PERAKITE |
- MIC minta peruntukan lebih besar kalau mau menang..?
- Azhar diminta kosongkan premis kerajaan negeri, jangan berdolak dalik lagu
- Agihan zakat dapat basmi kemiskinan tegar: Salleh Man
MIC minta peruntukan lebih besar kalau mau menang..? Posted: 28 Jul 2011 03:23 AM PDT MIC minta PM Najib Razak beri peruntukan lebih BESAR.. jangan dok ciput je kalau nak menang. Kata presiden MIC Datuk G Palanivel, orang India belum tentu sokong BN pada PRU nanti. "Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN," katanya. Palanivel berkata penyelesaian segera perlu bagi manangani masalah masyarakat India itu. "Jika mereka (BN) bantu, maka kita akan dalam keadaan baik. Kita perlukan bantuan, Masyarakat ini adalah masyarakat minoriti... kita bukan masyarakat majoriti, hanya minoriti," katanya. | ||||
Azhar diminta kosongkan premis kerajaan negeri, jangan berdolak dalik lagu Posted: 28 Jul 2011 03:18 AM PDT
Datuk Azhar Ibrahim hendaklah mematuhi arahan Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak berdolak dalik lagi kecuali mengosongkan bangunan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga. Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Johari Kassim berkata, Adun Penaga itu jelas menyalahgunakan kedudukannya dengan terus menguna bangunan berkenaan yang dibina di atas tanah kerajaan negeri, meskipun beliau bukan lagi mewakili kerajaan yang memerintah. Sebagai pembangkang Azhar sepatutnya sejak awal mengosongkan bangunan itu tanpa menunggu arahan mahkamah, katanya mengulas laporan akhbar bahawa Azhar ingin failkan rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.
Azhar sepatutnya berasa malu untuk mempertahankan sesuatu yang bukan lagi menjadi miliknya selaku pembangkang kecuali menyerahkan bangunan itu kembali kepada kerajaan negeri, kata Johari. Beliau menegaskan bahawa Azhar sebenarnya menyalahguna harta kerajaan untuk kepentingan dirinya dan Umno walhal selaku Adun beliau sememangnya tahu kedudukan itu. | ||||
Agihan zakat dapat basmi kemiskinan tegar: Salleh Man Posted: 27 Jul 2011 11:07 PM PDT Zakat adalah salah satu pendekatan yang boleh membantu membasmi kemiskinan dan ia sejajar dengan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan rakyat, khususnya umat Islam, kata Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dato Haji Salleh Man. Beliau berkata pada hari ini, mereka di dalam dunia korporat telah memainkan peranan masing-masing kerana mempunyai kesedaran tinggi untuk membayar zakat, yang sekaligus dapat membantu golongan yang miskin. "Tentunya dengan bantuan yang disalurkan itu, ia tidak memustahilkan bahawa golongan miskin akan satu hari dapat memperbaiki nasib mereka dan seterusnya mengangkat martabat diri ke tahap lebih baik, " kata beliau. Beliau berkata sistem zakat adalah satu peraturan yang menganjurkan manusia menjadi pemurah, penyayang dan prihatin terhadap nasib saudaranya yang lain. Dalam hubungan ini, ekonomi Islam melalui berzakat adalah paling sempurna serta lengkap, tidak seperti sistem ekonomi kapitalis yang membiak amalan monopoli dan sosialis yang mengamalkan pemerasan. "Usaha hendaklah digiatkan bagi membangkitkan kesedaran sejumlah penyumbang di kalangan ahli korporat dan usahawan Islam sendiri. Penyertaan golongan korporat bagi tujuan memacu ekonomi umah sangat penting dan besar kesannya. Langkah ini bukan sahaja mampu melonjakkan kutipan bahkan mampu mengisi keperluan golongan asnaf itu sendiri." Sumbangan amil harta dan korporat adalah tinggi daripada keseluruhan kutipan pada tiap tahun. Potensi kutipan Zakat Korporat setiap tahun adalah tinggi dan oleh itu, ia hendaklah digerakkan secara optimum dalam membantu mencapai sasaran, kata beliau. Beliau berkata kemaslahatan umah ini hanya dapat diatasi jika seluruh umat Islam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap zakat. "Pusat Urus Zakat Negeri hendaklah sepakat dalam menentukan kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi menambah hasil kutipan. Kaedah pengiraan zakat perniagaan yang lebih mantap dan praktikal perlu dijelaskan untuk menggalakkan syarikat korporat Islam menunaikan rukun Islam ketiga itu. "Sehubungan itu, ahli perniagaan Islam perlu memahami hak pemilikan individu atau syarikat dan hak keadilan sosial dalam membahagikan keuntungan perniagaan,' tegas beliau. Ingatlah, kata beliau dalam dunia serba mencabar ini yang mana manusia sentiasa mengejar kemajuan, umat Islam akan terus mampu bangkit menghadapi keadaan itu, selagi adanya amalan zakat. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan