Ahad, 31 Julai 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Veteran UMNO Aspan Alias Di Pentas DAP

Posted: 31 Jul 2011 06:53 AM PDT

Blogger, Aspan Alias yang juga seorang ahli veteran UMNO Kuala Pilah sedang berucap di pentas Majlis Makan Malam DAP di Tampin, Perak.


Aspan Alias adalah seorang pemerhati politik veteran and blogger terkenal.

Sekitar Pengkebumian Sdr ASRI - SELAMAT JALAN SAHABAT

Posted: 31 Jul 2011 04:38 AM PDT

Yb William, Ahli Parlimen Selayang turut menziarahi Asri di Masjid Bt17 Kuang. Solat jenazah dilakukan selepas Asar petang tadi. Arwah Asri merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang.

Ust Badrulamin mengetuai bacaan doa untuk arwah Mohd Asri Ahmad.


Anak bongsu Arwah Asri Ahmad yang bersedih dengan pemergian seorang pejuang, dan bapa yg baik.


Ust Badrulamin bersama orang ramai selepas bacaan doa untuk Arwah Asri.


Tanah Perkuburan Islam Kuang Bt 17, di sinilah tempat rehatnya Arwah Mohd Asri Ahmad, sahabat kita dan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang.

Arwah Mohd Asri Ahmad meninggal dunia selepas alat bantuan pernafasan dibuka oleh pasukan perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), di tingkat 5 Hospital Selayang. Arwah merupakan anggota Pemuda PAS Selangor dan PKOM (Skuad Komunikasi Selangor) yang aktif. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. AMIN.


Kredit : Ust BadrulAmin, TianChua

Al-Fatihah, Sdr ASRI Pemuda PAS Selangor MENINGGAL DUNIA

Posted: 30 Jul 2011 09:06 PM PDT


Alfatihah ke atas pemergian Saudara Asri yang meninggal dunia sebentar tadi di atas sebab komplikasi buah pinggang. Arwah meninggal dunia selepas alat bantuan pernafasan dibuka oleh pasukan perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), tingkat 5 Hospital Selayang. Arwah merupakan anggota Pemuda PAS Selangor dan PKOM (Skuad Komunikasi Selangor) yang aktif. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. AMIN.


Kredit : Badrul Amin

Tiada ulasan: