Ahad, 10 Julai 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Gambar TERBAIK Bersih 2.0

Posted: 10 Jul 2011 12:08 AM PDT

Anwar KELUAR HOSPITAL, Hadiri Pengkebumian BAHARUDIN

Posted: 09 Jul 2011 07:41 PM PDT



Kredit foto : Harakah

Baru sebentar tadi DS Anwar Ibrahim dibenarkan keluar daripada Hospital Pantai. Kini beliau bersama DS Wan Azizah sedang menuju ke rumah Allahyarham Baharudin di Ulu Klang yang terkorban semalam ketika menyertai perhimpunan BERSIH selepas diasak tembakan gas pemedih mata dan sesak nafas.


Antara pemimpin yang sudah menziarahi arwah ialah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Tatkala Ibrahim Ali Tidur Dibawah KETIAK ISTERINYA....

Posted: 09 Jul 2011 07:26 PM PDT

Tatkala Presiden Perkasa Ibrahim Ali tidur di bawah ketiak isterinya di rumah, inilah alasan yang terpaksa diberikan oleh Timbalan Presiden PERKASA ketika sidang media di Taman Tasik Titiwangsa semalam untuk menjaga muka anak-anak buahnya:

1. Tahniah kepada semua ahli Perkasa seluruh Malaysia kerana tidak menimbulkan provokasi atau kepincangan di Kuala Lumpur.

2. Perkasa menghormati arahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan mematuhi arahan Dato Presiden agar setiap ahli Perkasa tidak menyertai sebarang demo yang telah di batalkan.

3. Tahniah kepada ahli Perkasa yang sekadar bersantai di Taman Tasik Titiwangsa, menunjukkan betapa amannya negara tercinta.


Kah..kah..kah..baik PERKASA tukar nama jadi PERKASAM la woi!! Kah..kah..kah...:Author Faethal

Tiada ulasan: