata Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar).
Justeru, pengerusi Bersih 2.0 hari ini mengajukan persoalan untuk mengetahui mengenai respons pentadbiran Najib ke atas tuntutan-tuntutan gabungan tersebut sambil menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi pada masa-masa akan datang.
"Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini). Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang)," kata beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

From Queen E and now the Vatican, Najib's book gaffe triggers sniggers

Posted: 18 Jul 2011 07:26 PM PDT

From Queen E and now the Vatican, Najib's book gaffe triggers sniggersOn no! Malaysian Prime Minister Najib Razak has done it again.
At the top international circles, where understatement is de rigueur rather than bombast and self-aggrandizement, Najib's latest gaffe in presenting a book about himself to the Pope could not but raise a round of giggles and rude snorts.
It looks like the Malaysian leader could have taken a lesson or two in subtlety from the British Queen, who gave him a stunning snub last week. Elizabeth II wore the yellowest of yellow summer dresses during an audience with him and his wife Rosmah Manor during their 4-day official visit to the UK.
Just colour of her attire sent shockwaves through a red-faced Malaysian entourage, cascading down the diplomatic channels and all the way back home, where the Queen was cheered and blessed for remembering everyday Malaysians as they struggled to transform their society.
The royal disapproval was made clear to Najib for having ordered a violent crackdown on a peaceful civilians march, leaving thousands injured and one dead. What better way than to simply wear the same colour as the Bersih rally T-shirt that Najib outlawed in a bid to suppress the movement for free and fair elections?
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Aziz, SPR dan amalan demokrasi di Malaysia

Posted: 18 Jul 2011 07:25 PM PDT

Dr Syed Azman Syed Ahmad
Saya ingin merujuk terus tulisan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan yang mendakwa bawa kepimpinan BERSIH 2.0 adalah "tidak benar-benar ikhlas" dan mendakwa mereka didalangi parti politik.

azlanBeliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan "mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu."

Logik yang beliau pakai adalah "Penganjur BERSIH mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur BERSIH sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang.

"Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi... Jadi, sekarang sudah jelas BERSIH didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik."

Bagi saya hujah yang digunapakai oleh Abdul Aziz adalah amat dangkal serta menjelaskan lagi kepada umum bahawa SPR adalah tidak bebas, tidak telus dan memihak. Siapa sebenarnya yang didalangi atau diperalatkan? Read More / Baca Lagi >>

Dewan Pemuda PAS tekad pertahan kerusi Titiwangsa

Posted: 18 Jul 2011 07:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bersedia menyahut amanat Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) dalam mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hasan, berkata, beliau bersedia berusaha ke arah mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan segenap tenaga dan kekuatan yang ada pada sayap tersebut.
"Pemuda berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa," kata Shahir dalam satu kenyataan.
"Sememangnya pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa. Peranan beliau yang sangat penting dalam perjuangan PAS semestinya amat sukar dicari ganti.
"Dr Lo' Lo' juga seorang yang gigih berjuang. Beliau telah berjaya dengan segenap tenaganya melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya. Ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat khususnya (di kawasan) Parlimen Titiwangsa selepas diamanahkan menjadi wakil rakyat pada pilihan raya ke-12 yang lalu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Serikandi Pertiwi

Posted: 18 Jul 2011 07:22 PM PDT

Serikandiku telah pergi
Kali ini sukar diganti
Biar seribu
Serikandi ini istimewa sekali
Tabah tidak pernah gentar
Sabarmu, tumpas angkuh pendekar
Cekal  tidak kenal takut
Lembutmu, tewas para pengecut

Serikandi sejati,
Ayu wajah berseri
Indah budi pekerti
Besar diri tiada setitis
Harga diri tiada terhakis
Pada ayu wajah, terpancar Mithali bonda
Pada pekerti indah, terpancar Serikandi bangsa
Dalam lunak suara, bersulam Kata Nabi
Dalam petah bicara, berselang Firman Illahi

Serikandi Pertiwi,
Senang dalam payah perjuangan
Tenang dalam ranjau keislaman
Tinggalkanlah medan bakti
Pergilah ke medan abadi
Katakan pada Tuhanmu
Telah kau luruskan jalan berliku
Telah kau lunaskan perintah amanah
Tuntutlah hakmu, Ketenangan hakiki di Jannah

18Julai11. Mengenang Dr Lo'Lo'.
Serikandi yang menemui Illahi. Al Fatihah
RD Hanim   

Lawak Katak Pagi Selasa... hahaha...

Posted: 18 Jul 2011 06:47 PM PDT

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya. [Lagi di sini]
Read More / Baca Lagi >>

BILA MAT MONGOL NAK REBAH - MALIKUL AKAN TIBAI

Posted: 18 Jul 2011 06:45 PM PDT

MUHYIDDIN SENYUM TUNGGU MASA

KAMI TAK AKAN TUNDUK UGUTAN PEMBANGKANG KATA MUHYIDDIN – minsider

Muhyiddin Yassin menyelar pembangkang yang didakwa seolah-olah mengugut kerajaan untuk terus mengadakan demonstrasi bagi mencapai tuntutan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Dia juga mengingatkan pembangkang supaya jangan terlalu mudah memanipulasikan matlamat asal semata-mata untuk mencapai agenda politik dan sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Melaka mahu tambah Sekolah Harapan?

Posted: 18 Jul 2011 06:43 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan sikap dan tindakan kerajaan negeri atas keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sehingga ke 3 pagi.
Ketua penerangannya, Muhammad Aizat Baharuddin berkata, tindakan tersebut suatu yang amat malang buat umat Islam di saat umat Islam hari ini semakin jauh dari pegangan agama.
"Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam perlu sedar tindakan melanjutkan operasi pusat hiburan lebih banyak mendatangkan mudarat.
"Ianya  mengalakkan maksiat berlaku dengan lebih berleluasa dengan memberi ruang kepada rakyat khususnya orang Islam berkunjung sehingga lewat malam," ujar Aizat.
Beliau berkata, sikap ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melaka di bawah Barisan Nasional gagal membimbing rakyat kepada panduan hidup bersyariat.
Read More / Baca Lagi >>

Hiburan: Umno lulus mengapa MCA, Gerakan serang PAS

Posted: 18 Jul 2011 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pelik bin Ajaib. Itulah kiasan yang paling tepat untuk mereka yang terlibat meluluskan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 tersebut yang kini menyerang PAS.
Sedangkan PAS yang sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan.
Sebagai reaksi balas kepada tuduhan bahawa tindakan kerajaan Kedah melaksanakan mempunyai agenda mewujudkan negara Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan bertanyakan kepada pemimpin MCA dan Gerakan, mengapa minda mereka tidak timbul pun soal ada agenda untuk negara Islam ketika Umno membentangkan perkara itu 14 tahun yang lalu.
"Sewaktu enakmen ini diluluskan tentulah kajian telah dibuat, tapi minda MCA dan Gerakan tidak timbul pun soal ada agenda untuk menubuhkan negara Islam," ujarnya.
Katanya, kalau tindakan kerajaan negeri Kedah dikatakan ada agenda negara Islam, maka Barisan Nasional yang sepatutnya ditujukan tuduhan itu kerana mereka yang meluluskan enakmen tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Lo' Lo': the 'pearl' who lived up to her name

Posted: 18 Jul 2011 06:33 PM PDT

Dr Lo' Lo': the 'pearl' who lived up to her nameKUALA LUMPUR - Messages of condolence have been pouring in soon after news that Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (pic) had died last night spread on the internet.

In its reaction, PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said her demise was being deeply felt by not only PAS members nationwide but also by people in the Titiwangsa constituency, where Dr Lo' Lo' was the parliamentary representative.

Describing her as a leader who was diligent in striving for Islam, Tuan Ibrahim said Dr Lo' Lo' was committed even when her illness took a turn for the worse, by even calling on everyone to attend the Bersih rally for electoral reforms on July 9.

"We pray that Allah have mercy and blessing on her soul, and hope her family will be patient in these trying times," said Tuan Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Best Peserta-peserta BERSIH Yang Diedit Oleh Fahmi Reza

Posted: 18 Jul 2011 06:29 PM PDT






 Diedit Oleh Fahmi Reza

Pakatan, BN akui ekonomi masih penentu juara PRU-13

Posted: 18 Jul 2011 06:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Julai — Bakal keputusan dan juara pilihan raya umum ke-13 dilihat akan ditentukan oleh kedudukan ekonomi sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) percaya yang dasar-dasar pembaharuan ekonomi akan menjadi penyumbang utama kepada arah aliran sokongan.
Ketika pemimpin-pemimpin dari kedua-dua perikatan percaya tuntutan pembaharuan pilihan raya yang diketengahkan masih penting dan harus ditangani, mereka juga berpandangan pentadbiran Najib masih boleh melepasi kritikan-kritikan dan memperoleh balik sokongan jika memfokus pada usaha pembaharuan dan menangani isu-isu ekonomi khususnya yang berkaitan dengan inflasi dan harga komoditi.
"Secara jujur, jika pembaharuan ekonomi bergerak dengan baik — harga komoditi tinggi, inflasi rendah, upah naik dan peluang-peluang pekerjaan bertambah baik, maka isu-isu politik akan ketinggalan di belakang," kata Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua (gambar kiri) kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Between right and might

Posted: 18 Jul 2011 06:24 PM PDT

Whatever rationalisations Najib starts cooking up to defend the actions of the police during the Bersih 2.0 rally, little is going to help him gain the people's trust.

July 9, 2011 is reluctantly tattooed in the memory of Prime Minister Najib Tun Razak. And for obvious reasons.
But more disturbingly, the date will haunt him as it signifies that the tide is turning against the Barisan Nasional (BN) government as shown by the 50,000 supporters of the "Walk for Democracy".
For the rakyat of this country, after witnessing the happenings of last Saturday, they unanimously reached a conclusion – that their leader is is one who has no guts to walk the talk.
July 9 was the day when an election watchdog, Bersih 2.0, decided to "Walk for Democracy" as its way of pressing for reforms to the electoral system. It wants the polls to be conducted in a free and fair manner.
The walk or rally was meant to end with a memorandum detailing the eight demands being delivered to the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. But on July 9 the memorandum never made it to the King's hands.
Read More / Baca Lagi >>

DCNS, Boustead get RM10b contract?

Posted: 18 Jul 2011 05:43 PM PDT

French DCNS and Boustead Naval Shipyard are believed to have sealed a contract to build patrol vessels, according to Kita president Zaid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Controversial companies, French DCNS and Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), are said to have received a contract to build patrol vessels worth RM10 billion, according to former law minister Zaid Ibrahim.
DCNS is currently being probed by French prosecutors for the scandalous Scorpene submarine deal with the Malaysian government, which is also linked to the murder of Mongolian Altantuya Shaaribuu.
"DCNS will build these patrol vessels in Perak this time (after all, our Defence Minister (Ahmad Zahid Hamidi) hails from Perak). Unsurprisingly, BNS has no idea how to build these patrol vessels, nor does it know what electronic and fighting equipment these vessels should be equipped with.
Read More / Baca Lagi >>

Advice to the PM

Posted: 18 Jul 2011 05:41 PM PDT

Farah Fahmy

JULY 19 — Dear Datuk Seri Najib Razak,
After your mishandling of the Bersih demonstration, I thought it only right that I offer you some advice. Of course, I am nothing more than just a citizen — one who lives abroad, to boot. Still, hopefully you'll find my advice useful.
First of all, did any of your many advisers try to stop you from unleashing tear gas on those demonstrators? No? Well, my advice to you would be to sack the whole lot of them. You see Datuk Seri Najib, there's one thing many people in Malaysia just don't seem able to understand (especially those in government!): demonstrations, in themselves, won't tarnish the reputation of a country.
No, it's how the authorities respond to demonstrations that could hurt a country's image.
How would I know? Easy. I've seen many a demonstration in Britain. People protesting against meddling in the countryside; people protesting against the war in Iraq; people protesting against student fees. Yes, there was public disorder during some of these demonstrations and allegations of police brutality, but you know what, none of it tarnished Britain's reputation. Why? Because the authorities here are accountable for their actions, and the police would be, and have been, called to account if there was even a whiff of impropriety.
Read More / Baca Lagi >>

Najib to come under Scorpenes torpedo fire this Thursday

Posted: 18 Jul 2011 05:37 PM PDT

Najib to come under Scorpenes torpedo fire this ThursdayFor over two years, Parisian prosecutors, led by investigating judges Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, have been gingerly investigating allegations involving senior French political figures and the sales of submarines and other weaponry to governments all over the world. French news reports have said the prosecutors have backed away from some of the most serious charges out of concern for the political fallout.
The investigators are following a paper trail that would bring to the forefront corruption involving both French and Malaysian officials. And even though the investigations will not look into the murder of translator and former lover of Razak Baginda - Altantuya - the murder would definitely be on the minds of all following the case.
Read More / Baca Lagi >>

Angkuhnya : Kami tak akan tunduk ugutan pembangkang

Posted: 18 Jul 2011 05:36 PM PDT

DENPASAR, 18 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pembangkang yang didakwa seolah-olah mengugut kerajaan untuk terus mengadakan demonstrasi bagi mencapai tuntutan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) juga mengingatkan pembangkang supaya jangan terlalu mudah memanipulasikan matlamat asal semata-mata untuk mencapai agenda politik dan sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
"Saya tak fikir kita akan tunduk kepada ugutan, tetapi kerana mereka mempunyai apa yang disebutkan sebagai motif politik supaya menyemarakkan perasaan kebencian kepada kerajaan, seolah-olah kerajaan tidak bertimbang rasa, seolah-olah sistem pilihan raya kita ini kuno sangat, dan pilihan raya telah dijalankan secara tidak teratur," katanya dipetik Bernama Online.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih: Hishammuddin jangan berlagak ugut rakyat

Posted: 18 Jul 2011 05:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mengucapkan tahniah di atas keberanian 11 doktor Hospital Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa sememangnya polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas sememangnya polis melakukan tindakan itu.
Menurutnya, mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Lensa Koleksi Mangsa Keganasan Dan Tahanan Polis.

Posted: 18 Jul 2011 09:34 AM PDT





























foto dari sumber semasa.

Video - Jenice Lee: We march together

Posted: 18 Jul 2011 08:56 AM PDT

Video : Seeking Help of Almighty Lord Ganesha

Posted: 18 Jul 2011 08:56 AM PDT

Tiada ulasan: