Sabtu, 9 Julai 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


AKTIVIS BERSIH Meninggal Dunia Selepas DIKEJAR Polis

Posted: 09 Jul 2011 05:36 AM PDT

Saudara Baharuddin bin Ahmad, suami kepada Pn. Rusni Melan telah kembali ke rahmatullah. Sdr Baharuddin bin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dikejar polis di KLCC semasa menyertai perhimpunan BERSIH ptg tadi. Al fatihah


NANTIKAN UPDATE

Keadaan ANWAR Dan Pengawal Peribadi Di HOSPITAL PANTAI

Posted: 09 Jul 2011 03:06 AM PDT

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pantai Medical Centre. Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.

Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar.


Pengawal peribadi saudara Anwar Ibrahim, En Fayat Al-Bakri juga mengalami cedera teruk di muka dan kepala ketika melindungi Anwar ditembak dengan cannister dari jarak dekat.

Pak Samad Ketuai BERSIH 2.0 Serah Memo Jam 4.00 Ptg

Posted: 09 Jul 2011 12:58 AM PDT

Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.


Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.

Pihak Bersih yang diketuai Pak Samad akan cuba ke Istana Negara untuk menghantar memorandum pada pukul 4.00 ptg.


UPDATE :

2,000 orang kini terperangkap di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang berlindung di Hospital Tung Shin.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu. Orang ramai dipercayai mahu menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayai Sivarasa juga telah ditahan.

PEMEDIH MATA Di Padang Kelab Selangor, AIR KIMIA Di Jln Petaling

Posted: 08 Jul 2011 11:01 PM PDT

FRU menyembur air kimia. Peserta himpunan mengundur ke Jalan Petaling dan Jalan Pudu

Di Padang Kelab Selangor peserta perhimpunan berlari menyeberangi jambatan menuju ke Masjid Jamek selepas gas pemedih mata dilepaskan polis.


Air Kimia juga sudah disemburkan FRU ke arah peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.



TERKINI : Hujan sudah mula turun di Kualau Lumpur. Sedikit sebanyak mengurangkan kesan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Allahu Akbar!

TERKINI : Sidang Akhbar BERSIH 2.0 SEDANG Dijalankan DI Hotel Hilton

Posted: 08 Jul 2011 10:22 PM PDT

Hotel Hilton - Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR Wan Azizah, Ketua Pemuda DAP Anrthony Loke, Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya dan sasterawan Negara A Samad Said berada bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar. Ambiga sedang memulakan sidang akhbar.

(GAMBAR) BERSIH 2.0 Di Melbourne Australia

Posted: 08 Jul 2011 09:16 PM PDT






Kredit : Wan Ahmad

Saya Akan BERJALAN KAKI, Dari Rumah Ke STADIUM MERDEKA - Anwar Ibrahim

Posted: 08 Jul 2011 06:30 PM PDT

Dengan izin Allah, saya akan berjalan kaki dari rumah ke Stadium Merdeka!.


Keadaan lalu lintas di awal pagi.


Keadaan di KLCC di awal pagi ini.


Keadaan terkini di Stadium Merdeka, bilangan anggota Polis melebihi bilangan orang ramai. Good Luck everyone!

Keadaan Pagi Di Luar STADIUM MERDEKA

Posted: 08 Jul 2011 05:51 PM PDT

KEADAAN di luar Stadium Merdeka pagi ini yang dikawal polis sejak malam tadi.

Tiada ulasan: