Sabtu, 2 Julai 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Demi MUKHRIZ, Jangan Guna DARURAT - bekas pembantu Mahathir

Posted: 02 Jul 2011 06:58 AM PDT

Seperti yang dijangka, 'pedagang' perkauman paling terkenal di Malaysia Mahathir Mohamad telah mengaitkan perhimpunan Bersih dengan unsur-unsur perkauman, dengan menyifatkannya sebagai kemungkinan pertembungan di antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Beliau juga mengutuk perhimpunan Bersih 2.0 sebagai plot pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan yang pemerintah BN, dan nampaknya secara tersirat beliau menyokong LANGKAH tangkapan yang dibuat oleh pentadbiran Najib setakat ini.

"Saya berharap ia tidak menjadi pertembungan di antara orang Melayu dan bukan Melayu - orang Melayu dengan kerajaan dan bukan Melayu dengan BERSIH. Dan juga, ia tidak seharusnya menjadi (pertembungan) Islam terhadap bukan Islam. Itulah bahayanya di Malaysia ... anda bermain permainan itu, anda akan memecahkan rakyat. Anda memisahkan rakyat dan kemudian tidak akan ada lagi keamanan di negara ini," kata Mahathir kepada pemberita pada Sabtu.

"Tujuannya adalah politik ... terutamanya bagi Pakatan Rakyat. Ia bukan soal sama ada pilihan raya itu bersih atau tidak ... itu yang kedua. Tetapi mereka mengecat warna hitam pada kerajaan dan dengan itu, walaupun anda kelabu, anda kelihatan lebih putih. "


Cerita-cerita yang lebih pelik

Ketika seorang pemimpin berusia 85 tahun ini menuduh Pakatan telah menjadikan negara ini lebih bersifat perkauman, menimbulkan perpecahan daripada keadaan sebelum ini dan mencipta plot untuk memfitnah BN. Najib dan Muhyiddin Yassin pula telah menegaskan bahawa keselamatan negara Malaysia sedang di ancam oleh "agen asing ". Mereka juga menuduh Parti Sosialis Malaysia 'menghidupkan' komunisme untuk membenarkan tangkapan itu dan menakutkan rakyat Malaysia dari mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat, pelbagai cerita-cerita aneh dan pelik tentang Bersih dan PSM adalah bukti akhir bahawa BN begitu terdesak untuk berpaut kepada kuasa politik. Mereka begitu pasti bahawa isu komunis PSM ini akan gagal, sama seperti kes Liwat II, kes video seks Datuk T dan konspirasi melahirkan Perdana Menteri Kristian ini akan gagal untuk meyakinkan rakyat Malaysia.

Dalam kegopohan mengatakan ini adalah isu Melayu berlawan dengan bukan Melayu itu, Mahathir juga dengan mudah ditinggalkan oleh Bersih 2.0 yang disokong oleh PAS, Parti Melayu kedua terbesar di negara ini. Bosan dengan politik longkang UMNO, Hadi telah meminta sejuta ahli PAS untuk menghadiri perhimpunan tersebut, sekaligus mencetuskan panik di kalangan pemimpin UMNO.

"Antara tuntutan Bersih 2.0 dalam reformasi pilihan raya, pertama adalah membersihkan daftar pengundi, kedua adalah membersihan pilihan raya daripada rasuah dan ketiga adalah untuk membersihkan sistem undi pos. Hanya mereka yang kotor akan menolak apa yang dituntut BERSIH, " Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad kepada Malaysia Chronicle.


Amaran kepada Najib

Walaupun Mahathir memilih untuk bercakap besar, bekas pembantu rapatnya Matthias Chang telah membuat posting yang agak berbeza di dalam blog beliau sehari sebelum itu, beliau memberi amaran kepada Najib agar tidak mengenakan peraturan Darurat.

Kebanyakan penganalisis politik termasuk ramai daripada UMNO berkata Mahathir telah mengingatkan Najib supaya tidak 'masuk gear penuh' dengan kebimbangan seandainya (darurat) ini berlaku ia memberi peluang kepada Perdana Menteri, Najib menggunakannya untuk memanjangkan tempoh kuasa untuk dirinya.

Ini akan menjejaskan peluang Mukhriz untuk menjawat jawatan tertinggi. Mukhriz adalah anak Mahathir.

"Dengan kata lain Mahathir hanya mahukan tempoh satu penggal bagi setiap presiden, setiap PM, kerana barisan menunggu terlalu panjang. Jangan lupa Mukhriz tidak begitu muda. Lebih banyak (perkara yang berlaku) daripada yang kelihatan di dalam UMNO sekarang dan jika saya menjadi Najib saya akan lebih berhati-hati," kata seorang pemerhati UMNO.

Pada tahun 1987, Najib telah berjaya membantu Mahathir melancarkan Operasi Lalang dengan mengenakan tindakan keras ke atas musuh-musuh politik dan pesaingnya. Pada perhimpunan Pemuda UMNO, Najib telah berjanji untuk memandikan 'Keris' dengan darah Cina.

Mahathir ketika itu di bawah tekanan daripada kumpulan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Pada tahun 1987, Tengku Razaleigh mencabar kedudukan Mahathir bagi jawatan presiden UMNO. Pada pemilihan parti akhirnya Mahathir berjaya mengekalkan kedudukannya, tetapi UMNO telah mengalami perpecahan.


Ops Lalang membantu beliau untuk terus berkuasa

Hari ini, Mahathir mengakui bahawa Ops Lalang telah membantu beliau untuk terus kekal berkuasa sehingga 2003. Mahathir adalah PM paling lama berkhidmat 1981-2003.

"Akibatnya, kami terpaksa menahan beberapa orang dan meletakkan mereka di bawah ISA. Tetapi tidak berlaku pertempuran dan saya masih memenangi pilihan raya dengan majoriti dua pertiga," kata Mahathir.

Bagaimanapun, kata-katanya gagal untuk memberi kesan yang lebih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedia mengetahui bahawa kekayaannya yang besar dan masih mempunyai pengaruh besar di dalam UMNO, menyebabkan hanya tinggal sedikit rasa hormat kepadanya.

"Pada hari-hari terakhir, UMNO dan BN akan penuh dengan tipu muslihat. Yang paling penting bagi golongan elit UMNO adalah untuk terus berkuasa. Setelah mereka keluar, sama seperti Suharto dan Marcos, mereka akan diburu dan dipaksa untuk mengembalikan kekayaan mereka yang mereka curi dari negara ini," menurut pemerhati Pakatan, Eddie Wong kepada Malaysia Chronicle.

"Jadi seperti sekumpulan pencuri, mereka juga sentiasa berjuang dan memerhatikan antara satu sama lain. Jangan sekali-kali menjangka sebarang pemulihan daripada Mahathir atau Badawi atau Najib. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Malaysia dan orang Melayu adalah untuk menolak UMNO dan BN."



Kredit : MC

Kartunis PADI Kritikal

Posted: 01 Jul 2011 06:31 PM PDT



Abdul Razak bin Razali atau lebih dikenali sebagai Padi, yang popular dengan watak kartun Abang Zan, Tepet dan Lawak Antarabangsa dalam Majalah Ujang. Beliau kini sedang dalam keadaan kritikal selepas pembedahan membuang tumor di bahagian pipi. Mohon sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau. Aminn...



Kredit : FB Kartunis Ubi

Tiada ulasan: