PERAKITE |
| Keadilan tak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran: Nazrin Posted: 25 Jul 2011 04:39 PM PDT Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bertitah adalah amat penting Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan. "Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam hari ini. Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.Raja Nazrin Shah (kiri) bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. "Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda. Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam. |
| Dakwaan Guan Eng anti-Melayu tidak berasas Posted: 25 Jul 2011 04:36 PM PDT Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan dakwaan Lim Guan Eng sebagai seorang anti-Melayu adalah tidak berasas memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah dipenjarakan kerana mempertikaikan perbuatan pimpinan Umno terhadap seorang perempuan Melayu.Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, melihat pada apa yang dilakukan oleh Guan Eng pada 1994 itu dan apa yang dilaksanakan pada masa ini untuk orang Islam dan rakyat keseluruhannya di Pulau Pinang, ia bercanggahan dengan apa yang dituduh Umno. Pada tahun 1994 Guan Eng ditahan polis ekoran kritikannya terhadap cara kerajaan mengendalikan kes membabitkan Ketua Menteri Melaka ketika itu Tan Sri Rahim Thamby Chik yang dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur (hubungan seks dengan gadis bawah umur = rogol). Guan Eng kemudian didakwa di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 8(a)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semuanya berkaitan dengan dakwaan kes rogol di atas dan akhirnya merengkok dipenjara apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara.Rahim Tambi Chik dibebaskan dari tuduhan itu dan baru-baru ini pula dikenakan hukuman denda apabila diadapati bersalah mengedar video lucah. Nizar berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh Guan Eng termasuk melipatgandakan peruntukan kepada Sekolah-sekolah agama Islam di Pulau Pinang. Nizar berkata demikian semasa berucap pada ceramah penerangan sempena Karnival Harmoni Rakyat di Simpang Empat Permatang Buluh, Tasik Gelugor. Yang turut sama berceramah ialah Pengarah Strategik PKR, Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Karnival berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Haji Salleh Man. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan